Assalamualaikum...
Patutnya sesi survey taska/tadika untuk Ayman dah buat awal2 dah.
Tapi tersangat la busy dengan kerja2 di ofis & urusan pindah rumah.
So sekarang ni baru pulun.
Harap2 sempat la ye.
First yang jadi pilihan di hati ni Little Caliph.
Kebetulan ada 1 branch baru bukak kat Bukit Naga.
Dan kebetulan juga masa kami call, dia bgtau ada Open Day utk registration.
Ni lah mesej yang cikgu Little Caliph hantar.
So boleh la pegi since dia buat on weekend kan.
Boleh tanya dulu yuran semua tu, details.
Yang bestnya Little Caliph ni Islamic & ada English sekali.
Tu yg buat hati tertawan tu.
Ni hasil dari google ye.
Realitinya belum tengok lagi.
Nanti bila pegi Open Day tu, nak tangkap gambar sikit.
Cantik kan?
Ni yang saya google jumpa la yuran registration LC ni.
Hmm tapi tak sure la pulak tahun bile punya kan.
Sekali denga daycare lagi.
Mau kopak ibu punya poket Ayman oi.
2nd choice yang ada dekat2 rumah jugak, Tadika An-Nizah.
Yang ni pon islamic jugak.
Based on akak sepupu yang hantar 2 anak dia kat tadika ni, bayaran RM90 sebulan (10 tahun lepas).
Tadika ni pon dah penah masuk dalam majalah Pa&Ma.
So rasanya not bad la kan?
Ni gambaran dari luar tadika.
Yang tadika ni pon ada daycare sekali.
Cuma masalahnya takut kami yg keje kat PJ ni lambat nak pegi pick up Ayman.
Tak ke naya tu?
Takpe, nanti kita bincang dengan cikgu dia tengok macam mana.
Ni pon hasil carian google jugak.
Dan 3rd choice ialah taska kat blok yang duduk sebelum ni.
Anak2 pon still hantar ke pengasuh kat blok ni jugak.
So senang sikit kan ape2 jadi dekat dengan tempat kerja.
Dan balik je boleh la terus g pick up Ayman.
Tak la lewat sangat dia nak tunggu.
So far, bila cakap pasal sekolah, Ayman nampak macam excited la jugak.
Tapi bab nak bangun pagi siapkan dia tu, rasanya mencabar sangat.
Sebab sekarang pon, kalau nak suruh mandi amik masa la jugak.
Bangun pon lambat.
Harap2 sekolah ni dapat la terujakan dia.
Huhuhu.
Tapi yang saya perasan.
Ayman ni dia suka berkawan.
Tak kira pergi mana, if ada budak2 sebaya atau besar sikit, dia akan cuba pergi & make friends.
Itu yang bagusnya tu.
Sampaikan baby dalam perut ni pon dia request nak sama jantina mcm dia.
Setakat scan dah 3x ni, memang betul la boboi boy.
Tapi walluhalam la kan.
No comments:
Post a Comment