Pagi ni sempat la goreng kuey teow kerang permintaan en suami.
Memang niat di hati nak buat kuey teow sbb rasanya lama sgt dah tak buat.
Semalam pegi Mydin USJ, beli barang dapur & sekali barang2 untuk masak kuey teow oagi ni as breakfast.
Ni gambar lepas sy dan suami bedal. Ngeh3 gambar lepas goreng x sempat ambik. En suami dulu yg p terpa. Favourite dia la ni. |
Bahan-bahan:
1 ulas Bawang merah - cincang halus
2 ulas Bawang putih - cincang halus
2 sudu besar Cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Isi kerang
Udang
Isi ayam
Taugeh
Daun kucai
1 biji telur
Minyak untuk menumis
1sudu besar gula
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan goreng udang sekejap (bila nampak dah merah, boleh angkat)
2) Guna minyak bekas goreng udang untuk tumis bwg merah, bwg putih & cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
3) Masukkan isi ayam dan isi kerang.
4) Masukkan pula sos cili, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, gula dan garam
5) Masukkan kuey teow hingga sebati
6) Masukkan telur yang dah dipukul terlebih dahulu.
7) Masukkan teugeh & daun kucai bila hampir2 nak angkat.
8) Siap dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment