Tuesday, October 7, 2014

RESEPI ROTI/DONAT GEBU

Assalamualaikum..

Nak kongsi 1 resepi yang boleh buat beebrapa jenis makanan.
Resepi ni boleh guna untuk buat roti, donat gebu, burger malaysia pon boleh.

Macam saya, saya buat roti & donat.
Donatnya sangat la lembut & gebu.
Letak kat luar pon masih lembut.

Ok, ini resepinya.

Bahan-bahannya:

1 cawan air suam
1 peket yis (11g)
4 sudu gula
2 sudu besar susu pekat
2 sudu planta 
3 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur dipukul

Cara-cara:

1) Campurkan semua kecuali tepung. 
2) Biarkan bancuhan yis rehat selamat 10 minit hingga berbuih.
3) Masukkan bancuhan yis sedikit2 ke dalam tepung hingga jadi doh lembut (ikut keperluan tepung, ada masa cecair tak habis. Asalkan jadi doh lembut tak lekat kat tangan).
4) Rehatkan doh jadi double naik (lebih kurang 30-45 minit)
5) Bila dah naik, tumbuk2 kan (untuk keluarkan ruang2 udara) dan uli hingga cantik.

Untuk roti:
6) Bentukkan dan letak dalam bekas.
7) Rehatkan lagi hingga jadi double.
8) Bakar pada suhu 150C, api atas bawah, hingga kekuningan.
9) Rehatkan pada redai dan sapu merjerin sementara masih panas.

Saya buat letak sosej mcm dalam gmbr bawah ni.

Untuk donat:
6) Canai doh, terap dgn acuan donat.
7) Rehatkan sampai double.
8) Goreng.
9) Salut gula @ topping choc @ blueberry/strawberry (terpulang pada citarasa) 


Gambar selepas masak tak sempat ambik.
Tapi anak2 suka sangat donat sbb lembut & gebu.
Next time boelh try letak topping mcm2 bagi anak2 lagi suka.

No comments: