Thursday, January 1, 2015

Kelahiran bayi ke 3 family kecik kami

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Tarikh : 30 Dec 2014
Masa : 8.08 am
Berat : 3.3kg
Proses Kelahiran : Normal SVD

Alhamdulillah kelahiran anak ke 3 Allah mudahkan.
Takde sebarang tanda pada mulanya.
Tersedar dari tidur pukul 5 lbh pagi.
Rasa sakit perut seperti nak buang air besar.
Memang pegi toilet membuang air besar.

Lepas tu sakit perut lagi.
Saya rasa sakit lain macam.
Cek masa selang 6 minit.
Terus bgtau en suami.

En suami kata jom siap2 apa yang patut.
Saya masih relax sebab mcm blur2 btl ke sakit nak bersalin.
Lepas tu cek selang masa dah 5 minit pulak.
Tambah yakin bila cek ada lendir darah sikit.

En suami siap2 mandi & solat.
Saya pon siap2 mandi, kemas beg semua.
Ayna pon bangun dah time ni.
Bila cakap sakit perut, baby dah nak kuar.
Ayna terus cium pipi saya byk kali
Dan ayna cakap sayang ibu.
So sweet ayna.

Sampai hospital Salam pukul 6 lbh.
Terus g register kat Emergency.
Siap2 tu, terus naik labour room.
Sakit pon rasa mcm mild2 je, x mcm 2 kelahiran sblm ni.
Masuk labour room, dia just check ECG baby & contraction.

Dalam pukul 7 lbh, baru nurse cek bukaan.
Nurse pon blur2, aik awak ni mcm dah btl2 nak bersalin ni.
Jap sy cek lagi sekali.
Dah 8 cm.
Terus dia jerit kat nurse lain suruh prepare labour room.
Tuka baju semua, terus masuk LR.

Time ni rasa sakit tu makin kuat.
Tapi xtau la rasa mcm x sakit sgt mcm dulu2.
Still boleh tahan & sy memang x mengadu langsung la rasa sakit.

Dekat2 pukul 8, doktor pon smpi.
Terus doc pon cek & pecahkan air ketuban.
Pastu doc kata kalau nak teran sekarang pon boleh.
Ok sy pulak yg blur cane nak teran ni.
Haha.

Akhirnya, selepas teran sekuat hati lahirlah bayi lelaki.
Alhamdulillah lega sangat.
Allah permudahkan.
Yang paling best, xde koyakan langsung.
So x perlu la jahit.
Syukur2.

 Yang paling x disangka berat baby boleh cecah 3.3kg.
Ayman dulu 2.45kg je.
Ayna 2.7kg.
Ini kira record terbaik la ni.
Hihi alhamdulillah la.
Masa last check up doc estimate 2.8kg je.
Ingatkan keluar lagi ringan.
Syukur2.


No comments: