Thursday, October 2, 2014

AYNA TAK COMEY DAH

Assalamualaikum..

Last week, temankan encik suami g klinik.
Keluar jer dari kereta, laju je dak kecik Ayna jalan.
Tangan baru je nak grab dia, dia dah jatuh tersembam atas jalan dengan muka ke bawah.

Kuat dia menangis masa tu.
Terus angkat, dukung & pujuk2 dia.

Sampai depan klinik, tengok2 hidung calar & berdarah dah.
Bibir pon berdarah sikit.
 Patut la menangis kuat.
Sakit tu.

 Tapi dalam klinik, aktif dia kemain lagi.
Macam tak jatuh je lagak dia.
Ibu lak yang risau terlebih.

 Time nak tukarkan pampers sebelum tidur, check kat lutut pon ada luka sikit.
Tapi gaya memang macam tak jatuh la.
Boleh lagi main macam biasa.
Tetap ceria ye Ayna.

nesday, October 1, 2014 [CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 4- TIPS KEMAS RUMAH]

Assalamualaikum..

Untuk tips kemas rumah, buat masa ni saya nak share tips kemas di bahagian dapur.
Sebab maklum la baru berpindah kan, bahagian lain masih belum di kemas @ deco sepenuhnya.

 Bila ada kitchen cabinet ni senang sikit susun2 barang.
Ni kat bahagian bawah KC.
Ada tray utk isi pinggan mangkuk.
Ada 2 tingkat.

Bahagian atas : susun pinggan & mangkuk kaca.

 
 Untuk bahagian bawah pulak, saya letakkanmangkuk kaca yg besar & cawan kaca.



Nampak tak cara saya susun cawan kaca tu?
Cara ni saya belajar dari mak saya.
Jimat ruang dan unik.
Cantik tak?
Hehe


Ni pulak bahagian atas table top.
Betul2 tepi sinki.
Saya letak rak pinggan ni untuk letak pinggan2 yg baru dibasuh.
Cawan2 plastik semua letak kat sini.
Ada 2 bekas comel warna pink untuk letak sudu dan segala senduk mak nenek.

Kasi zoom sikit.
Ha nampak tak 2 produk Shaklee kat situ?
Basic H & Dish Wash Concentrate.
Bagus untuk mereka yang alah pada sabun.
Sebab produk Shaklee semulajadi
Nak order boelh roger2.
Murah je habaq ang.


Ni dinding bahagian mengadap KC.
Baru je gantung weekend baru ni.
Beli lama dah frame2 comey ni.
Beli kat Kaison.
3 penyangkut tu pon Kaison jugak.
Maaf kalo senget.

Kasi zoom gmbr cupcakes & donuts.
Nampak sgt tempting.

 Last but not least, nak share laundry basket yg sgt comey ni.
Letak sebelah mesin basuh.
Kaison jugak.

Wednesday, October 1, 2014

SHAKLEE PROMO OKTOBER : ESP

Assalamualaikum...

September dah berakhir.
Sekarang Oktober menjengah.

Apa promo Shaklee pada bulan ni?




Yes, jatuh kepada the HOT product iaitu ESP.

Promo ESP:
Beli 6 tong ESP anda akan dapat:
1) Free 1 lagi tong ESP
2) Free membership worth RM65
3) Cash Bonus pada November.

Teruja tak Kak Ton?
Teruja kan?

Jom sama-sama tambah side income.
Nak beli kongsi dengan kawan2 tempat kerja boleh.
Kongsi dengan jiran2 boleh.
Kongsi dengan family member boleh.
Nak simpan stok untuk diri sendiri pon boleh.

Pm/whatsapp : Zila 016 663 5191
Email: ziela2r@gmail.com
Fb: Rozilawati Rani
Page fb: Yuliez Supplemet Shoppe

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 3- TEMPAT MAKAN PALING BEST]

Assalamualaikum..

Jom cite tempat mkn paling best.
Makan dah jadi 1 keperluan, ye tak?
Setiap org mesti ada makanan kegemaran @ tempat2 makan yang jadi port biasa.

Bagi saya, tempat makan paling best mestilah kat rumah mak saya di kampung.
Aish masakan mak kan semua pon sedap.
Tambah lagi bila duduk berjauhan ni kan.
Homesick ok.

 Walaupon caption tiada kena mengena dengan makanan, tapi saya sangat suka gambar ni.
Gambar di laman rumah mak kat kampung.
Best kan laman penuh dengan pokok2.
Saya pon sangat suka bertanam/berkebun.

Opps makanan kegemaran saya yang dimasak mak antaranya asam pedas.
Memang terbaik.
Orang johor mana lari dari asam pedas.

 

Gambar hiasan je kat atas tu, ambik dari google.
Tapi saya memang suka asam pedas yg kuahnya pekat2 sikit, ada tomato & bendi banyak2.
Baru best.

Selain tu, yang sekarang selalu jadi kunjungan kalau tak masak dirumah.
Kami akan makan di Anis Wanis Seafood.
Yang bestnya, ada beranda macam kat atas tu.
So sesuai sangat la yang ada anak2 tengah aktif.
Boleh duduk2 santai2.
Yang penting dekat dengan rumah.

Kalau yang Western & fusion food, saya suka restoran Murni SS2 kat PJ town.

Tengok menu dia je pon dah tertarik.
Tapi memang best makan kat sini.
Servis pon cepat je. 

Tu jela tempat makan yang best utk saya.
Lain2 hari masak je kat rumah.
Korang pulak?
Jom share.

Tuesday, September 30, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 2- RESEPI]


Assalamualaikum...

Pagi ni nak share resepi yang sedap & ringkas.
Bahan2 pon agak2 je, sesedap rasa.

Cekodok Udang, yg jadi kegemaran sy & anak2.
Suami x mkn udang, huhu..
Sesuai utk sarapan @ minum petang.


Jom tgk resepi.
Selamat mencuba.

Monday, September 29, 2014

[Cabaran 30 Hari Berblogging-No 1: Siapa Saya]

Assalamualaikum..

Cabaran 30 Hari Berblogging- No 1: Siapa Saya

So nak cerita secara ringkas jela.
Bagi point2 je, senang sikit.

Nama penuh : Rozilawati Rani
Panggilan : Zila (kawan2), Ti (family), Ibu (anak2)
Umur : 30 tahun (21.04.1984)
Asal : Mersing, Johor.
Status : Berkahwin - 5 tahun
Anak : 1 lelaki (4 thn, Ayman), 1 girl (2 thn, Ayna), preggy (6 bulan, in shaa Allah baby boy).
Pekerjaan : Engineer (swasta), bisnes part ime Shaklee (so sape2 nak beli Shaklee, meh la roger2).
Hobi : Berniaga, Tanam pokok, travelling

Ni kira gambar paling latest la ni.
Nampak tak macam orang preggy 6 bulan?

Cabaran berblog tanpa henti selama 30 hari

Assalamualaikum..

Eh macam best pulak cabaran berblog selama 30 hari tanpa henti.
Terpengaruh dengan Ciq la ni.
Hihihi meh la kita join sama2 sebab best jugak kan.


Hobi terbaru : Berbakti pada tanah

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak bersiaran.
Maklum la busy sangat2 dengan kerja ofis & bisnes Shaklee.
Busy pindah rumah jugak.
Huwaa sampai sekarang ku tak habis2 lagi kemas rumah mengikut apa yang diimpikan.

Bila dah duduk rumah sendiri atas tanah (sebelum ni sewa rumah flat), timbul lak hobi terbaru.
Sebenarnya memang suka bercucuk tanam, tapi faham2 lah kalau duduk rumah flat.
Susah sikit la, ruang pon sempit.

Buat masa ini, ada 4 pokok yang ada kat laman rumah.
Semua kecik2 comey2 je saiznya.



Nampak tak tu?
Comey2 je kan saiznya.

Yang paling kiri tu pokok pertama yang dibeli dari Ikea termasuk pasunya.

Yang 2 pokok kat tengah tu, beli kat Tesco.
Murah je tu yang beli tu.
Nak beli cactus jugak cadangnya, tapi pikir banyak sangat barang dalam troli, karang terpenyek lak kaktus comelku.

Yang paling hujung tu, pokok cili padi yang disemai seminggu lepas.
Ingatkan tak bercambah dah biji benih cili ni, sebab check tiap2 hari takde nampak tumbuh pon.
Yela, orang tua2 kata ada tangan yang jenis memang tak leh tanam apa pon, tak hidup.
Tup2 balik dari klinik check up baby, nampak dah naik dah.
Saiznya jugak comey2 alang je.


Ha ni gambarnya yang dah di zoom.
Pagi ni masa nak pergi keje pon tengok dah makin tinggi.
Hidup dengan suburnya.
Banyak jugak nampak naik benih2 yang lain.
Hai sukanya hati.

