Monday, December 22, 2014

Ayman naik motor

Assalamualaikum...

Ni aktiviti last week jugak ni.
Pergi Aeon Big (dulunya Carrefour), so en suami singgah sini nak bg Ayman naik motor.

1st time ni naik motor ni.
Ingatkan Ayman takut2.
Sebab Ayman ni penakut sikit sebenarnya.

Mula2 speed slow je.
Pastu org yang jaga tu tgk dia dah pandai control, naik sikit speed.
Ok la, siap boleh lambai2 tangan kat ibu, ayah & Ayna yg tunggu kat tepi ni.



Ha, ni la gambar terbaru daku.
Nampak x baby bump yg makin besar tu?
Masa ni 36 weeks ++.


Baru sabtu lepas pegi check up kat Salam.
Berat= 58kg
Weeks = 37 weeks + 3 days
BP = ok
Estimated baby weight = 2.6kg
Gender = Boy (Inshaa Allah)
Air ketuban = OK.
 
Baby pon dah engaged & masuk laluan dia dah.
Doc pon kata baby dah duk bawah sangat dah.
So maybe bila2 masa je boleh keluar.

Patut la ibu selalu lenguh dah kat pinggang.
Kaki pon xleh nak berdiri lama sgt.
Even berjln pon x larat sgt dah.
Tapi tetap jgk berjalan.
Org kata byk berjln nk bg mudah bersalin.
 


Thursday, December 18, 2014

How big is your baby?

Assalamualaikum...

How big is your baby?
Atau dalam bahasa melayu,
Berapa berat baby anda?

Hehe mine is as big as winter melon.
Wah mcm best je fakta ni.
Sy sekarang dah 37 minggu nak masuk 38 minggu dah.
Lebih kurang winter melon la baby kat dlm ni ye.

Baby dalam perut ibu, pengalaman mengandungkan kamu sgt la berbeza dgn abg Ayman & kakak Ayna kamu.

1st trimester tu, memanv xleh lari la dr mabuk teruk sampai warded kan. Dari abg ayman sampai la kamu, sama je keadaanya.

Masuk 2nd trimester, selera makan ibu menjadi2.
Nak cover balik berat yg byk sgt turun.

Dan sekarang 3rd trimester ni, macam2 ibu alami demi kamu.
Masa abang dan kakak kamu, ibu x alami semua ni.
Ibu dah tua kot, hahaha.

Kaki ibu selalu cramp malam2.
Tidur ibu tak lena sangat malam2.
Nak tidur pon x selesa, tido mengiring pon x boleh, nak bangun annti seksa sangat sakitnya.
Kaki ibu bengkak, sakit mcm sakit sendi dari belakang pinggang sampai ke tumit kaki.
Berlaku bleeding selama 2 minggu (ibu ingat petanda kamu nak keluar dah)

Sekarang ibu hanya nikmati pengalaman2 berharga di atas sebelum kamu keluar melihat dunia.
Nanti kamu dah keluar, mesti ibu rindu saat2 ni.
Saat2 kamu menendang manja dari dalam perut ibu.

Wednesday, December 17, 2014

KELAS PERMATA - SAKIT JANTUNG

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu group Permata under Master Izzati berlangsung.
Alhamdulillah banyak input yang dapat.

1st week, saya jadi presenter.
Ni baru siap slidenya.
Jom tengok.

Tajuk : Sakit Jantung.







So, jika anda ada simptom2 @ risiko utk dapat sakit jantung, hati2 ye.
Sebab worst case boleh lead to stroke.
Bila dah strok tu, faham2 la.
Chances utk pulih amatlah susah walau x mustahil.

Any consultation about Shaklee Product;
Ziela 
Whatsapp/call/message : 016-663 5191
Registered ID : 889197

Tuesday, December 16, 2014

HQ SHAKLEE BERWAJAH BARU

Assalamualaikum...

Weekend hari tu sempat le g HQ jap since doc xde nak  g check up.
Haish patutnya 2 minggu sekali..ni nak masuk minggu ke 4 dah x checkup2 lg.
Dah la last week tu ade bleeding.
Baru sabtu lepas, stop bleeding.
Huhuhu risau.

Ok, dulu bila pegi HQ je agak mencabar sikit la.
Ruang kecik, kaunter sikit, orang ramai.
Tapi sekarang ni, kaunter banyak, ruang dah besar.
Toilet pon best.
Siap ada playground utk anak2 tunggu maknya shopping brg Shaklee.
Tengok la, sampai ayah dieorg pon join jugak.

Muka budak2 on the way nak g Shaklee.
Suka la tew dpt pegi main kan.
Sampai nak ajak balik pon, jenuh paksa.
Ayman siap cakap lagi nanti kita datang main kat sini lagi ek.
Erk..harusla kalo ade brg yg nak ibu borong.
Doa2kan ibu dpt byk order yer.
Ayna sporting on that day.
Pakai hair clip.
Baru nampak girly sikit kakak Ayna.

Gambar2 lain kat Shaklee x amik pon.
Lepas pegi Shaklee, kitorg p jalan2 Subang Parade lak.
Sebabnya mak buyung ngidam Kenny Rogers.
Anak2 pon seronok makan.
Sambil jln2 window shopping.


Monday, December 15, 2014

MAYBANK TREATS POINTS

Assalamualaikum...

Lama pulak tak singgah blog sendiri ye.
Duk baca blog orang je.
Haha jeles i tengok blog orang lain asyik updated je.
Busy la sikit lately siapkan kerja2 ofis sebelum cuti panjang utk berpantang.
Sekarang ni dah nak masuk 37 weeks dah.
Bak kata orang, tengah tunggu hari je la.

Ni nak cite.
Lama dah dpt, baru nak hapdet kat sini.
Ngeh3.



Ni la yang nak cite ngan uolls.
Hihi if ade card credit maybank, boleh check korang punya reward points ada bape.
Pastu bole la redeem.
Macam baru2 ni merasa gak la redeem Voucher Tesco RM100.
Sapa nak bagi kan?

Pastu, daku redeem benda alah kat bawah ni.

Blender set Brand Morphy Richards.
Blender ni bukan blender biase2 tau.
Ni macam ala2 food processor la.
Dah lama ku idamkan.
Harga sebenar boleh tahan di luar kemampuan daku.
Kih3.
So bila boleh redeen for free, apa lagi..pulun la.
Siap ada function blend ice lagi, so boleh la buat smoothies ke, ice blended ke..kan2?
Tapi lama dah bende ni sampai, pakainya idok jugak.
Kah3..excited hangat2 taik ayam ja.