Thursday, June 25, 2015

Ramadhan : Spring Cleaning

Assalamualaikum...

Lama lak tak bersiaran.
Busy sikit la bila Ramadhan ni.
Banyak benda nak settlekan.

Alhamdulillah bulan puasa ni waktu balik 4.30ptg.
So balik je, singgah solat kat surau baru pergi beli makanan kat bazar.
Nak masak memang tak sempat.
Sampai rumah 7 @ 7 lebih.
Dan selalunya tak sempat pon nasik nak masak dah azan dah.
So, usually akan beli kuih untuk alas perut.
DEngan 3 org kanak2 riang lagi, kalut sikit la nak berbuka.
Tapi selesa je sebab kat rumah sendiri kan.
Kalo kat kedai maunya kalut lagi teruk.

Weekend pon banyak perancangan sebenarnya.
Nak kemas itu ini.
Lipat sana sini.
Bersih atas bawah.
Semput mak.

Last weekend sempat kemas 2 bahagian je dalam kitchen cabinet.
Tall unit paling bawah & 3 tier drawer.
Lain2 nan hado x sempat.
Lipat baju yang berbakul pon x sempat.

Pagi lepas sahur, kemas dapur sikit.
Ni la hasilnya.
Tall unit paling bawah.

Sebahagian Koleksi tupperware.


Before: Sebelum bersihkan.
After : Tersusun la sikit siap dgn label.
After : tepi pintu tu pon gantung apa yg boleh.

Pastu, 3-tier drawer yang bersepah.
Gambar sebelum xde.
Drawer paling atas. Bakal dipenuhkan dgn baking tools yg belum kemas lagi dalam setor. Nak raya kan, haruslah basuh segala tools utk projek kuih raya tahun ni.
Drawer kedua penuh dengan stok makanan & minuman segera. Biskut & snack pon sebahagiannya dalam ni. Sebahagian stok lagi ada dalam tall unit bahagian atas. Nanti next time, kita share.
Segala balang kaca letak kat drawer ke 3 ni. Dalam ni ada gula, susu tepung, tepung gandum. Bakal dipenuhkan lagi ni dengan macam2 tepung utk projek kuih raya nanti.

Elok je siap kemas ni, bunyi budak paling kecik merengek nak susu.
Ni ha budaknya. Hehe nak masuk 6 bulan dah. Pandai meniarap & pusing2. Macam nak duduk pon ye jugak ni. Makin berat. Tengok peha la kan? Kekeke.

Friday, June 12, 2015

Ibu demam

Assalamualaikum..

Baru je baik demam.
1 hari EL, 1 hari MC.
Hari ni baru masuk kerja.

Hari pertama:
1) Demam + sakit kepala + muntah
2) Ayman & ayna tinggal rumah pengasuh, baby Ayzad duk dengan ibu.
3) Tak selera makan, terbaring 1 hari
4) Petang baru makan megi + roti bakar.
Hari kedua:
1) Siap2 nak p keje, tapi p klinik dulu sbb x tahan sakit kepala + sakit tekak pulak.
2) Dapat MC, doc ckp x cukup rehat + x cukup tido.

3) Balik rumah rest sepuasnya tanpa anak2.
4) Petang : sempat siapkan pulut durian. Demam dah kurang, sakit kepala pon kurang. Sakit tekak bertambah.

5) Malam: masak simple - singgang ikan + budu + ulam2 + ikan goreng + telur dadar
Ibu tgh solat, ayman main benda yg x sepatutnya. Habis sepeng kepala belakang.
Tengok ibu pakai baju kurung pink, dia pon nak jugak. Walaupon x mandi lagi.

Tanaman : Kangkung tuaian pertama

Assalamualaikum...

Ni dia kangkung tuaian pertama.
Bismillah dah siap masak & makan dah.

Kangkung : buat lauk dinner.
Jimat belanja utk 1 sesi masak dinner.
Kangkung cepat sgt membiak.
Meleret2 ke tanah dah.
So, kutip la.
Batang tinggal sebab nanti tumbuh baru.

Pokok kunyit : Updated

Assalamualaikum...

Dah janjkan nak update pokok kunyit.

Dah tumbuh 2 daun.
Pokok ke 2.
Pokok ke 3. Baru bertunas.
Senangnya dalam hati tengok pokok kunyit naik dgn subur.
Saya suka.
Saya seronok.

Tanaman : Cara tanam daun kesum

Assalamualaikum...