Opps lupa nak bagitau.
Pasu tu plastik je.
Beli kat Giant, sekali dengan tanah & biji benih sekali.
Nampak tak kegigihan daku nak bertanam?
Sampai tanah pon beli.
Kalo mak & adik tau, maunya kena kutuk.
Hahaha kat kampung dapat free je wei.


Tuesday, February 18, 2014

Cheesekut yang mebeles


Salam..dah lama buat ni baru nak update resepi kat blog.
Cheesekut ni tersgt la senang nak buat.
Bahan pon sikit je.

Jadi kesukaan ayman dan saya cheesekut ni.
Ayna & ayahnya kurang suka cheese2 ni.
Ha elok sgt la tu, kitorg 2 beranak je menghabiskan.

Gambar di amik kat google je

 Bahan-bahan utk buat cheesekut:
1) Biskut cracker = 1 peket
2) Cream cheese = 250 g
3) Susu pekat = 1/2 tin
4) Susu segar = 4 sudu besar
5) Optional : biskut oreo

Cara:
1) Putar semua kecuali biskut ke dlm mixer/blender.
2) Biskut tu celup dlm susu segar, jap je jgn lembik sgt.
3) Susun dm bekas petak biskut yg dah direndam.
4) Lapiskan dengan cheese.
5) Ulang step 3 dan 4 sampai habis.
6) Boleh selang dengan biskut oreo.

1st attempt; cantik je layer2 tu

2nd attempt; selang dgn oreo.

Friday, February 14, 2014

Bibir kering - Jom lembabkan

Siapa taknak bibir lembab dan merah macam kat atas ni?
Hehe ni sah2 pakai lipstick kan?
Tapi memang cantik kan bibir dia?
:p

Saya salah seorang yang memang ada masalah bibir kering.
Pastu suka la jilat2 bibir tu konon nak bagi basah.
Padahal makin worse, makin kering sebab air liur boleh keringkan bibir jugak.
Fakta ni pernah terbaca, tapi lupa dari mana.

Jom cuba tips kat bawah ni, mana tau salah satu tu berkesan dan sesuai dengan anda.

TIPS LEMBABKAN BIBIR

1) Madu @ marjerin @ minyak masak/zaitun @ Vaseline petroleum jelly
Sapu pada bibir sebelum tidur, biar semalaman


 
Vaseline ni salah satu cara yg saya sering guna dan berkesan
2) Minum lebih banyak air
 
Minum sekurang-kurangnya 2-3L sehari
3) Vitamin C. Dari mana nak dapat? 
3.1) Buah-buahan dan sayuran

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ianya sumber semulajadi Vitamin C

3.2) Supplement tambahan

1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi sama khasiat dengan 7 biji oren.


4) Jauhi rokok dan alkohol

Jauhi rokok - rokok akan buatkan bibir anda menjadi hitam dan kering

Jauhi alkohol - alkohol buat anda dehydrated.

5) Air sejuk + garam

CAmpur air sejuk dengan garam, sapu pada bibir..biarkan seketika. Selepas itu, sapu lipbalm yg ada lanolin.

6) Ubat gigi

Sapu nipis ubat gigi pada bibir, dan gosok pada bibir secara putaran perlahan-lahan.

Banyak punca bibir kering.
Antaranya kurangnya air dan Vitamin C dalam badan.
Bila 2 bahan ini kurang dalam badan, anggota badan yang mula-mula menampakkan kesan ialah bibir.

So, jom la jaga bibir dan kesihatan anggota badan yang lain dengan jaga pemakanan kita.

Yang berminat untuk beli Vitamin C,
Sy bagi harga kasih sayang utk anda.

Sms/call/whatsapp: Zila 016 663 5191
COD area: KL & Selangor, Mersing (my sis Haja 019 768 9021)
Penghantaran by pos ke seluruh negara.
Yang nak jadi ahli pon dialu-alukan untuk jana side income bersama saya.
 

Tudung kesukaan saya



Tudung magic, 1 tudung 2 design


Ni la koleksi tudung printed sy buat masa ni.
Selain tudung instant tu, sy paling suka tudung empat segi macam ni.
Sebab boleh suka hati adjust nak labuh mana, nak gayakan macam mana.

Corak pon cantik.
Actually, corak di kedua-dua belah tudung ni berlainan.
Ada yang panggil tudung magic sbb ada 2 corak.
So, byk la pilihan nak gayakan.
Beli 1 tudung dengan 2 design.
Harga RM10 je sehelai.

