Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, July 1, 2016

Ceritera Ramadhan 2016

Assalamualaikum..

Ramadhan kali ni masih berlima.
Dan bertambah sorg lagi ahli keluarga yg sama2 sahur & berbuka.
Alhamdulillah abg ayman dah mula puasa tahun ni.
Tak suruh tak paksa.
Atas kehendak sendiri.
Tapi hari sekolah je dia puasa.
Hari cuti, nan hado..hahahahaha...

Sepanjang Ramadhan ni, kalau weekdays memang x merasa la berbuka puasa dgn sempurna.
Ofis hour sampai 4.30pm, tapi tunggu asar dlm kul 5 baru blk.
Pastu g bazar beli juadah berbuka, pukul 6@6 lbh baru bertolak balik ke rumah.
Tu pon lepas pick up anak2 kat rumah pengasuh.
Mostly, akan azan masa dalam kereta.
So berbuka dalam kereta dah jadi 1 kebiasaan.
Makan kuih2 dulu.
Sampai rumah baru masak nasi.
Solat maghrib, mandi baru la jamah nasi.

Minggu ke 3 Ramadhan pulak, saya accident.
Dilanggar dari belakang.
Alhamdulillah saya xde apa2.
Kereta bahagian belakang teruk sikit.
Terus buat report & uruskan utk claim insurans.
Malamnya baru anta ke workshop
So seminggu pergi kerja en suami hantar naik motor.


Weekend saja baru dapat marathon buat biskut raya.
Ni pon x habis lagi sebab sempat buat 1 adunan je.
Nak bagi 2 keluarga, mih3.
Chop Chip with almond cookies.
Resepi bagi yang nak cuba.
Tat nenas gebu & cair di mulut. Sedap banget.
Semperit susu - favourite ayman.
Vanilla Crunchy with almond.
Sarang semut.
Ada lagi nak buat, antaranya:
1) Semperit cheese (semperit susu x cukup, so nk try cheese lak)
2) Biskut badam rangup
3) Choc chip (pon x cukup)
4) Tat nenas (pon x cukup)

Budak manja terlebih.
Ibu tgh solat pon mai duduk atas sejadah pastu sengih2.
Masih menuggu berita x sahih dari company.
Ada bonus ke takde?
Huahua..baju raya pon blm settle lagi ni.
Harap ada la mcm tahun2 sebelum ni.

Friday, July 24, 2015

Cerita Raya - Random Photos

Assalamualaikum...

Masih dalam mood raya lagi kan?
Sampai batuk2 travel the whole week.
Update ini untuk simpan semua gambar2 kenangan raya tahun ni.
Nanti bila dah tua boleh tgk balik.

1) Pre-Raya (balik kampung time)
Last kerja hari selasa 14hb.
Awal pagi 15hb tu dah start balik dah.
Kelam kabut nak mengemas.
Bersahur dengan KFC je.
Dalam 4 lbh dah jln dah.
Kereta banyak tapi belum start jam time ni.

Malam sebelum, berpeluh dgn Ayzad berpisah tiada.
Take a break utk solat Subuh. Masa utk en suami lak drive. Ku drive dari Selangor ke Tapah.
Muka budak2 x mandi. Hihi.
Last2 tido lepas bergaduh bising 1 kete. Fuh.
2) 1st day raya.
Theme : Emerald Green
X pergi semayang raya sebab ade si kecik ni.
Ayman & Ayna bangun lambat.
Ibu hanya berbaju t-shirt & berseluar palazo sibuk melayan si kecik & tolong2 sikit kat dapur.
Lagipon langsung x keluar rumah 1 hari (raya la sgt kata ko)

ni je gmbr sempat amik on 1st day raya.
3) 2nd day raya
Theme : Emerald & Turqoise
Pagi duduk rumah.
Petang baru g beraya smpi mlm.