Selain daun kunyit, saya jugak tanam daun kesum.
2 pasu jugak la tanam.
Mula2 1 pasu je, pastu nampak sarat sgt.
Potong2 batang dia cucuk dalam pasu lain.
Pon hidup dgn suburnya.

Ni pasu pertama. Dah tinggi dah naik. Tu pon puas trim dah.
Pasu ke-2. Ni hasil yg trim pastu cucuk jer dalam pasu ni.
Ok, cara tanam pokok daun kesum ni senang je.
Start tanam dulu beli daun kesum utk masak.
Pastu banyak sangat lebih je.
Try je la cucuk kat tanah.
Tgk naik elok.
So start dari tu, memang cucuk je batang terus hidup.

Sumber : Google. Ni contoh daun kesum yang kita beli kat kedai. Batang tu cucuk je kat tanah. In shaa Allah hidup lah dia.
Nak jaga pokok daun kesum ni pon senang je.
Asal air cukup, cahaya matahari cukup.
In shaa Allah hidup subur mewangi la dia.
Hehe, cubalah.

Tuesday, June 9, 2015

Tanaman : Cara tanam kunyit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah mini garden dah bertambah meriah.
Kunyit yang disemai 2 minggu lepas dah naik tinggi.

Ni gambar ambik jumaat lepas. Pagi tadi tengok naik lagi 1 daun.
Total pokok kunyit ada 3 pokok.
1 dah naik tinggi macam gambar atas.
2 lagi baru bertunas sebab ibu kunyitnya besar sikit.

Senang jer cara tanam kunyit.
Beli ibu kunyit kat kedai, macam utk masak tu.
Sumber google : ibu kunyit
Kalau besar, boleh potong.
Lagi cepat naik.

Cara tanam:
1) Gali lubang (kedalaman bergantung pada saiz ibu kunyit)
2) Tanam kunyit separuh je, separuh biar di luar permukaan tanah.
3) Biar & siram setiap hari
4) Seminggu - 2minggu akan mula bertunas (bergantung pada saiz jugak. Jika kecik, makin cepat bertunas)

Nanti saya uploadkan gambar 2 lagi pokok kunyit yang baru keluar tunas.
Dan jugak pokok kunyit yang dah keluar 2 daun besar.
Seronok.

Monday, June 8, 2015

Weekend activity : Floria Putrajaya

Assalamualaikum...

Ni pulak aktiviti hari ahad.
Pagi2 masakkan mee goreng utk tetamu kehormat.
Pastu beli kuih sikit2.

Abah pulak buat operasi mengemas kat dapur bahagian belakang.
Semua benda dia selongkar & buang yang taknak pakai.
Siap p bakar semua kat belakang rumah.
Hahaha meh la dtg selalu kemas rumah anakmu ni.
Kekeke.
Actually memang nak kemas pon tapi tak berkesempatan lagi.
So bila abah dah offer diri, memang tak bantah la.
Kalo bantah pon, dia buat jugak.

Pastu baru siap2 pergi rumah sepupu.
Sebab abah dah janji nak balik saing dengan ayah saudara.

Rambut depan tu nak masuk mata dah kakak Ayna.
Singgah masjid solat.
Masa mak nak balik nangis2 si Ayman nak ikut.
Huhu pujuk2 bagi dia lupa.

Pastu pi pekena Nasi Lemak Royale kat Ampang.
Then, en suami drive sampai la Putrajaya.
Saja jalan2 katanya.
Dalam hati mesti nak g Floria Putrajaya.
Pusing2 carik Precint 4, last2 jumpa jugak.
Ramainya orang.

Tiket masuk RM5 utk dewasa. Kanak2 bawah 6 tahun FOC.
Beli biji benih bendi, kucai, cili merah
Beli baja & racun organik.
Banyak sebenarnya nak beli.
Tapi cash x banyak.
Ada la dalam RM40 je kot.
Hua3 tu la x bgtau nak pergi sini.
Mampu jalan2 & tengok jela.
Selebihnya bergambar.
Jom layan gambar tanpa caption.


























Actually banyak lagi nak amik gambar.
Banyak view yang cantik sangat2.
Tapi sebab dah nak maghrib + baby Ayzad pon macam nak merengek nak susu, so decide kuar jela.
Carik masjid sambil susukan Ayzad dalam kereta.

Penat tapi seronok.
Anak2 pon kata seronok & nak datang lagi.
Yes, memang akan datang next time.