Monday, October 26, 2015

Throwback - Kenduri 10.10.2015

Assalamualaikum..

Just nak share gambar kawin kenduri anak buah suami.
10.10.2015.
Jom layan.
Theme : Purple
My outfit : From Nile.com RM79.90

Bangun awal, siap mandi terus tido.
Entrance.
Doorgift counter.
Posing ala2 model babywearing gitu.
Family pic.
Family pic
Family pic


Ibu bekerja VS Ibu Surirumah

Assalamualaikum...

Baru2 ni kecoh kat FB kan "battle" antara ibu bekerja & ibu surirumah sepenuh masa. Allahu orang kita ni dah takde keje agaknya. Isu itu pon nak di laga2 kan di media sosial.

Kalau battle2 tu, dapat semua yang di bawah ni, i pon nak battle jugak:
1) Dapat derma 2.6bil ke dlm akaun, ade org derma
2) GST dimansuhkan
3) Harga tol, harga minyak & barang2 diturunkan
4) Kerajaan sekarang ditukar kepada yang "lebih bijak"

Huh, sure tak dapat semua di atas lepas korang berperang di media sosial kan?
So, what's the point?
Nak tunjuk masing2 hebat ke hapa?

In fact, sy dah pernah merasa dua2 situasi ni.
And again, dua2 pon sangat mencabar tugasnya.
I respect for both.

1) Ibu surirumah sepenuh masa

Yes, saya pernah lalui ini.
Masa mengandungkan anak sulung Ayman, alahan sangat teruk.
Sampai buat keputusan berenti kerja duduk kat kampung dgn mak.
Sebab masa ni PJJ dengan en suami.
Apa2 jadi, sendiri tanggung.

Sungguh, x senang buat keputusan ni.
Tapi keadaan memaksa.
Ansuran kereta en suami sambung bayar.
Pernah usulkan untuk jual sahaja kereta yg sy pakai masa tu.
Tapi suami kata nak bayarkan.

Lepas melahirkan & berpantang, ikut suami balik ke KL.
Hidup kami harap gaji en suami je.
Sungguh mencabar.
Sewa rumah flat dengan 2 bilik.
Katil & perabot tak ada.
Hanya berbekalkan sekeping tilam single saja.
Tekanan perasaan jugak la sy waktu tu.
Terasa membebankan suami sebab x bekerja.
Belum lagi pertanyaan saudara mara & ipar duai tanya belum bekerja ke?
Huhuhuh..disebabkan itu, buat keputusan utk start balik biz baking.
Duit itu la sy guna utk beli keperluan sendiri.
Sungguh tak reti nak meminta dr suami.

Rutin harian memang padat.
Dari pagi, sediakan sarapan suami & anak.
Masak pon berperang dengan baby kecik.
Most of the time, masak sambil dukung anak.
Sungguh, tak mudah menjadi surirumah.
Tapi seronok tetap ada sebab dapat jaga anak sendiri.
Cuma kadang perasaan nak berbelanja sendiri, perasaan nak ada duit sendiri, perasaan nak keluar makan2 tetap ada.
Huhu biasa la perempuan kan?

Hidup sederhana sangat masa ni, cukup apa ada je.
Usaha untuk carik kerja memang setiap hari buat.
Interview sana sini, exam KPLI..usung anak sana sini..semata2 nak carik kerja.
Alhamdulillah rakan2 membantu sangat2..akhirnya dapat kerja (kerja sy skrg) atas bantuan seorang rakan.

2) Ibu bekerjaya

Alhamdulillah saya start bekerja semula bila usia Ayman dah 11 bulan.
Tu pon betul2 lepas en suami pon dpt offer kerja baru.
Masa ni baru je pindah rumah.
Sewa flat 3 bilik.
Tempat kerja dekat.

Dilema nak tinggalkan anak yang dari lahir berkepit celah ketiak.
Risau nak tinggalkan, dengan fully bfnya.
Dapat pengasuh dekat flat rumah sewa jgk (alhamdulillah sampai skrg masih anta anak2 ke situ).
Mula2 kerja memang susah sikit.
1st time hantar ke rumah pengasuh, bagi bekalan susu pon anak reject botol.
Sampai pengasuh terpaksa bg susu guna sudu (alhamdulillah pengasuh sgt sabar).
Lama2 baru ok.

Gaji starting masa tu pon tak berapa tinggi.
Tapi alhamdulillah boleh byr ansuran kereta, ptptn & bg mak kat kampung sikit2.
Boleh la berbelanja sikit2 utk diri sendiri & anak.

Dalam masa sama, biz baking sy tetap teruskan demi nak tambah pendapatan keluarga.
Siang bekerja, malam sy baking.
Buat kerja rumah lagi.
Sungguh tak mudah jugak.
Waktu tidur sy korbankan.
Sungguh penat.


Jadi untuk condemn ibu bekerja @ ibu surirumah, itu bukan saya.
Sebab saya pernah melalui dua2 situasi.
Malah lebih lagi, sekarang saya jadi ibu bekerjaya + biz @ home & surirumah dalam masa yang sama.
Sampai bos pon tegur, saya nampak penat.
Anak dah 3.
Keluar pagi bekerja, malam baru sampai rumah.
Masa ni la nak makan, nak kemas rumah, nak basuh jemur baju, basuh segala pinggan.

Lipat baju? ---memang xde masa, weekend jela..tu pon selalu x settle
Masa untuk diri sendiri? ---langsung xde, sampai time mandi pon kene panggil sbb baby nangis.

So, x perlu nak condemn sapa2 kan?
Pilihan masing2.
Hidup masing2.
Masalah pon masing2.
Kita tak sama.
Jadi, pilihla asalkan berbahagia.

Wednesday, October 21, 2015

Ayman & baking

Assalamualaikum...

Last weekend hari tu, ajak ayman buat muffin choc.
Excited sungguh dia.
Semuanya dia yang buat.
Saya cuma sediakan bahan2 & instruct saja.
Ada la tolong sikit2.

Dia memang suka la baking2 ni.
Hari tu dia cerita buat cornflakes madu kat sekolah.
Pastu dia duk ulang makan muffin choc tu.
Tapi memang sedap pon kan ayman.

Ni resepi saya guna. 1 resepi dapat 12 cup muffin.

1 cwn self raising flour (alternative : 1 cwn tepung gandum + 1sk baking powder + 1/2 soda bikarbonat)
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cwn air sejuk (peti ais)
1 cwn gula perang
1 sk esen vanila
1/2 sk coklat emulco
1/2 cwn minyak jagung (atau minyak masak)
1 sk cuka (atau jus lemon)

Cara saya:
Campurkan semua bahan, mix guna mixer sampai sebati je.
Pastu terus letak dlm cawan muffin 3/4 penuh.
Bakar suhu 180, dalam 20 minit mcm tu dah siap sebab muffin/cupcake jap je masak.
Tak sama mcm kek besar tu,lama sikit.

Friday, October 9, 2015

Mini Garden - updated 9.10.2015

Assalamualaikum...

Ini update terbaru laman depan rumah & belakang.
Dan segala koleksi pokok2 kami.
In sha Allah memang akan sentiasa menambah pokok biar hijau laman ku.

Depan rumah: 

Macam2 ada - belah kanan laman.
Close up 1.
Close up 2.
Atas pagar - cactus & sunflowers.
Atas tembok kanan - Mini rose (pink) & Rose jepun (purple)
Atas tembok kiri - Rose jepun
Belakang dapur.

Cili merah & cili padi.
Roselle.
Semaian bendi, cili api, mata kucing, sawi hong kong.

Mini Garden - Pokok bendi

Assalamualaikum...

Pokok bendi suami tanam dari biji benih yang dibeli.
Alhamdulillah segar bugar pokoknya.
Mana taknya, setiap pagi & petang suami belek2 & tatap2.
Huhu berjam pon xpe dia belek tanamannya.

Nampak tak buah bendi tu? Ada 2 ketul.
Ni pulak baru ambil minggu ni. Bunga bendi. Lepas bunga baru kuar buahnya.

Mini Garden - Roselle

Assalamualaikum...

Tak pernah terfikir nak tanam roselle kat rumah yang ada tanah sekangkang kera tu.
Hik3....tapi ni semua en suami punya keje.
Layankan aje la.

Pokok roselle in the house.
Bahagian dapur belakng yang ktorg extend tu jadi tempat laundry & kawasan semaian pokok2.
Roselle, cili padi, cili merah dan semaian2 sayur pon buat kat sini jugak.
Kalau zoom kan pokok roselle ni, dah mula keluar tunas2 bunga dia.

So, masa untuk tunggu dia berbunga.
Lepas tu, baru la berbuah.
Can't wait.

Family : Adik bongsu dah kawen oi

Assalamualaikum...

Citer dah outdated ni.
Majlis masa cuti raya haji.
Layan gambar jela ye.

Akad nikah.
Hantaran - belah kiri tema merah tu done by me.
Family photo. Candid eh?

Mini Garden : Vinca @ Kemunting Cina

Assamualaikum...

Bunga Vinca atau Kemunting Cina ni salah 1 bunga paling awal saya beli.
Dulu tak tau pon apa nama pokok ni.
Just beli sebab warna & bunganya sgt cantik.
Awalnya saya beli warna putih & ungu.
Baru minggu lepas, beli warna merah pulak.

Katanya pokok ni banyak khasiatnya.
Dan sangat senang tumbuh melalui keratan rentas batang & benihnya.
Jom tengok koleksi Vinca yang saya ada.

Vinca Putih.
Vinca Purple.
Vinca Merah.
Ada jugak pernah nampak kaler merah jambu.
Cantik.
Nanti kita tambah koleksinya.