Monday, October 20, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 12 - TIPS KECANTIKAN]

Assalamualaikum..

Sampai dah cabaran no 12.
Tips kecantikan yang saya amalkan.
Takde la cantik sangat, tapi takde la masalah serius ke.
Ok2 dan sedang2 aje.

Tips kecantikan kali ni lebih kepada masker & scrub kulit muka.
Kita fokus pada masker & scrub home made saje.
Guna apa yang ada di rumah.

Ni yang paling saya suka amalkan kalo rajin.
Haha..kalo malas memang tak bermasker la berminggu2.

DIY Masker putih telur 

Face cotton
Putih telur

Celupkan face cotton ke dlm putih telur.
Tepek ke seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut.
Biar kering baru peel dari muka.
Dan bilas dengan air suam.

Manfaat masker putih telur:
1) Tanggalkan white head & black head.
2) Tanggalkan lebihan minyak pada muka.
3) Tegangkan kulit muka.
4) Segarkan kulit wajah.

Lagi satu jenis masker yang senang nak dibuat adalah masker daripada ESP Shaklee.
 
 DIY Masker ESP:
1 scoop ESP
Natural yogurt (kalau takde, boleh ganti dgn air biasa)

Bancuh 2 bahan ni, pastu sapu kat muka.
Biar kering, baru bilas dengan air.

Manfaat masker ESP:
1) Melembapkan & melembutkan kulit muka.
2) Mencerahkan kulit muka.
3) Menyegarkan kulit muka.

1 lagi tips adalah DIY scrub muka.
Hanya guna tomato dan gula pasir je.
 
DIY Scrub tomato:
Sebelah tomato
1sudu gula pasir

Sebelah tomato dicelup ke dlm gula, tonyoh perlahan2 ke muka.
Gula akan bertindak sebagai scrub.

Manfaat scrub tomato:
1) Hilangkan kesan sunburn
2) Tegangkan kulit muka
3) Tanggalkan sel-sel kulit mati pada muka
4) Hilangkan parut
5) Sesuai utk wajah berminyak.

Boleh amalkan 2x seminggu.


Tunggu la pokok tomato ku berbuah.
Akan ku tenyeh muka ku habsi-habisan dengan tomato.
Ngeh3.

 


RESEPI BARLI SUSU

Assalamualaikum..

Sekarang ni waktu lunch je, ada 2 minuman favourite sy yang akan sy order.
Sampai kaunter tu pon tau dah.
Hihi.
Limau ais & air barli susu ais.
Mungkin ramai tak biasa dengan air barli susu kan?
Saya pon start belajar minum baru tahun lepas.
Best.

Jom saya share resepi barli susu cara saya.


 RESEPI 1:

Bahan-bahan:
Barli yang dah direbus (ikut rasa)
Air kosong 1 gelas
Susu pekat 1 sudu besar
Mealshakes @ ESP 1 scoop

Cara:
Campurkan semua.

 RESEPI 2:

Bahan-bahan:
Barli yang dah direbus (ikut rasa)
Susu segar 1 gelas
Mealshakes @ ESP 1 scoop

Cara:
Campurkan semua.
Shake2 siap untuk dinikmati.
Letak ais sikit baru nyaman.

Psst promo oktober masih berlangsung tau.

ESP buy 6 --> Free 1 ESP + Free membership + Cash Bonus
Mealshakes buy 3 --> Free 1 Mealshakes

Nak beli sebotol pon boleh.
Hubungi saya; Zila 016.663.5191 untuk konsultasi percuma & harga terbaik.
 

Mini garden saya

Assalamualaikum..

Nak update pasal mini garden saya.
Jom tengok gambar dulu.

 Ni la dia mini garden saya depan rumah.
Ok la kot for beginner macam saya.



Ok, jom saya perkenalkan dengan pokok2 kesayangan saya.

Dari kiri (bawah) : Tomato, cili padi, serai (baru tanam)

Dari kiri (tengah) : Pokok bunga daisy (blm tumbuh2), tomato (baru bertunas), pokok bunga matahari teddy bear (baru tanam)

Dari kiri (atas) : 1 & 2 dari kiri tu beli yg siap dah, cuma transfer ke pasu lain je. 3 dari kiri pokok bunga matahari (jenis giant)

Wish list pokok yang nak ditanam lagi:
1) Daun kesum (dah cucuk petang tu, harap menjadi)
2) Daun kunyit
3) Daun bawang
4) Parsley
5) Daun pandan

Pastu pokok hiasan pon nak pergi carik kat nursery nanti.
Nak carik yg besar & merimbun sikit.
Bagi hijau sikit depan rumah.
 

