Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Friday, December 18, 2015

Wishlist : Hyllis Rack by Ikea


Assalamualaikum...

Setakat setahun pindah ni, belum puas hati lagi bab2 susun atur rumah & dekorasi.
Huhu x pandai sangat sebenarnya.
Banyak la join grup deko2 kat FB & intai2 deko kat Pinterest.

Salah satu Wishlist utk dibeli dlm masa terdekat ni ialah Hyllis Rack by Ikea.
Harga RM39.90 je.
Multi purpose pulak tu.
Letak la kat mana & pandai susun, memang menarik.
Jom tengok yang sempat sana curik idea dari Pinterest.
Ni utk rujukan saya bila dah beli rak ni.

Hajat nak beli 4 rak.
2 letak di dapur.
1 Bilik atas, 1 lagi outdoor kitchen.

Kitchen skrg warna lebih kepada grey & black.
Nak bagi nampak cantik, kena seragamkan warna curtains, rug, perkakasan dapur semua. Bagi nampak senada.

Boleh la nak bg nampak kontra dgn sikit sentuhan artificial grass @ deco dengan money plant. 

Theme : putih. Buh kat dapur.
Letak kat ruang tamu pon mengancam.
This one I like. Memang kena la tema. Ada unsur2 kaca & kotak. Kat dapur mmg dah start ada balang2 kaca tu. Kena tambah bagi cukup utk semua bahan masakan yang ada.
Balang jar (to add):
1) Cooking oil
2) Cili kering
3) Milo
4) White sugar
5) Brown sugar
6) Icing sugar
7) Flour
8) Susu kanak2 riang
9) Coffee
10) Tea
11) Spices

Nice kan color combination.
Yang ni pon cantik.

Nice jugak kan? Nak beli la mixer steel tu..yg ada skrg pon tunggu masa je nak masuk tong sampah. Selagi blh guna kan?
Letak kat SOHO pon menarik.
Jadikan rak buku.
Outdoor. Tanam segala herbs. Nak masak petik aje.
Susunan mcm ni pon cantik jugak. Cuma rasanya mug tu kalau susun elok2 lagi ok rasanya.ok, boleh slow2 kumpul perkakasan dapur dari steel.
Yang ni pon boleh amik idea sikit. Upgrade blender cantik sikit dah boleh display.

Tuesday, June 2, 2015

Wishlist - Layout Landscape Laman Rumah

Assalamualaikum....

Ni wishlist untuk laman rumah saya.
Layout ni buat time xde keje kat ofis.
Lukis pakai tangan je & rujukan google.

Dalam perancangan..in Shaa Allah

Siap buat template kat Excel.

Kat excel ni jugak saya ada listkan apa yang perlu dibeli.
Perancangan tu penting walau belum start lagi beli apa2 pon.

Gambar2 tu semua rujukan dari sumber google.
Harap menjadi kenyataan la wishlist yang satu ni sebelum raya.

Laman bhgn kiri : As of 1 Jun pagi sebelum pergi kerja.
Nampak tak teratur sangat kan?
Banyak tu pokok kangkung en suami tanam.
Dia punya la semangat tanam, dari biji benih tu.
Yang tinggi2 tu yang saya tanam lebihan batang dr beli buat sayur.
Dah makin naik dah.

Pokok kunyit pon tanam dari kunyit hidup yang beli.
Lama jugak baru naik batang.
Dalam 2 minggu lebih jugak la.
Tapi 1 kepuasan gitu bila mula nampak daun keluar.

Next plan, nak asingkan pokok bunga susun elok2.
Pokok2 sayur alih dalam pasu letak kat bahagian dapur yg extend tu.
Sebelah dalam buat bahagian laundry.
Bahagian tepi pintu tu boleh la susun segala pokok sayur.

Tapi nak kena pasang jaring hijau.
Sebab ada tikus suka masuk bahagian situ sebab terdedah kan.
Nanti kita ajak en suami beli.
RM2.70 je sekaki.
Pasang guna cable tie boleh kot.

Wednesday, May 20, 2015

Susun atur : Landskap @ laman rumah

Assalamualaikum...

Sekarang duk cerita pasal laman rumah je kan.
Kekeke dah tengah semangat nak hias laman rumah yang sekangkang kera.
Laman rumah kami ade kiri kanan.
Belah kanan tu ada parit sikit.
So, tinggal tak banyak mana la tanah yang ada.

Disebabkan dah boleh dikira banyak jugak pokok, so stop dulu la kot beli benih2 & pokok2 bunga. 

Next wishlist utk laman yang ada dalam fikiran ialah nak cantikkan.
Macam mana tu?
Google je la..banyak contoh.

 Niat di hati nak buat macam ni.
Tapi taktau sesuai ke tak sebab kalau hujan, agak bertakung sikit belah kiri rumah tu. 


Ni lagi 1 option.
Nice jugak kan?
Cedok idea sikit.


Pastu nak buh miniature garden kat tengah2 tu.
Oh cantiknya.

Mode : Tengah menabung untuk realisasikan wishlist yang 1 ni.