4) 3rd day raya
Theme anak2: Coklat & kuning.
Masa utk balik KL.
Transit sbb esoknya nk blk Mersing lak.
Jam jln..huhu kul 1 pg br smpi rumah.
5) 4th day raya
Theme : Hijau Putih
Balik Mersing.
Drive from KL-Ayer Keroh.
6) 5th day raya.
Duduk rumah je rehat.
Ayman Ayna ikut atok nenek jln2.
Bwk baby Ayzad pi klinik amik ubt batuk & selsema.
In the making : Istana Sultan Johor
Home of the Green Beret
7) 6th day raya.
Masa utk balik KL semula.
Crown @ Kluang.
Maka berakhirlah cuti raya seminggu.
Penat wei travel.
Ni pon pening2 lalat lg sbb x cukup tido.
Ank2 pon mula batuk2 dah.
Get well soon ye semua.

Monday, July 6, 2015

Kuih Raya : Famous Amos Choc Chip Cookies

Assalamualaikum...

Pagi ahad semalam sempat la buat 2 cookies.
Choc chip cookies & almond london yang x sempat nak salut coklat lagi.
Malam sebelum tu, siap2 letak segala tepung dlm bekas.
Senang sikit nak buat kerja.
Pantas jer.

Biskut ni senang sangat.
Xde mixer pon boleh buat.
Tapi oven kena la ade ye.


Xyah terap bagai. Sudu2kan jer.
Dapat 1 tupperware besar ni. 2 adunan.

Jom tengok resepi.

Biskut Famous Amos, 

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract


Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 


Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Lepas je choc chip ni (jap je buat choc chip), uli lak almond london versi bulat.
Malas nak buat lonjong tu.
 
Oven ni pon senang. Sekali masuk 2 tray terus. Cepat jela bakar.
Belum sempat salut coklat & tabur almond nibs.

Maybe hari lain kot.
Tu pon Ayman & Ayna duk ngadap dah.
Kata sedap.
Bila berbuka try 1 memang sedap.
Maybe sebab dalamnya ada nestum, wangi lak tu.
Serius memang x pakai resepi lain dah pasni.
Nanti sy share ye bila dah siap salut coklat semua.

Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya AidilAdha di Perantauan

Assalamualaikum..

Tahun ni sambut raya kat Bukit Naga aje.
Malas balik kampung sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas.
Banyak jugak khabarnya accident berlaku.

Menu raya kali ni masak sendiri je.
Encik husband yg request nasi tomato.
Ku layankan aje la.

Menunya:
1) Nasi tomato
2) Ayam masak merah
3) Rendang ayam
4) Acar timun & lobak merah
5) Lemang (beli)
6) Serunding ayam (dapat free je).
7) Kek butter marble (tak sempat ambik gambar)

Alhamdulillah, menu ni jugak la sampai ke malam.
Habis licin semua dikerjakan kami 4 beranak ni je.
Opps lupa ada sedekahkan sikit pada akak ipar yang duk kat Kota Kemuning.

Nanti saya kongsikan resepi mana saya guna ye.

Petangnya tu, lepas je balik dari rumah akak ipar, kitorg pergi IKEA.
Haha tak senonoh sangat kan..raya2 g Ikea.
Tapi rupanya ramai sungguh yang g Ikea.
Siap dengan baju melayu & kurung lagi.

Kali ni pegi Ikea siap bawak bekal air, kek butter & buah honey dew letak dlm tupperware.
Hihihi memang lapa karang kalo duk kat dalam tu.
Tips jimat cermat dari saya.
Hihihihi...

Jom tengok apa kami beli.
Ni semua utk lengkapkan rumah kami.

1) Rak warna brown x 3 keping. Harga: RM6.90
2) DIY stand utk rak x 6 pcs. Harga : RM9.90
3) Tempat letak sabun x 2 pcs. Harga : RM1.90
4) Cawan untuk letak berus gigi dll x 2 pcs. Harga : RM2.90
5) Balang kaca untuk isi minyak masak. Harga : RM5.90

 
6) Jam dinding (letak kat dapur). Harga : RM2.50
7) Selimut. Harga : RM8.90
8) Rak kaler hitam. Harga RM59 (tiada dalam gambar)

Tapi boleh tgk kat bawah ni.
Lepas siap pasang & letak segala mainan Ayman.
Aish ibu baru nk deco2 letak bunga kat situ.

Malamnya lagi banyak mainan kat atas tu.
Asyik gambar Ayman je.
Meh setepek gambar Ayna pulak.