Beli kat mana?
Saya beli kat pasar malam je.
Kat butik2 x penah lak nampak (atau saya yang x berani nak ke butik, mahal)

Sampai bos sy (lelaki ok) tanya Zila beli tudung kat mana?
Saya jawab pasar malam and harga RM10 hinggit je.
Ada rika terkejut kat muka bos time tu.
Pastu dia tanya nape tudung sekarang mahal2 sampai ratus2?

Errk ku jawab sebab branding kot.
Dalam hati jawab, yela bini bos xkan nak pakai tudung pasar malam rege RM10.
Kekekeke tapi dalam hati jela.
Tak berani daku nak suarakan yg sebenornya.

 Ni contoh sy pakai yang biru (2 dari bawah)

Ni pulak kaler hijau (3 dari bawah)

Ibu mertuaku dan Omega Guard

Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat, semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Malam tadi sempat encik suami call maknya aka mak mertua sy di kampung nun jauh di Utara sana.

Dah siap bersembang, en suami pon kata pada saya,
"Mak kirim salam, mak nak Omega sebotol"

Girangnya rasa hati, ni masuk botol ke 3 dah Omega yang dikirim mak.
Alhamdulillah.
Bila tanya suami, ok ke mak pny darah tinggi & kencing manis mkn omega ni?
Ni jawab dia,
"Ok je.."

Errk ok je jawapan dia...ku x puashati ku korek2 lagi..hahaha ada ke bagi testimoni ok je? Takde kelas ok..x klise pon..malah mcm malas nak bagi testimoni..kui3 ampun bang mengumpat kamu di sini.

Last2 dapat jugak jawapan walau tak la detail mana.
Jadi la dari takde langsung kan?

Kesimpulannya, banyak la kesan positif pada diri mak lepas amalkan Omega..tak pernah tinggal kot..alhamdulillah dengan izin Allah jua..

Ni la antara kesan positif pada diri mak:
1) Kencing manis dah berada pada bacaan 5, which I think very positive result.
2) Darah tinggi pon dah turun (en suami x nyatakan sebelum dan selepas..grr)
3) Tidur lebih lena (ramai warga emas yang alami masalah susah nak tidur atau tidur tak lena)

Best kan dapat bantu orang2 sekeliling untuk lebih sihat dan ceria hadapi hari2 tua.


 Ni pulak testimoni my friend yg bg maknya Omega utk darah tinggi..alhamdulillah dalam masa seminggu amalkan Omega 2 biji sehari secara konsisten, darah dah turun ke normal rate. Alhamdulillah dengan izizn Allah.

Nak dapatkan Omega utk ibu bapa anda?
Sy bagi harga kasih sayang utk anda bantu parents anda.

Sms/call/whatsapp: Zila 016 663 5191
COD area: KL & Selangor, Mersing (my sis Haja 019 768 9021)
Penghantaran by pos ke seluruh negara.
Yang nak jadi ahli pon dialu-alukan untuk jana side income bersama saya.

Psst : Hari ni hari bonus Shaklee, alhamdulillah..dapat la tolong suami apa yang patut.. :)

Thursday, February 13, 2014

Kipas Sejuk dan Performance Drink


Musim2 kemarau macam ni dan tetibe aircond office pulak rosak, memanglah menduga kesabaran. Panas wei. Nak buat kerja pon xleh fokus. Eceh saje je kan alasan poyo tu.

Memang mlm td mr hubby g beli susu ayman, ku kirim kipas paling murah dan kecik. Memang dpt la kan. RM45.90 cash. Jadi la dr xde. Brand pon ntah hape2 ntah. Maaf terpaksa diblurkan brand tu sebab mcm x glemer je brand tu. Kah3.

Musim2 kemarau ni memang tekak sentiasa perit & kering je kan? Dah minum berbotol2 air pon still rasa kering. Hati2 jgn sampai dehydrated pulak ye kawan2.

Moh cuba minum air Performance Drink ni. 

Ni la minuman tenaga dari Shaklee. Memang lazat. Rasa oren, yang penting bukan seperti minuman berelektrolit yg lain yang bergas dan banyak kandungan gulanya.


Fuh bancuh dengan air sejuk memang menyamankan tekak yang kering.
Kalau puasa pon elok akhiri sahur dengan minuman ni.
Memang kurang dahaga + dapat instant tenaga lagi.
Jugak sesuai utk ibu menyusu yang sering kekurangan air dlm badan sebab bf baby kan.

 
  So, xde la dehydrated lepas ni terutama masa cuaca yang x menentu ni.

Untuk harga kasih sayang, jangan lupa 
Sms/whatsapp : Zila 016 663 5191
Pos ke seluruh Malaysia
COD sekitar KL & Selangor.
Yang berminat untuk join jadi pengedar pon dialu-alukan untuk tambah side income.

Thanks for visiting my blog.

Wednesday, February 12, 2014

Hujan



Terdengar guruh berdentum di langit
Ku lihat di balik tabir jendela
Ya itu rintik-rintik hujan yang berjujuran dari langit biru
Ya inilah yang bumi dahagakan
Ya begitulah aturan Tuhan
Di kala panas terik memancar
Diturunkan hujan untuk membasahi bumi yang sudah kekeringan
Lalu apa lagi mau mu wahai manusia?

Bumi yang ketandusan ini tempat kita berdiri
Tempat kita berlari
Tempat kita melayari sisa-sisa hidup yang entah berapa ketika saja bakinya
Ya inilah tanahnya yang kita bakal huni suatu ketika nanti
Jangan kau lupa, bumi yang kita pijak hari ini bakal kita huni untuk bertemu Pencipta Yang Maha Esa.
Allahuakbar !!!

  Setiap sesuatu kejadian tidak sia-sia.
Ada hikmahnya.
Ada tujuannya.
Begitulah jua hujan.
Begitulah jua kemarau yang panjang.
Berdoalah kepada Si Pencipta Langit dan Bumi.
Merayulah kepada Yang Maha Berkuasa menjadikan alam yang luas ini.
Doalah apa saja.
Rayulah apa saja.
Kerana Dia sentiasa mendengar bait-bait perkataanmu.


Semoga kita menjadi hamba yang sedar diri.
Semoga kita menjadi khalifah yang Allah ingini.
Amin Ya Rabb.
 

Monday, February 10, 2014

Masker jimat & murah utk flawless skin

Salam..

Bersua kembali..perempuan dengan kecantikan memang xleh nak pisah kan?Hehe so mana2 blog perempuan @ gadis2 mesti la ada yg kongsi tips2 kecantikan..ada yg murah, ada yg mahal..terpulang pada citarasa masing2..

Mak budak pon nk jugak kongsi tips2 kecantikan (cantik ke?)..hehe tips ni dapat masa belajar kat U dulu..dpt dr akak senior lagi uolls..tapi memang best la masker yg akak ni share..murah sangat2..


2 barang je yang diperlukan..rasanya semua rumah ada 2 benda ni kot..kalo xde pon, regenya sgt la murah dik non oi..xyah nk g menapak kat spa ke yang byrnya ratus2 tu kan..

Brg pertama, putih telur..sapa xtau cara nak asingkan putih dengan kuning telur, sila google sendirik..kekeke..ha ape nk buat dengan kuning telur tu?goreng pon sodap..

Brg kedua ialah face cotton tu..ikut la brand ape nak guna..ku terlebih rajin, g siat selai2 tisu tu..bab ni paling rumit..ngeh3..nak rendam sekeping tisu tu pon boleh...

Cara?
1) Amik sehelai face cotton tu, rendam dalam putih telur..pastu tepek kat muka
2) Tepek sampai tutup 1 muka kecuali mata, lubang hidung dan mulut..kang x bernafas lak korang nnt
3) Biar kering (atau nak buat sebelum tido biar smpi pg pon boleh jugak).
4) Dah kering tu boleh buka..dia kaan jd keras, so sng je nk bukak

Ha ni la hasil setelah lama x buat masker ni..huhu byk gile white head & black head..eww patut la muka rasa kasar je...

Paling ketara kat T-zone and dagu..banyak giler kotoran..baper tahun dah x buat masker..maklumla bz dgn anak2..pasni in shaa Allah nak buat at least seminggu sekali..

Yang kulit kering x digalakkan buat cara ni..utk kulit normal to oily ok la..sbb dia menyerap segala minyak..tp mmg best la rs after buat mask ni..rasa bersih je muka..rasa licin sikit...

Ni salah satu usaha utk dptkan flawless skin..di samping jaga kecantikan dari dalam dengan ambil Supplement Shaklee..

Apa sy amalkan?
1) ESP - wajib, setiap hari amik..rasa bertenaga, kulit pon cerah
2) Vit C - C utk cantik..menggalakkan penghasilan kolagen dlm badan
3) Vita E - memudarkan parut2 jerawat, flawless skin





Jom dapatkan produk Shaklee yang semestinya harga termurah di pasaran.
Pm/whatsapp : Zila 016 663 5191