Assalamualaikum..
Alhamdulillah masuk hari ke 10 berpantang hari ni.
Pagi tadi nurse KK dtg melawat & check up baby.
Semua ok kecuali berat baby je turun jd 3.2kg.
Erk ini agak pelik sbbnya nmpk baby dh besar sikit & kuat lak tu menyusu.
Adakah Salam Hospital salah timbang?
Tapi since nurse kata x perlu risau, ibu pon x risau sgt la.
Kita tgk la cek sebulan nnt mcm mana.
8 Januari 2010 : Lahirnya abg long Ayman.
So today is the day.
Birthday Ayman yang ke 5.
Dah besar anak ibu.
Bulan depan masuk sekolah ye.
Nak beli kek hari ni mcm x best sbb ayahnya xde.
Tunggu la ayah blk sini on weekend kita beli kek celebrate sama2.
Celebrate kecik2 je.
Tgh fikir2kan nama baby.
Hmm mcm nak letak Muhammad Aysar .....
Aysar maksudnya yang mudah..sbb segalanya mudah setakat ni utk adik baby.
Lagipun nak kekalkan trademark Ay kat depan tu mcm Ayman dan Ayna.
If Ayril xde maksud la pulak.
Any suggestion?
Oh lupa nak mention, kakak Ayna pon officially dah stop direct BF.
Huhu agak lewat ibu nak bg dia stop sbb kesian.
Even ms preggy pon still bg dia bf.
Caranya ibu leyak sirap sikit kat miss B, bgtau dia ibu sakit ada darah kuar kat susu.
Terus sampai skrg xmau bf.
Susu botol pon kurang.
Kesian tgk dia especially time nak tido.
Sebab selalunya time nak tido la dia akn carik susu ibu.
Kakak Ayna dah besar kan sayang.
Xmau manja2 sgt tau.
No comments:
Post a Comment