 

Again; Shopping @ Kaison

Assalamualaikum..

Last Friday (baru nak update hari ni) sempat g shopping jap kat Kaison @ Paradigm Mall.
Dekat je dengan ofis.
Sambil2 cuci mata, terapi mata orang kata.

Jom tengok apa saya dapat kat sini.
Mostly barang2 rumah jela.

 Okat ni list barang berserta harga utk rujukan korang:

1) Pagar plastik (black) utk projek mini garden : RM5.90 x 4pcs
2) Spice jar : RM9.90 x 1 piece
3) Gardening pot (green) : RM4.50 x 2 pcs
4) Sketch Book : RM9.90 x 1 piece
5) Perfume utk bathroom (Ocean & Vanilla) : RM2.90 x 2pcs
6) Ladybird craft : RM3.50 x 1 piece
7) Cartoon towel : RM7.90  x 1 piece
8) Paper wrap : RM0.50 x 1 piece

Apa perlunya saya beli barang2 di atas?

1) Pagar plastik (black) utk projek mini garden : Nak buat mini garden depan rumah, utk letakkan segala jenis tanaman saya.
2) Spice jar : Isi segala rempah ratus; serbuk kari/bunga lawang/kayu manis dll.
3) Gardening pot (green) : Projek mini garden saya juga.
4) Sketch Book : Tulis nota2 pasal shaklee, cantik sikit..boleh sketch2
5) Perfume utk bathroom (Ocean & Vanilla) :Yg ocean letak bathroom bawah, vanilla master bedroom
6) Ladybird craft : Nak buat ala2 gantung kat dinding, pastu gantung outstanding order/to do list guna ni. Mesti comel kan?
7) Cartoon towel : Menambah koleksi towel kat dapur. Comel sebab hijau.
8) Paper wrap : Nak wrap hadiah. Hihihi. Utk sapa tu?

 

 

Friday, October 17, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 11 - LAGU CINTA KEGEMARAN]]

Assalamualaikum..

5 lagu cinta kegemaran saya.
Oh jiwang ok.

1) From this moment - Shania Twain & Bryan White.
Boleh view & dengar kat link bawah ni.
 http://www.youtube.com/watch?v=M7A9oRML14A

Lagu ni saya suka sebab apa ye?
Sebab best la kot.
Ade version Shania Twain nyanyi sorg2 tapi saya prefer yang duet ni.

2) Beautiful - James Blunt 
http://www.youtube.com/watch?v=ehToBz7zhqE 


Suka lagu ni sebab melodi dia best.
Penah guna utk buat projek multimedia masa zaman U dulu.

3) Rapuh - Opick
http://www.youtube.com/watch?v=Eb2P0R8cbI0
 
Lagu ketuhanan yang best.
Selalu jadi lagu tema drama2 kat Malaysia ni.

4) Bila Tiba - Ungu
 http://www.youtube.com/watch?v=3_wBhHLieuc
Ni pon lagu ketuhanan jugak.
OST filem Sang Kiai.


5) Mewangi - Akim Ahmad .
http://www.youtube.com/watch?v=GtGTtbfqiP0
Lagu latest yang jadi pilihan saya.

Layankan aje.

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 10 - VISION BOARD]

Assalamualaikum..

Salam hari jumaat.
Hari yang indah hari ni kan?
Cuaca baik.

Jom kita cerita pasal Vision Board.
Join Shaklee baru tau pasal Vision Board ni.
Perlu ada so that, kita boleh jadikan 1 push factor untuk lebih berjaya.
Orang Islam perlu la tanam sifat utk lebih berjaya.

Supaya dapat tolong org lain yang lebih memerlukan.
Supaya dapat sedekah & buat amal jariah banyak2.
Supaya orang Islam & melayu dipandang tinggi oleh agama lain.

