Saturday, January 3, 2015

Bersalin @ Salam - Part 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 5 berpantang.
Setakat ni blm pergi klinik lagi untuk check baby sebab cuti new year kan.
Esok klinik kat sini bukak, so boleh la g tumpang check baby.

Alhamdulillah ptg td tali pusat baby dah tertanggal.
So lega la sikit, xla renyah sgt baby.

Ok, kali ni just nak update lepas blk dr Salam je.
Lepas settlekan bil, nurse bg ubat & bag for mommy.
Masa bersalinkan Ayna pon dpt jugak mcm ni tapi lain ka kandungannya.

Antara kandungan dlm beg tu pampers Mamy Poko & Sudocream.
Sudocream ni dpt 2.
1st time guna.
Kebetulan Ayna ade ruam kat lampin.
Sapu sekali je terus hilang merah2.
Bagus la cream ni.
Recommended.
 Dapat sample pampers Pet Pet, Pigeon breast pad & buku panduan dari Fisher Price.
 Selain tu, dapat jugak 1 tin Susu Snow for infant & Susu Enfamama utk lactation.



No comments: