Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, May 11, 2015

Weekend : Duduk rumah saja

Assalamualaikum...

Weekend baru ni tak pergi mana pon.
Budget larik.
Kekeke malas lagi pon nak keluar.
Panas.

Tinggal elok je tido mengiring.
Lepas ibu masuk bilik tengok, cam gini dah rupanya.
Nak meniarap dah ek.
Mengiring pn awak penyegan.
Kekekee.

Budak busyuk masyam yang manja.

Ni sorang lagi budak busyuk masyam.
Awak kerjakan adik Ayzad ye.
Tengok muka adik tu, muka x redho ok.

Petang sikit p beli brg budak2.
As usual, Pognae SSC membantu.

Thursday, April 2, 2015

Shopping Online - Zalora

Assalamualaikum...

Bertemu kembali.
Lama lak rasa tak sok sek sok sek kat sini.
I bizi uolls..kikiki

Hati tengah berbunga sebab hari ni pakai kasut baru.
Hehe sedap pakai.
Rupa pon menarik.
Eh ku bukan promo tau.

Ni la kasut yang menjadi pilihan hati.
Seminggu jugak la duk berbelah bagi, nak ke tak.
Last2 beli jugak with 2 other shoes.
Oh my god, I did it again.

Sape yang teringin nak beli yg sama, boleh tengok SINI sementara ada stok.
Ade 4 kaler yang available.
lagi 2 other shoes, nanti la i tepek sini ye.
Xde lak link, dah habis kot terjual.

Pastu ada la kasut yang beli kat Zalora jugak tapi tak pakai.
Sebab A cut, so depan tu mcm x muat sikit.
Kaki ku mcm kembang sikit bhgn depan.
Tapi dah selamat dijual semalam.
Alhamdulillah.
Cantik kan?
Tapi tu la, x berapa nak muat bahagian depan tu.
Huhu letgo dengan perasaan sedih jgk.
Tak pernah pakai pon.

Tapi xpe, kasut baru pon best jugak.
Selalunya memang akan lenjan satu2 kasut sampai dah buruk giler baru beli baru.



Saturday, November 1, 2014

SUSUN ATUR - DAPUR

Assalamualaikum..

Pagi ni sempat kemas dapur & susun2 balik atas kitchen cabinet dgn brg2 yang dibeli di Daiso tghari semalam.

Wah syoknya masuk Daiso.
Rasa macam nak beli semua je.
Ngehehe napsu semua .

Setelah ditapis2, habis la dlm RM85 beli semua.
Tu pon lepas ditapis2.
Kalo x tapis, hagak2 berapa la habis kan?

Tapi ok la, berbelas2 barang la dapat.
Semua barang pon RM85, so murah la kan?

Comel x tempat letak plastik terpakai & plastik sampah ni?
Ni saya isi dalam kabinet kat bwh.
Nak isi bwg, rasa sayang la pulak.
Lagipun dah ade tupperware tmpt letak bawang.

Nampak x?
Ye alas warna pink bunga2 kan.
Hihi baru comey sikit petiku ni.
Tepi ni pon alas dgn mat kaler hijau.
Depan tu nak tampal wallpaper nanti.
Semalam carik x jumpa yg berkenan di hati.

Mavam comel je kan Dish Wash Shaklee duk situ.
Tu letak kat pemegang botol.
Juga beli di Daiso.
Beli 1 je utk try.
Tapi memang ok la, ingatkan x lekat kuat.
Lepas ni boleh beli lagi 1 letak Basic H pulak.
Suka3.
Baru tampal alas dinding tempat masak.
Sebab minyak terpercik.
Sayang kat KC sbb buat mahal2 pastu ade kesan minyak.
Nampak x kuali tu baru lepas goreng kuey teow utk breakfast.
Tall unit pon sempat kemas sikit.
Kemas compartment yg ats oven tu.
Nampak tersudun sikit.
Kalau sebelum, ya ampun bersepah teruk.
Macam2 brg ada sumbat kat sini.
Ni pon susun atur balik.
Ada tambahan alas tempat letak air & rak.
Alas tu & rak 2 tingkat tu pon beli di Daiso.
Botol2 spices tu belum isi sebab time ni baru siap basuh & keringkan.
So, susun dulu nanti free kita isikan spices & labelkan.

Lepas kemas tu, encik husband cakap 
"Wow, organized dah"

Hilang penat daku walau rasa agak semput mengemas.
Tu belum habis lagi tu.
Dalam kabinet kene susun balik.
Tapi disebabkan tersembunyi & tertutup, kita KIV dulu.






Monday, October 20, 2014

Again; Shopping @ Kaison

Assalamualaikum..

Last Friday (baru nak update hari ni) sempat g shopping jap kat Kaison @ Paradigm Mall.
Dekat je dengan ofis.
Sambil2 cuci mata, terapi mata orang kata.

Jom tengok apa saya dapat kat sini.
Mostly barang2 rumah jela.

 Okat ni list barang berserta harga utk rujukan korang:

1) Pagar plastik (black) utk projek mini garden : RM5.90 x 4pcs
2) Spice jar : RM9.90 x 1 piece
3) Gardening pot (green) : RM4.50 x 2 pcs
4) Sketch Book : RM9.90 x 1 piece
5) Perfume utk bathroom (Ocean & Vanilla) : RM2.90 x 2pcs
6) Ladybird craft : RM3.50 x 1 piece
7) Cartoon towel : RM7.90  x 1 piece
8) Paper wrap : RM0.50 x 1 piece

Apa perlunya saya beli barang2 di atas?

1) Pagar plastik (black) utk projek mini garden : Nak buat mini garden depan rumah, utk letakkan segala jenis tanaman saya.
2) Spice jar : Isi segala rempah ratus; serbuk kari/bunga lawang/kayu manis dll.
3) Gardening pot (green) : Projek mini garden saya juga.
4) Sketch Book : Tulis nota2 pasal shaklee, cantik sikit..boleh sketch2
5) Perfume utk bathroom (Ocean & Vanilla) :Yg ocean letak bathroom bawah, vanilla master bedroom
6) Ladybird craft : Nak buat ala2 gantung kat dinding, pastu gantung outstanding order/to do list guna ni. Mesti comel kan?
7) Cartoon towel : Menambah koleksi towel kat dapur. Comel sebab hijau.
8) Paper wrap : Nak wrap hadiah. Hihihi. Utk sapa tu?

 

 

Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya AidilAdha di Perantauan

Assalamualaikum..

Tahun ni sambut raya kat Bukit Naga aje.
Malas balik kampung sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas.
Banyak jugak khabarnya accident berlaku.

Menu raya kali ni masak sendiri je.
Encik husband yg request nasi tomato.
Ku layankan aje la.

Menunya:
1) Nasi tomato
2) Ayam masak merah
3) Rendang ayam
4) Acar timun & lobak merah
5) Lemang (beli)
6) Serunding ayam (dapat free je).
7) Kek butter marble (tak sempat ambik gambar)

Alhamdulillah, menu ni jugak la sampai ke malam.
Habis licin semua dikerjakan kami 4 beranak ni je.
Opps lupa ada sedekahkan sikit pada akak ipar yang duk kat Kota Kemuning.

Nanti saya kongsikan resepi mana saya guna ye.

Petangnya tu, lepas je balik dari rumah akak ipar, kitorg pergi IKEA.
Haha tak senonoh sangat kan..raya2 g Ikea.
Tapi rupanya ramai sungguh yang g Ikea.
Siap dengan baju melayu & kurung lagi.

Kali ni pegi Ikea siap bawak bekal air, kek butter & buah honey dew letak dlm tupperware.
Hihihi memang lapa karang kalo duk kat dalam tu.
Tips jimat cermat dari saya.
Hihihihi...

Jom tengok apa kami beli.
Ni semua utk lengkapkan rumah kami.

1) Rak warna brown x 3 keping. Harga: RM6.90
2) DIY stand utk rak x 6 pcs. Harga : RM9.90
3) Tempat letak sabun x 2 pcs. Harga : RM1.90
4) Cawan untuk letak berus gigi dll x 2 pcs. Harga : RM2.90
5) Balang kaca untuk isi minyak masak. Harga : RM5.90

 
6) Jam dinding (letak kat dapur). Harga : RM2.50
7) Selimut. Harga : RM8.90
8) Rak kaler hitam. Harga RM59 (tiada dalam gambar)

Tapi boleh tgk kat bawah ni.
Lepas siap pasang & letak segala mainan Ayman.
Aish ibu baru nk deco2 letak bunga kat situ.

Malamnya lagi banyak mainan kat atas tu.
Asyik gambar Ayman je.
Meh setepek gambar Ayna pulak.


 
 

Tuesday, October 7, 2014

Shopping @ Kaison

Assalamualaikum...

Last Friday, waktu lunch panjang kan?
So, macam biasa la kalau rajin saya akan ke Giant @ Kaison Paradigm Mall.
Tu yang paling dekat.

Jom tengok apa yang saya sambar kat Kaison.


4 pasu kecik utk aktiviti gardening saya. RM1.20 je 1 pasu. 
Bekas kaca utk isi gula dan kopi. Harga : RM4.90
Penyiram pokok warna purple. Harga : RM5.90 kot (lupa dah)
Cupcake casing yang comel bentuk bunga. Harga : RM1.90
Bekas letak lilin warna hitam. Harga : RM9.90
Bekas DIY ada tulisan LOVE. Harga : RM7.90


Ni jelah yang saya beli.
Setakat ni semua dah diguna pakai.
Hehe..:)