Saya nak share saya punya vision board pulak.
 1) Kereta yang lebih selesa dan besar
Actually utk jangka masa pendek ni, ada 3 pilihan.
  • Nissan Grand Livina
  • Proton Exora Bold
  • Perodua Alza
Tapi cukup la letak 1 je kat VB tu.
Nak kereta lebih besar untuk tampung penambahan ahli keluarga.
Tahun ni ber4, insya Allah tahun depan berlima sudah.
Nak balik kampung xde la sesak sangat dalam kereta kan?
Untuk keselesaan anak2 jugak.
Semoga dipermudahkan.

2) FREE dari PTPTN
Saya rasa dengan biz Shaklee secara serius, saya dapat buat no 2 ni.
Tak mustahil.
Ramai yang dah berjaya langsaikan hutang PTPTN.
Senangnya hidup bila dah tak dibebani hutang PTPTN.
Sekarang ni mampu bayar RM200 per month.
Tu pon jumlah bakinya macam statik je.
Fuh, harap dipermudahkan jugak yang ni.

3) 5 figure income.
Buat masa ni, bonus biz Shaklee masih 4 income lagi.
Kadang2 3 income kalo prestasi menurun.
Tapi alhamdulillah sangat2 membantu.
Yang penting, jgn lupa tanggungjawab tunaikan zakat & sedekah.
Dalam rezeki kita itu, ada hak orang lain sama di situ.
Bahkan, zakat & sedekah kan menyuburkan lagi harta kita.
Umpama biji benih la, semakin bercambah dan membesar.

4) Umrah bersama family.
Insya Allah nak bawak mak abah pergi.
Kalau ada rezeki, bawak 1 family sekali.
Dan kalau ada lebih lagi rezeki, nak bawak la anak2 pergi melancong ke.

5) WAHM
Work at Home mom.
Senang bekerja dari rumah.
Masa fleksibel, boleh jaga anak sendiri.
Dalam masa sama, boleh jaga rumah sekali.
Wah best2.

 

Thursday, October 16, 2014

KENALI GASTRIK

Assalamualaikum..

Pagi ni nak cerita pasal gastrik sikit.
Untuk perkongsian buat kawan2 di luar sana.
Gastrik salah satu masalah kesihatan paling common.



Gastrik umumnya terdapat 2 jenis:
  •  Gastritis - keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut.
  • Ulser perut - pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih serius berbanding gastritis)
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan ASID HIDROKLORIK.
Nilai pHnya adalah antara 1 hingga 2, yang mana nilai keasidan sangat tinggi.
Asid ini kuat dan kalau terkena pada tangan, boleh terhakis.
Sebab itulah, sel perut menghasilkan lapisan mukosa.
Lapisan mukosa (lapisan pertahanan) bertindak sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan.
Gastrik pula berlaku bila tiada keseimbangan di antara rembesan asid hidroklorik dengan lapisan mukosa.
Secara mudahnya, gastrik berlaku bila rembesan asid hidroklorik terlalu banyak dan lapisan mukosa menjadi lemah.

Ada 2 scenario di sini iaitu:
  • Jika sakit perut ketika lapar --> asid hidroklorik terlalu banyak @ GASTRITIS
  • Jika sakit perut selepas makan --> lapisan mukosa semakin lemah @ ULSER PERUT
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
 Jika sampai peringkat teruk, ulser perut boleh menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu:
  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah @ berwarna gelap seperti kopi.
  
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi megelak serangan gastrik berulang.

Antara perubahan yang perlu dilakukan:
  • Berhnti merokok & minuman beralkohol.
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit.
  • Amalkan pemakanan sihat & makan secara teratur.
  • Makan sedikit2 tapi kerap.
  • Kurangkan makanan berempah, bercili & masam.
  • Kurangkan pengambilan kafein (teh, kopi, minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana susu bersifat alkali yang boleh mengurangkan keasidan perut.
  • Kurangkan makanan yang bersifat berangin.
 Shaklee juga ada menyediakan supplement yang boleh membantu mengurangkan masalah gastrik.
 Set ini terdiri daripada:

1) ESP (Energizing Soy Protein)
  •  sumber protein yang tinggi sifat alkalinya - boleh meneutralkan keasidan dalam perut.
  • membantu membina semula sel-sel perut yang rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik akibat proses pencernaan makanan.
2) OSTEMATRIX 
  • boleh menggantikan susu - bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam perut.
3) PEPPERMINT GINGER PLUS
  • mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis utk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan pada perut.
  • boleh dihancur dan dicampur air utk minuman herba semulajadi.
Bulan oktober ini:
Promo ESP buy 6 = get 1 free ESP + FREE membership + cash bonus.
Beli 1 pon boleh.

