Wednesday, April 22, 2015

My breastfeeding journey

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah 4 bulan usia baby Ayzad, masih mampu berikan susu ibu sepenuhnya.
Stok EBM dikumpul setiap hari.
Paling banyak guna marmet, Lacte hanya sekali sekala.
Lebih serasi guna natural method.
Lebih cepat, tak perlu basuh banyak parts.
Cuma lenguh tangan jela.
Alah bisa tegal biasa.
Antara stok di hari bekerja.
Dari kiri:
1) Marmet - dalam kereta otw ke tmpt kerja
2) Lacte & marmet - dalam surau kat tmpt kerja
3) Marmet - dalam kereta otw balik dari kerja
4) Marmet - semasa & after df ayzad

So, anda tahu la sapa pemenangnya kan.
Yes, marmet wins.

Rak botol susu ni memudahkan urusan saya.
Basuh malam, pagi esoknya dah kering luar dalam botol.
As usual, hijau la kaler kegemaran.

Lecithin Shaklee.
Saya akan amik ni kalau rasa susu banyak tapi bila pam/marmet taknak keluar.
Lancarkan pengaliran darah & elak block duct.
Block duct ni la yang halang susu dari keluar.
Kalau teruk sangat, ibu2 boleh kena bengkak susu.
Ada lagi teruk, susu beku kat dalam tu & kena operate.
Oh xnak la sampai camtu.

Kurma.
Makanan sunah.
Elok amik waktu hamil, susukan baby.
Boleh tambah & pekatkan susu.

ESP + Susu tepung Fernleaf.
Shake bersama.
ESP - milk booster & pekatkan susu jugak.
Bagi ibu lebih bertenaga & mengenyangkan.

Alfalfa Shaklee.
Milk booster saya.
Rawat keputihan.
Rawat resdung.
Rawat allergy.


Stok susu ke rumah pengasuh pon dah di tambah dos.
3 botol frozen.
2 botol fresh.
Baby ayzad dah makin banyak menyusu.
Gigi pon dah nampak nak tumbuh.
Tapi belum boleh mengiring lagi.
Cuma nampak angkat kepala je dah boleh.

Semoga ibu terus diberi kesihatan & kekuatan untuk susukan Ayzad sampai 2 tahun ye sayang. In shaa Allah, amin.

Pengedar Sah Shaklee,
Zila
016.663.5191

Selfie aje

Assalamualaikum...

Sejak tukar phone yang lebih kecik ni senang sikit nak berselfie.
Kikiki jangan muntah ye tgk entry ni.
Gambar kenangan semua ni ok.


On the way dalam kereta nak hantar Ayna & Ayzad ke rumah pengasuh. Hantar Ayman pergi sekolah. Me & husband pergi kerja. Rutin setiap weekdays.


Baru last week gambar ni.Again, dalam kereta berjimba2 di hari weekend.


Me babywearing (BW) with Pognae SSC.Antara SSC yang sy mampu milik. RM299 before GST. Design Zebra. Cantik kan design ni?Senang ibu nak shopping dgn adanya SSC ni. Before this, pakai wrap sebab Ayzad still newborn. SSC 4 bulan ke atas saje ye.
Again.Dalam kereta dari rumah setiap pagi.
Baru semalam capture this. Otw balik rumah di ptg hari.

Throwback : Bercuti @ PD

Assalamualaikum..

Ha lama menghilang kan?
Busy @ office menyiapkan segala drawing.
Semuanya nak cepat.
Alhamdulillah dah settle, tunggu feedback dari consultant.
If approved then ok la.
If ada comment & kene resubmit, ade la lagi kerja daku mengadap autocad.

Ni nak citer pasal jln2 kat PD.
Saje nak abadikan gambar2 kenangan kat sini.
Bila tua2 nanti, boleh tunjuk anak cucu.

Gambar masa mula2 bertolak.
Adui lawak betul muka Ayna time ni.
 
 Time elok, macam ni la duduknya.
Kalau x....ya ampun.

 Masing2 buat muka entah apa2 entah.

 Ni pulak muka 'hantu' masing2.

 Kitorang menginap kat Eagle Ranch Resort.
Jauh sikit dari kawasan pantai.
Ala2 cowboy tempat dia.

 Uniknya bilik dia macam dalam gambar tu.
Dalaman dia semua berkonsepkan kayu.
Lampu pon kuning.

 Breakfast time.
Makan la byk2 nak.

 Buai kat luar restoran.

 MaNDI manda sepukul sebelum balik.
Hehe kat sini lawak jugak.
Ayna tertonggeng 2x dalam kolam, kepala masuk air nampak punggung je.
Ayman la tolong selamatkan Ayna.
Big hero dah abg Ayman.

