Assalamualaikum..
Bersiaran kembali setelah 3 hari bercuti.
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.
Jom, nak cite pasal tajuk My Love utk hari ke 6.
Sbg seorang Muslim, mestilah letakkan 100% malah lebih sayang kepada Allah, Rasul, dan agama sendiri.
Basic la utk semua orang Islam kan?
Yang keduanya, sudah tentulah family tercinta.
Mak, abah, dan adik beradik.
Saya ada 1 orang abang, 1 adik perempuan, dan 1 adik lelaki.
Kiranya 2 pasang la anak2 mak abah saya.
Dan jatuh no 2 jugak, family kecik saya sendiri.
Suami, 1 orang anak lelaki, 1 orang anak perempuan.
Coming soon in sya Allah next January baby boy pulak (yang doc scan la)
Takde dieorg semua ni x lengkap hidup saya.
Seterusnya, saya sangat sayangkan biznes Shaklee saya.
Rasanya memang saya akan teruskan samai capai tahap tertinggi dalam Shaklee.
Dan last but not least, saya sayang pokok2 saya.
Eh..hahaha pokok pon masuk dalam list.
Saya sangat suka dengan kehijauan pokok2.
Buat saya rasa tenang.
Dan dapat pahal berbakti pada tanah.
Malah pokok juga akan doakan kita, berzikir pd Allah.
Koleksi pokok saya setakat ni.
Pokok cili pon dah bertambah tinggi kejadiannya.
Suka sangat2.
Kalau tengok dah bertambah dah pasu2 kecik hijau & kuning tu.
Dalamnya sy cuba tanam tomato 2 pasu, bunga matahari 1 pasu, dan bunga daisy 1 pasu.
Taktau la hidup ke tak pokok bunga tu.
Kalau tomato tu in syaa Allah la kan.
Nanti nak cuba tanam serai & daun kesum.
Kena carik pasu besar sikit.
Xnak tanam atas tanah terus sebab nanti tak boleh alih2 kedudukan dia.
No comments:
Post a Comment