Promo Mealshakes buy 3 free 1, buy 6 free 2.

Boleh dapat konsultasi percuma dari saya,
Zila 016.663.5191

Wednesday, October 15, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 9-SELFIE]

Assalamualaikum..

Fenomena selfie semakin menjadi2 kan sekrang ni?
Ada yang tak tau ke makna selfie?

Selfie tu maknanya kita sendiri ambil gambar diri sendiri guna smart phone or camera, bukan guna self timer macam zaman dulu kala. Tapi guna tangan. 
Kiranya pegang camera @ smart phone, pastu snap pic sendiri. 
Dan selalunya gambar2 selfie akan diupload ke laman sosial peribadi ie; Facebook, Instagram, Twitter dll.

Saya suka selfie?
Boleh la..tapi selalunya akan tersimpan dalam phone je.
Kikiki.

Selalu suka selfie dengan anak2 je.
Anak2 pon suka selfie uolls.
Hahahaha..

Dan sekali sekala ayahnya datang menyelit.


 

Kehilangan abang ipar

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran.
Masih penat sebab baru petang semalam sampai rumah.
Balik kampung suami pon dalam keadaan rushing.

Dapat berita lebih kurang pukul 7 lebih.
Time tu saya baru je balik kerja.
Time tu jugak baru start nak masak dinner.
Tup2 suami kata tak payah masak.
Kita balik kampung mlm ni jugak.
Nanti singgah makan kat luar.

Innalillah & al-fatihah untuk arwah abang ipar akibat serangan jantung.
Baju pon capai mana yang sempat je.
Sempat capai 1 jubah, lain2nya blouse muslimah.
Erk jubah pon ade 2 je, 1 lg tu mcm x muat je.
Nk try takut x sempat.
Tapi ok je kot pergi tahlil pakai blouse muslimah, asal sopan & tutup aurat.
Mak buyung pulak tu. Bawak skirt pon, ketat dah kat perut.

Sampai sekarang rasa macam x cukup lagi recover dari penat.
Fuh..

Thursday, October 9, 2014

Resepi : Nasi tomato, ayam masak merah, rendang ayam, acar

Assalamualaikum..

Nak kongsi resepi yang saya guna untuk juadah raya haji.
Semuanya kena pada tekak dan sedap.

RESEPI NASI TOMATO
Sumber: http://www.delimazamrud.my/2013/02/nasi-tomato.html

Bahan-bahan:

4 cawan beras (dibersihkan dan toskan)
1 cawan susu segar (saya ganti susu cair)
4 cawan air (kalau guna basmathi tambah secawan lg)
1 inci halia (potong panjang dan halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 helai daun bay (saya tak letak pon)
2 sudu besar tomato sos
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 biji tomato (potong dadu) (saya letak 1 biji je sebab dah habis)
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak tuk menumis

Cara-caranya: 

1. Panas kan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau (aku kuar kan supaya tak terlalu kuat rasa dia nnt). Kemudian masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.
2. Bila bawang sudah layu masukkan bawang putih dan halia kacau 1 minit sehingga naik bau wangi dan masukkan tomato masak sampai tomato tu hancur dan kering air dia.
3. Bila tomato dah kering dan hancur masukkan sos garam dan gula secukup rasa (kalau boleh korang bagi masin sikit supaya bila letak beras dia akan terasa) Kacau selama 1 minit kemudian masukkan daun bay dan juga sos tomato kacau rata lagi.
4. Masukkan beras dan kacau rata selama 1 hingga 2 minit.
5. Masukkan air dan juga susu kacau rata dan korang adjust lah rasa masin dia sesuai dengan beras nyer nanti, Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan kacang peas dan juga daun ketumbar dan bawang goreng.

