Assalamualaikum..
Sehari sebelum raya haji hari tu, husband request nak makan Mee Kuah.
So pukul 11 pg gigih pegi Giant dekat dgn rumah beli brg2.
Ni la hasilnya.
Pukul 2 lebih kot baru siap.
Bersilat kat dapur.
Ni saya copy paste balik resepiynya.
Ada olah sikit2.
Mee Kuah
Sumber : Blog Dari Dapur Kak Yah, Dapur Mamasya & MaDiHaA
(MaDiHaA buat 2 kali resepi di bawah)
Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning (450 gm)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling/kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang (x letak pon, ganti sotong)
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji telur - direbus
Sawi - dicelur
2 biji tomato (x letak pon)
2 sudu besar udang kering (x letak pon)
sebiji cili merah - dihiris
Gula dan garam
Limau nipis - dibelah 2
mamasya tambah (pilihan-tak nak letakpun tak pa)
2 ketul ubi kentang rebus- dilenyek (tambah 1 ketul juga untuk pekatkan kuah)
beberapa ekor sotong (letak, gantikan udang tadi)
Tambah taugeh mentah semasa mkn (letak, celur)
Cara-cara
1) Mee dikacau-kacau di bawah aliran air dan ditoskan. (saya rendam air panas kejap kemudian cepat2 tos)
2) Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
3) Ketuk bawang putih.
4) Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
5) Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering. Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
6) Masukkan ayam dan juga udang (Udang MaDiHaA masukkan akhir sekali) dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. 7) Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning. (MaDiHaA tak campurkan terus mee kuning.. tapi hidang berasingan spt mee kari)
8) Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.
Nota dapurmamasya
9) Masukkan ayam dulu sampai mendidih, barulah masukkan ubi kentang, udang dan sotong. sayur dan cili tidak dimasukkan terus dlm kuah.
No comments:
Post a Comment