 Ibu & ayzad bersantai tepi kolam bawah pokok.
Panas baq ang.

 Panas2 muka merah tu pon boleh tersenyum lagi anak ibu ni.

 Bonding time dalam kereta masa nak balik.
(breastfeeding time)
Ayzad ni kalau tgh bf, memang dia akan pegang kemas tgn ibu.
Atau baju atau tudung, apa je yg tgn dia capai, memang kemas la dlm genggaman smpi hbs menyusu.

Singgah makan kat kedai ayam bakar apa tah nama dia.
Cowboy kot.
Baru2 ni masuk JJCM TV3 tapi tak la berapa nak kena sgt dgn tekak ni.
Malam sebelum tu, makan kat Sup Berdengung lagi sedap.
Pilihan JJCM TV3 jugak.

Friday, April 3, 2015

Stok EBM saya

Assalamualaikum..

Nak share stok EBM yang berjaya saya kumpulkan.
In sya Allah niat nak bf baby sampai 2 tahun at least.

Ini stok untuk bulan 3 saya.
Yang bulan 1 & 2 sudah habis dikerjakan baby Ayzad.
Hehe..

Alhamdulillah setiap kali marmet, saya dapat 4-5oz 1 sesi.
Semoga rezeki sentiasa ada utk baby Ayzad.
Amin.

Rutin setiap pagi sebelum pergi kerja.
Keluarkan thawed EBM untuk bekalan baby Ayzad di rumah pengasuh.
Alhamdulillah pengasuh sangat sporting.

Nak kurus - Cinch Shake Shaklee

Assalamualaikum..

Meh nak cite sikit pasal Cinch Shake ni.
Cinch Shake ni salah satu item yang ada dalam Inch Loss Plan.

Pendek cite untuk tujuan2 berikut:
  • Buang lemak
  • Kurangkan inci
  • Kurangkan berat
Cinch Shake ni istimewa sangat.
Sebab ianya diperkayakan dengan Leucine.
Leucine ni la yang berfungsi untuk menghalang kehilangan otot yang badan perlukan.
Dalam masa sama, bakar lemak & kurangkan inci.

So, bila lemak & berat berkurangan, takdela otot menggeleber sana sini.
Itu yang buat Cinch ni sangat istimewa berbanding protein yang lain.

Cinch ada dalam 3 perisa.
Vanilla, Chocolate & Cafe latte.
Semuanya sangat sedap.
Untuk promo April, boleh cuba choc & latte.

Cinch sesuai sebagai meal replacement.
Ambil cinch seperti menikamati makanan berat tapi rasa seperti snek je.
Best kan?

Utk order/consulatation:
Mesej/whatsapp/call : Zila 016 663 5191
Email : ziela2r@gmail.com
FB Page : Yuliez Supplement Shoppe
FB personal : Rozilawati Rani

Thursday, April 2, 2015

Assalamualaikum...

Macam biasa setiap bulan Shaklee buat promo.
Boleh refer sini promo2nya.



Ha banyak kan item promo.
To order,

Call/whatsapp : Zila 016 663 5191
Email : ziela2r@gmail.com

Shopping Online - Zalora

Assalamualaikum...

Bertemu kembali.
Lama lak rasa tak sok sek sok sek kat sini.
I bizi uolls..kikiki

Hati tengah berbunga sebab hari ni pakai kasut baru.
Hehe sedap pakai.
Rupa pon menarik.
Eh ku bukan promo tau.

Ni la kasut yang menjadi pilihan hati.
Seminggu jugak la duk berbelah bagi, nak ke tak.
Last2 beli jugak with 2 other shoes.
Oh my god, I did it again.

Sape yang teringin nak beli yg sama, boleh tengok SINI sementara ada stok.
Ade 4 kaler yang available.
lagi 2 other shoes, nanti la i tepek sini ye.
Xde lak link, dah habis kot terjual.

Pastu ada la kasut yang beli kat Zalora jugak tapi tak pakai.
Sebab A cut, so depan tu mcm x muat sikit.
Kaki ku mcm kembang sikit bhgn depan.
Tapi dah selamat dijual semalam.
Alhamdulillah.
Cantik kan?
Tapi tu la, x berapa nak muat bahagian depan tu.
Huhu letgo dengan perasaan sedih jgk.
Tak pernah pakai pon.

Tapi xpe, kasut baru pon best jugak.
Selalunya memang akan lenjan satu2 kasut sampai dah buruk giler baru beli baru.