 
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Sumber : http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2009/07/ayam-masak-merah.html

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bwang besar (dipotong gelang)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit
    *Saya tambah rempah tumis 5 sekawan tu masa menumis, bagi wangi.
Bahan B (dikisar):-
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan ayam tadi, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  4. Gaulkan ayam dengan bahan lada hingga rata.
  5. Hidangkan. 
     
    RESEPI RENDANG AYAM
 Sumber : http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2010/04/rendang-ayam-resepi-kak-liza.html
 

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 keping kecil gula kabung (saya guna gula biasa)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
     
    RESEPI ACAR TIMUN & LOBAK MERAH
     
    Bahan-bahan:
     
    • Timun -hiris
    • Lobak merah -hiris
    • Bawang merah - mayang
    • Cili merah - hiris
    • Limau nipis/kasturi - perah airnya (saya guna ni sbg ganti cuka)
    • Gula secukup rasa
     
    Cara:
    • Campurkan semua bahan.
    • Siap. 

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 8- FASHION SAYA]

Assalamualaikum..

Fashion saya?
Simple2 je.
Saya suka something yang selesa, senang nak bergerak, tak terlalu fancy.
Kalau keluar, mostly saya akan pakai jeans/seluar, tshirt or blouse, sarung instant tudung..pastu stokin & sandal..tu je

 Ni fesyen zaman baru kawin dulu.
Lebih kurang sama macam masa anak dara dulu la.
Jeans & t shirt..tudung 4 segi tu..dulu mana ada sgt tudung2 instant..

Bila anak satu, fesyennya lagi simple.
Tudung main sarung2 je.

Bila time raya @ pergi kenduri @ keje hari jumaat je, saya akan pakai baju kurung.
Ngeh3..lagipon koleksi baju kurung tak banyak sangat.

Dan kadang2 bila mood terlebih rajin @ nak feeling ayu2 sikit, baru pakai shawl.
Tu jela fesyen saya.
Saya seorang yang simple je.
Tak reti nak mekap2 bagai.

Keluar rumah, sapu moisturizer & bedak je.
Yang penting saya selesa.

Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya AidilAdha di Perantauan

Assalamualaikum..

Tahun ni sambut raya kat Bukit Naga aje.
Malas balik kampung sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas.
Banyak jugak khabarnya accident berlaku.

Menu raya kali ni masak sendiri je.
Encik husband yg request nasi tomato.
Ku layankan aje la.

Menunya:
1) Nasi tomato
2) Ayam masak merah
3) Rendang ayam
4) Acar timun & lobak merah
5) Lemang (beli)
6) Serunding ayam (dapat free je).
7) Kek butter marble (tak sempat ambik gambar)

Alhamdulillah, menu ni jugak la sampai ke malam.
Habis licin semua dikerjakan kami 4 beranak ni je.
Opps lupa ada sedekahkan sikit pada akak ipar yang duk kat Kota Kemuning.

Nanti saya kongsikan resepi mana saya guna ye.

Petangnya tu, lepas je balik dari rumah akak ipar, kitorg pergi IKEA.
Haha tak senonoh sangat kan..raya2 g Ikea.
Tapi rupanya ramai sungguh yang g Ikea.
Siap dengan baju melayu & kurung lagi.

Kali ni pegi Ikea siap bawak bekal air, kek butter & buah honey dew letak dlm tupperware.
Hihihi memang lapa karang kalo duk kat dalam tu.
Tips jimat cermat dari saya.
Hihihihi...

Jom tengok apa kami beli.
Ni semua utk lengkapkan rumah kami.

1) Rak warna brown x 3 keping. Harga: RM6.90
2) DIY stand utk rak x 6 pcs. Harga : RM9.90
3) Tempat letak sabun x 2 pcs. Harga : RM1.90
4) Cawan untuk letak berus gigi dll x 2 pcs. Harga : RM2.90
5) Balang kaca untuk isi minyak masak. Harga : RM5.90

 
6) Jam dinding (letak kat dapur). Harga : RM2.50
7) Selimut. Harga : RM8.90
8) Rak kaler hitam. Harga RM59 (tiada dalam gambar)

Tapi boleh tgk kat bawah ni.
Lepas siap pasang & letak segala mainan Ayman.
Aish ibu baru nk deco2 letak bunga kat situ.

Malamnya lagi banyak mainan kat atas tu.
Asyik gambar Ayman je.
Meh setepek gambar Ayna pulak.