Showing posts with label Mini Garden Saya. Show all posts
Showing posts with label Mini Garden Saya. Show all posts

Friday, June 3, 2016

MEI - MACAM2 CERITA

Assalamualaikum...

Mei pon dah berlalu.
Lagi berapa hari nak Ramadhan.

Banyak perkara berlaku pada Mei.
Suka duka, penat lelah.
Jom la check it out.

Ayman warded- suspect Influenza A. Now dah totally recovered.
Ketam - permintaan Ayman lepas keluar wad. Selera makan menjadi2 sekarang ni.
Selera makan ayahnya pon boleh tahan. Request mee kari.
RJ VS Hibiscus.
Last week : Vanilla Crunchy cookies. Sedap yang amat.
Budak manja yang nak melekat je 24 jam. Makan kurang. Mengempeng kuat.
Grandeur of Johore @ Floria Putrajaya 2016
Gerai Tok Aba @ Floria Putrajaya 2016
Us @ Floria Putrajaya
BoboiBoy movie time @ home saja.
Alhamdulillah rezeki anak2.
Tanggungjawab juga makin besar.
Harap dipermudahkan & semakin sukses ke depan.
Amin.


Friday, April 29, 2016

Random Photos - End of April

Assalamualaikum...

Menyengih!!!


Mkn eskrem di malam hari.

Tapak semaian : macam2 ada. As of semalam, habis semua tenggelam sebab hujan lebat sangat. Sedih sob3.
Rose Corner: 3 pokok tengah di rawat. Hari ni ade nampak banyak kuar tunas2 baru. Alhamdulillah.
Sayur bayam di laman saya.

Anak petunia, semai dari biji benih. Pokok induk? Mati dek kerana en suami siram dengan air sabun basuh kereta. Sila ganti!!!.
RJ plant dekat atas tanah, kepung dengan batu bata merah. Murah. 20sen je sekeping. Belakang: Vinca purple sedang dirawat & replant.
Atas tembok pagar. Pokok berdaun kecik2 je.
Lagi semaian dalam pasu.
Ibu & Ayzad.
Rongak dah. Sebab gigi kekal yang ketiga tak sabar nak kuar dah.
Semai taugeh ye.




Bunga balong ayam tu dari mini garden ibu tau.

Monday, April 11, 2016

Mini Garden : Ros & Pandan

Assalamualaikum...

Hobi terkini kumpul pokok bunga ros.
Agak mencabar nak jaga untuk newbie macam saya.

Beli pokok ros kecik2 tak tahan sangat (saya x pandai jaga kot).
Usia seminggu dalam jagaan. Harap bertahan. Ini bunga ke 5 yang mekar di laman. 
Bunga ke 4 di belah sana. Ada satu lagi kudup yang belum mekar. 3 bunga yang dah kering dah di potong.
Tumbang pokok pandan di tarik kakak Ayna. Huhhu sadis.
Selepas dileraikan.
Dapat la 7 anak pokok pandan.
Pokok pandan ni amik dari rumah mak di kampung.
Alhamdulillah subur hidup walau dalam pasu.
Tapi masa kuarkan akarnya tu, memang x nampak tanah dah.
Akar penuh dalam pasu besar tu.
Ada hikmahnya jugak kakak ayna tarik, boleh pindah & replnat. jadi 7 pokok berlainan.

Jenuh la makan daun pandan ha.
Lepas ni, setiap kali masak nasik boleh buh daun pandan bagi wangi.
Ada orang kata boleh lembutkan daging jugak.
Nanti kita cuba ye.

1 anak pokok jiran nak.
Tak sempat algi nak pass.
Semalam tido awal kepenatan dengan kerja2 rumah.
Alhamdulillah 2 minggu ni, dapat buat spring cleaning 1 rumah.
Eh x siap sepenuhnya lagi.

Yang dah kemas sikit2 bilik ayman, bilik ayna sikit, bilik bawah sikit, ruangan laundry, laman depan.
Berkotak2 jugak la barang buangan yang sebenarnya x pakai pon tapi menyemak dalam rumah.
Kami laki bini jenis sayang dengan barang.
Kotak cantik sikit nak simpan.
Semua benda nak simpan.
Sudahnya rumah penuh dengan sampah je.
Hahahaha.

Lepas ni nak kemas ruang bawah tangga & bahagian dapur kat belakang.
Belum siap sepenuhnya lagi tu.
Lepas tu, tunggu bajet bulan depan pulak beli batu bata, bagi teratur sikit lama.
Ada dah buat sikit.
Memang nampak kemas & tersusun sikit la.
Nanti saya update ye laman terkini.

Projek tanam sayur2 pon dah start.
Setakat ni bayam paling subur tapi masih kecik lagi.
Petunia pon tgh belajar2 nak semai.

Wednesday, March 9, 2016

Mini Garden : Bunga kunyit , buah mulberi & tapak semaian

Assalamualaikum...

Sepanjang 32 thn hidup ni, first time tau pokok kunyit pon berbunga.
Ngeh3 walau asal kampung pon, bukan semua benda kita tau kan.
Kisahnya join grup kebun bandar di fb..pastu mcm2 info pasal pokok.
Ada la sorg ahli post pasal bunga kunyit, jakun la kejap.

Esoknya, pagi2 saja2 tgk pokok kunyit yang tanam kat laman tu.
Eh3 ada jugak bunga kunyit terselindung di sebalik daun kunyit yang panjang lbh kurang stgh meter tu.
Acanaer la boleh x perasan ye?

Orang kata sedap di buat ulam.
Tapi dah seminggu ku tak petik2 lagi bunga ni.
Sayang baq hang.

Dalam masa yang sama gak, bersemangat nak bercucuk tanam sayur2 lain jugak.
So gigih la order biji benih online.
Siap beli ubat semut, kulat, siput, baja AB, epsom salt.
Ha semua tu untuk bagi pokok2 ku subur.

Gambar ni diambil 2 hari lepas.
Gambar terbaru tak sempat ambik lagi, banyak jugak yang dah bertunas.
Start semai pada 3 Mac 2016.
Beli biji benih semua dekat blog Semua Menjadi, korang google la ye.

Antara yang dibeli & dah semai:
1) Capsicum california small
2) Daun sup
3) Ketumbar
4) Terung panjang
5) Selasih
6) Parsley
7) Kobis
8) Brokoli
9) Bayam hijau
10) Sunflower
11) Sawi bunga

Antara yang dah beli tapi belum semai:
1) Bendi
2) Tomato - sebab nak habiskan biji benih yang dah beli
3) Tomato ceri - sebab nak habiskan biji benih yang dah beli
4) Sayur raja
5) Betik taiwan
6) Cili jambak hibrid - sebab nak habiskan biji benih yang dah beli

Lain2 yang disemai:
1) Benih petunia - jumpa biji benih kat pokok
2) Tomato & tomato ceri
3) Cili besar
4) Sawi pak choy

Saya juga ada tanam pokok mulberi.
Beli keratan batang secara online.

Pokok mulberi berbuah sulung.
Ada 3 biji buahnya.
Tips nak bagi lagi banyak buah, kena selalu cantas daunnya.
Bagi gondol je.
Dan daunnya bole masak buat sayur.
Tak tau la sempat ke tak buahnya matang dan masak.
Yang penting nak merasa la jugak.
Tak pernah lagi rasa mulberi ni.

Monday, February 15, 2016

Mini Garden - Update Pokok

Assalamualaikum...

Baru lepas weekend kan?
So basically, memang weekend jela waktu nak belai2 pokok2 kat laman.
Weekend jugak la tabur baja, replant and kemas2 laman yang sekangkang kera tu je.
Misi nak penuhkan laman dengan batu bata belum tercapai lagi sebab tak pergi survey pon lagi batu bata.
Yela, chinese masih raya kan last week.
So, this week maybe boleh g survey (tengok mood en suami jugak).
Atau tunggu hari dah gaji, keh3.

Ni pon dah kemas2 & rearrange kedudukan pasu2 bunga bagi nampak tersusun sikit.

Pokok limau kasturi..tu buah kecik2 lagi..tapi banyak..

Pokok limau kasturi- From the other side..siap berbunga lagi..x sabar nak menuai...

Delima - sebiji je berbuah..harap mampu bertahan..sebelum2 ni semua keguguran

Pokok pandan..banyak dah berjasa ni

Pokok kunyit..ni lepas dah cantas daun2 yang kuning2 kat bawah..sebelah dia ada lagi satu pokok..xtau pokok apa..sama tinggi naiknya..daun macam daun pisang..just tunggu dan lihat saja la..

RJ -siap dah replant..ikut kaler masing2..

Friday, February 12, 2016

Mini Garden Saya : Update tanaman

Assalamualaikum...

Just nak share & update tanaman yang masih bernyawa di laman sekangkang kera kami.

Ini antara pokok yang subur hidup di laman.
Gambar diambil 9 Jan 2016.
Ada beberapa pokok yang belum diambil gambarnya.
Nanti saya update lagi.

Pokok kunyit hidup dengan subur..saiz daun sangat besar dan panjang. Tinggi pokok melebihi paras pinggang dah. Tanam dari ibu kunyit.
Pokok betik dalam pasu. Tinggi dah paras pinggang jugak. Ada 2@3 pokok yang kecik dari ni masih survive jugak. Tanam dari biji buah betik. Just tabur je.
Limau nipis yang tak berbunga dan berbuah. Tanam dari biji, sebab tu xde bunga lagi kot. Tinggi lebih paras kepala dan tembok rumah.

Masih ada beberapa pokok yang x sempat snap gambar.
Antaranya limau kasturi yang sedang keluarkan buah2 & bunga, can't wait to harvest.
Pokok pandan pon makin banyak tumbuh akar2 baru.

Dan saya dalam proses survey batu bata bagi nak cantikkan laman.
Sekarang ni agak tak teratur susunan pokok2 semua.
Niat nak letak batu bata & step stone bagi ceria sikit.
Pastu nak asing pokok sayur dgn bunga2.

Monday, November 30, 2015

Random Photos - Last Week of November

Assalamualaikum....

Cepat sungguh masa berlalu.
Esok dah December.
Bermakna, Ayzad nak setahun dah.

Pic Ayzad terbaru - with ibu yang pipi makin tembam.
My grandi magnolia & isabella.
Mix RJ - carnation, kashmir, tiara stripe
Carnation kuning
Moody pagi2 - ngantuk nak sambung tidoq.
X study lagi ID apa ni..tapi bunga pon banyak jugak
ID blm study jugak.
Kashmir - pemberian jiran yg sama minat bunga2 jugak
Carnation - zoom
@ Shaklee - ibu shopping, anak2 main
Abaikan ayman yang dah x bergigi depan tu.
Ayman punya gigi susu dah tanggal dah.
Ada 2 batang gigi kekal dah tumbuh belakang gigi susu tu.
Rasa cam cpt sgt kamu membesar ayman.

Alhamdulillah ayman dpt tempat ke 7 dalam kelasnya Khalifah Umar.
Nanti thn depan usaha lebih lagi ye.
1st year sekolah, ayman blur2, ibu pon blur2 xtau apa kene buat.
Ni dah ok sikit.
Hahaha.