Wednesday, December 17, 2014

KELAS PERMATA - SAKIT JANTUNG

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu group Permata under Master Izzati berlangsung.
Alhamdulillah banyak input yang dapat.

1st week, saya jadi presenter.
Ni baru siap slidenya.
Jom tengok.

Tajuk : Sakit Jantung.







So, jika anda ada simptom2 @ risiko utk dapat sakit jantung, hati2 ye.
Sebab worst case boleh lead to stroke.
Bila dah strok tu, faham2 la.
Chances utk pulih amatlah susah walau x mustahil.

Any consultation about Shaklee Product;
Ziela 
Whatsapp/call/message : 016-663 5191
Registered ID : 889197

Tuesday, December 16, 2014

HQ SHAKLEE BERWAJAH BARU

Assalamualaikum...

Weekend hari tu sempat le g HQ jap since doc xde nak  g check up.
Haish patutnya 2 minggu sekali..ni nak masuk minggu ke 4 dah x checkup2 lg.
Dah la last week tu ade bleeding.
Baru sabtu lepas, stop bleeding.
Huhuhu risau.

Ok, dulu bila pegi HQ je agak mencabar sikit la.
Ruang kecik, kaunter sikit, orang ramai.
Tapi sekarang ni, kaunter banyak, ruang dah besar.
Toilet pon best.
Siap ada playground utk anak2 tunggu maknya shopping brg Shaklee.
Tengok la, sampai ayah dieorg pon join jugak.

Muka budak2 on the way nak g Shaklee.
Suka la tew dpt pegi main kan.
Sampai nak ajak balik pon, jenuh paksa.
Ayman siap cakap lagi nanti kita datang main kat sini lagi ek.
Erk..harusla kalo ade brg yg nak ibu borong.
Doa2kan ibu dpt byk order yer.
Ayna sporting on that day.
Pakai hair clip.
Baru nampak girly sikit kakak Ayna.

Gambar2 lain kat Shaklee x amik pon.
Lepas pegi Shaklee, kitorg p jalan2 Subang Parade lak.
Sebabnya mak buyung ngidam Kenny Rogers.
Anak2 pon seronok makan.
Sambil jln2 window shopping.


Monday, December 15, 2014

MAYBANK TREATS POINTS

Assalamualaikum...

Lama pulak tak singgah blog sendiri ye.
Duk baca blog orang je.
Haha jeles i tengok blog orang lain asyik updated je.
Busy la sikit lately siapkan kerja2 ofis sebelum cuti panjang utk berpantang.
Sekarang ni dah nak masuk 37 weeks dah.
Bak kata orang, tengah tunggu hari je la.

Ni nak cite.
Lama dah dpt, baru nak hapdet kat sini.
Ngeh3.



Ni la yang nak cite ngan uolls.
Hihi if ade card credit maybank, boleh check korang punya reward points ada bape.
Pastu bole la redeem.
Macam baru2 ni merasa gak la redeem Voucher Tesco RM100.
Sapa nak bagi kan?

Pastu, daku redeem benda alah kat bawah ni.

Blender set Brand Morphy Richards.
Blender ni bukan blender biase2 tau.
Ni macam ala2 food processor la.
Dah lama ku idamkan.
Harga sebenar boleh tahan di luar kemampuan daku.
Kih3.
So bila boleh redeen for free, apa lagi..pulun la.
Siap ada function blend ice lagi, so boleh la buat smoothies ke, ice blended ke..kan2?
Tapi lama dah bende ni sampai, pakainya idok jugak.
Kah3..excited hangat2 taik ayam ja.

Friday, November 21, 2014

Better goat Munif Hijaz + ESP yang walla

Assalamualaikum...

Nak share kegemaran baru saya.
ESP + Better Goat by Munif Hijjaz.
Masya Allah sedapnya la susu kambing ni.

5 bintang saya bg ok.
Takde langsung rasa hamis kambing.
Pendek kata sangat sedap la.

Saya suka minum campur dengan ESP.
Memang langsung tak rasa soya dah pas campur 2 ni.


Tuesday, November 18, 2014

Susun atur : Rak kasut

Assalamualaikum...

Pagi ni nak share view rak kasut.
Alamak terlupa pulak nak ambik view dalamnya.
Tapi insya Allah dalamnya dah teratur dah.

Rak kasut ni dari rumah lama lagi.
Cuma lap2 bagi buang habuk2 je.
Atas rak tu, saya letak kotak biru.
DIY sikit tambah reben2 tepi kotak tu.
Kotak tu asalnya kotak hadiah gelas.
Memang dah kaler biru, so no need to make over sangat.
Dalamnya sy letak stokin sy & en suami.
Senang nak pergi kerja terus capai 1 pair.

Tempat letak kunci tu beli kat Daiso.
RM5 termasuk la alasnya kat bawah tu.
Kotak putih tu beli kat Kaison.
Kat sini en suami campak segala bil utility & ape2 ntah barang dia lagi.

Kat dinding tu mcm kosong kan?
Kalau letak wall sticker gambar pemandangan ke, ok jugak kan?
Nanti kita ushar2.

Monday, November 17, 2014

Weekend yang pendek

Assalamualaikum...

Dah xtau nak tulis ape.
Tapi banyak je sebenarnya nak tulis.
Start hari jumaat (bila sampai rumah), memang non stop buat kerja.
Kat ofis xde la bz bebeno, buat2 bz je yg ado.
Dah keje dah settle, relax la sikit.

Jumaat ptg tu jumpa la cikgu Smart Khalifah.
Booking tempat utk Ayman + tanya detailing.
Hmm bayar RM100 dah utk booking.
Siap bgtau awal2, nak start bulan Feb sebab daku bersalin kan bulan 1.
Dan automatiknya berpantang kat kampung, rumah mak.
So, angkut la anak2 sekali.
Nak tinggal kat ayahnya?
Kesian pulak kan?
Pastu sekarang daku rasa macam LC & Annizah lak lagi best.
Hahahaa.
Xpela, next year kalau ade rezeki lebih boleh anta ke LC.

Weekend xde buat apa sangat selain mengemas rumah.
Tak habis2 lagi kemas rumah.
Nak settlekan drawer utk baby.
Reuse & recycle je.
Baru siap basuh semalam.
Dari xde guna, baik buat drawer utk baby letak baju2 & keperluan dia dlm tu.
Drawer utk Ayman & Ayna dah asingkan & almost full.
Tu pon dah filter, baju2 yg dah xleh pakai dah keluarkan.

Malam sabtu lepas mkn dinner, sempat jugak buat kek.
Lama x baking, so rajin2kan diri baking.
Mula2 just ckp nak buat kek.
Pastu en suami request kek butter marble.

Kek marble yang tinggal pagi ni.
Sebelah tu dlm tupperware, siap isi dah utk bagi pada pengasuh.

Masa duk prepare kek & kek tgh duk bakar, Ayman la paling excited.
Tengah duk bancuh, dia la mai tanya macam2.
Nqk tolong bancuh la, macam2 nak tolong.
So, bagi jugak la dia bancuh sikit2.

Bila dah masuk oven, duk tanya pulak bila nk siap.
Hai la anak.

Ni pagi semalam punya cerita.
Pelikat pants & baju tu baru je beli kat pasar pagi.
X sempat basuh, nak pakai jam tu jugak lepas mandi.
Adik Ayna pon sama.
Beli baju frozen kat dia.
Semua baju RM5 je, peliaat oabts tu RM17.
Lepas ni nak survey mini sewing machine la.
Boleh try jahit sendiri since dah ada contoh ni.





Friday, November 14, 2014

Smart Khalifah untuk Ayman

Assalamualaikum..

Setelah survey beberapa tadika/pre-school utk Ayman dan pertimbangkan kedudukan kewangan kami, so kami putuskan untuk daftarkan Ayman ke Smart Khalifah. 

 Ha ni la tadikanya.
Tempat : Taman Dato Harun
Yuran Pendaftaarn (setahun) = RM650
Yuran bulanan (with daycare) = RM300
 So, ini lah yang paling murah (walaupun macam tak yakin jugak mampu ke tak).

Ni comparison yuran:
1) Little Caliph Taman Medan (Yuran tahunan :RM1,328; Yuran Bulanan : RM420)
2) Little Caliph Bukit Naga (Yuran tahunan :RM1,070; Yuran Bulanan : RM380)
3) Tadika An-Nizah Bukit Naga (Yuran tahunan :RM800; Yuran Bulanan : RM300)
4) Tadika Smart Bestari Taman Medan (Yuran tahunan :RM760; Yuran Bulanan : RM420)
5) Smart Khalifah Taman Dato Harun (Yuran tahunan :RM650; Yuran Bulanan : RM300)

Alternatifnya boleh la nak survey Tabika Kemas & Taska.
Tapi daycare pulak takde.
Dan saya tak berapa yakin keselamatan Ayman if dia ambil van transit untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Smart Khalifah ni pon macam ok.
Ok la utk budak umur 5 tahun.
Tahun depan kalo ade rezeki lebih, baru hantar ke LC. 

So, pasni kena pergi jumpa cikgunya la uruskan pendaftaran semua.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.


 

 
 

Thursday, November 13, 2014

VITAMIN C & E - HILANGKAN PARUT?

Assalamualaikum..

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan kan?
Kalau ada cela sikit, rasa nak tutup je muka.
Dan bila ada cela macam parut2 jerawat ke, macam mempengaruhi self confidence level bila perlu berdepan dengan orang.

Ni antara bahan2 yang boleh hilangkan parut2.
Tak kira la parut jerawat ke, parut lepas bersalin ke dan sebagainya.
Macam mana lak cara guna dia?
Makan ke sapu ke?
 
 Boleh tengok sini cara guna bahan2 kat atas.
Tak semua ye ada.
Ni sebagai sumber rujukan jugak.

Ok, yang saya nak tekankan Vitamin C dan Vitamin E.
Untuk merawat dari dalam perlulah ambil sebagai supplement @ makanan tambahan.

Dos untuk setiap Vitamin boleh rujuk di bawah:
1) Vitamin C - 1 hingga 2 biji (selepas breakfast @ lunch). Jika umur dah semakin meningkat, boleh ambil 2 biji untuk kesan yang optimum.
2) Vitamin E - 1 biji (after meal @ sebelum tidur)

Mana nak dapat Vitamin E secara semulajadi?
 
 Ni antara makanan yang ada kandungan Vitamin E.
So, boleh la ambik ni setiap hari kalo mampu.
Alternatively, mai la amik Vitamin E Shaklee.
Sebotol ada 120 biji, tahan 4 bulan.
Berbaloi2 jimatnya.


 Apa benefit Vitamin E sampai korang rasa mesti amik setiap hari?
1) Sejenis anti-oksidan --> berupaya rawat kerosakan kulit (parut, garis2 halus)
2) Merangsang pembentukan kolagen
3) Memperbaiki tekstur kulit - kulit lebih moist & glowing

Selain ambil sebagai supplement, boleh juga apply sebagai masker di wajah.

Cara:
1) Picit softgel Vitamin E dan keluarkan minyak.
2) Sapu ke seluruh wajah. 

Selalu digandingkan dengan Vitamin E, Vitamin C juga bagus untuk merawat kecantikan dari dalam.

Saya suka sebut Vitamin C sebagai Vitamin Cantik.

Apa yang best sangat Vitamin C untuk kecantikan sampai korang rasa menyesal kalo x ambik even sehari pon.

Benefit Vitamin C untuk kecantikan kulit:
1) Kunci untuk anti-penuaan - galakkan pembentukan kolagen
2) Menegangkan kulit muka dan buat kulit berseri-seri.
3) Betulkan tona kulit yang tak sekata.
4) Boleh kurangkan sun-burn
5) Bagus untuk rambut jugak - kurangkan uban, keguguran rambut, kurangkan kelemumur dan lebatkan rambut.

Wow semua kat atas tu pon idaman setiap wanita kan?
So, korang rasa nak skip ke amik Vitamin C?

Vitamin C ni mudah sangat terhapus oleh faktor persekitaran.
Even dah amik buah pon, still ada risiko untuk tak diserap sepenuhnya ke dalam badan.

So, jom la beralih ke Vitamin C Shaklee.
Sebabnya, Vitamin C Shaklee melepaskan nutrien ke dalam badan secara perlahan-lahan selama 5 jam lamanya.
 

So, kadar serapan ke dalam badan lebih tinggi.
Dan anda dapat Vitamin C yang secukupnya untuk keperluan seharian anda.

Sebotol ada 180 biji tau.
If amik 1 biji --> tahan 6 bulan
If amik 2 biji --> tahan 3 bulan

Jimat giler.
Harga tak sampai RM100 pon sebotol.

NaK order?
Call/whatsapp : Zila 016-663 5191
Registered Shaklee ID : 889197
email : ziela2r@gmail.com
Fb : Rozilawati Rani
Fb Page : Yuliez Supplement Shoppe



 

 

Monday, November 10, 2014

TADIKA AN-NIZAH VS LITTLE CALIPH

Assalamualaikum..

Dalam dilema sekarang ni.
Nak pilih tadika untuk Ayman kemasukan tahun depan.
Sekarang ni ada pilihan yang nyata la.

1) Tadika An-Nizah
2) Little Caliph

Jom tengok apa beza 2 tadika ni pada hemat saya lepas pergi jumpa cikgu2nya.

1) Tadika An Nizah.



Tempat pilihan : Bukit Naga
Yuran pendaftaran : RM800 setahun (boleh bayar 3x ansuran)
Yuran bulanan (with daycare) : RM300 sebulan (exclude extra hours after 6.30pm)
Items included in registration fees: Uniform 1 pair, baju sukan, buku2.
Konsep: Islamik 



2)Little Caliph


Tempat pilihan : Bukit Naga @ Taman Medan
Yuran pendaftaran : RM1070 setahun (bayar bulan 12)
Yuran bulanan (with daycare) : RM380 sebulan (exclude extra hours after 6.30pm, RM5 utk setiap extra hour)
Items included in registration fees: Uniform 1 pair, baju sukan, bag pack, buku2, lawatan tahunan, aktiviti sukan, aktiviti little scientist
Ni hasil carian google, lebih kurang ni la utk yurannya.
Konsep: Islamik, sunah, kreatif, english

 
Hati lebih berat pada Little Caliph (LC).
Sebabnya masa cikgu dia bagi penerangan tu, memang details & tertarik hati sangat.
Anak2 akan diajar cara Singapore & australia style.
Pastu akan diajar mengikut sunnah dan beratkan bab islamik.
Solat Dhuha pon akan diajar 2x seminggu.

Pastu yang bestnya, setiap Jumaat ada sesi Little Scientist.
Ada lawatan tahunan.
Environment pon lebih menarik.

So, ibu kena start menabung la ni nak byr yuran tadika Ayman.
Ngeh2 semoga dengan kelahiran baby, ada rezeki lebih utk kami sekeluarga.
Amin.

MAKE OVER ALMARI LAMA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah misi dah seleaai.
Hihi tapi baru 1 je.
Ada lagi 1 almari nak di make over kan.

Jom tengok apa saya buat.
Ni in progress tampal wall paper ke atas almari baju lama.
Saya tampal kat luar je.
Total wallpaper 2 gulung, ada lebih sikit.
1 gulung = RM3.30 je @ Mr DIY.
So total cost saya utk make over ni hanya RM6.60
Lebih murah dari nak beli cat.
Dan kerja lebih mudah.
Cuma part mencabar sikit, kat bahagian pintu yg nak bukak 
 je.
Kan bentuk bulat kan, itu yg sukar sikit bg amatur mcm saya ni.
Tapi kalo dr jauh x nmpk pon kecacatan.
Kalau telek dekat2, nmpk la.
Haha.
Ni yang dah siap make over.
Ok la kot dari view sebelum make over.
Ni bahagian dalam.
Alas bagi cantik sikit.
Dalam ni nak sangkut baju2 & tudung.
Yg bahagian ada compartment ni maybe letak brg2 baby.
Sebelum ni almari ni ada kat master bedroom, tapi since almari baru dah sampai, kita letak kat guest room.
Katil yg reflected dlm cermin tu pon baru jugak.
RM199 kat kedai perabot bahagia.
Beli yg murah since jarang guna.
Belanja gambar ayna 1.
Budak bgn kul 11 pg terus makan jeli kelapa.
Penat ye tolong ibu.






Tuesday, November 4, 2014

SOFA DAH SAMPAI

Assalamualaikum...

Encik suami amik time off separuh hari.
Sebab?
Sebab sofa baru nak hantar ke rumah hari ni.
So weekdays, memang xde orang la kat rumah.
Dan dengan itu, encik suami volunteer jaga anak separuh hari sebelum hantar ke rumah pengasuh.

Sofa kami biase2 je.
Xla mewah mana pon.
Warna macam biasa la.
Kalau encik suami, mesti nak kaler coklat.
Huhuhu..asal encik suami bahagia je.
Budak kecik ni muka ketat je.
Hìhi encik suami kata kena marah sebab pakai selipar dalam rumah.
Haip ayna ni.
Yela, selipar dia baru beli..theme frozen lak tu.
Maunya xnak lepas kan.

Ayman la kot paling excited.
Duk tanya sofa bila nak sampai.
Sabtu ni in shaa Allah katil & almari pulak sampai.
Slow2 lengkapkan rumah.
Nak beli sekali mmg bajet lari.



Monday, November 3, 2014

SUSUN ATUR - DAPUR Part 2

Assalamualaikum...

Hehe weekend baru ni rasa penat sikit la.
Kemas dapur.
Encik suami tengok saya kemas dapur, dia pon nak jugak mop 1 rumah semalam.
Eh tetibe je dia jadi rajin ye.
Hihi tq en suami.
Jadikan rumah bersih berkilat.
😙😙😙😙😙

Sebelum ni kan saya letak segala sos tu kat tall unit.
Tapi en suami x berkenan sbb dia kata crowded sgt.
Pastu dia p alih letak cabinet atas.
Ops i reject ok sbb susah nak capai kalo nak masak.
Kata masak hari2, xkan setiap kali nak masak, nak panggil dia amikkan.
So, daku letak la kat sini je.
Tepi dapur.
Nak masak, capai aje.

So, ruang cabinet ats masih lagi kosong.
Ada 2 compartment.
Nanti kita fikir nak,letak apa.
Banyak lagi barang sebenarnya.
Set cawan yang dpt masa kawin dulu.
Tak bukak2 pon.
Silap2 ku sedekah je kat umah mak & adik jat kg.


Tengah2 update blog ni, husband bagitau sofa yang ditempah dah siap. Ha beria lak kami siap nak tempah bagai kan.Macam la custom made. Hihi jgn salah faham ye. Kami dah booking since thn lepas rasanya. Sebelum rumah ni siap. Sebabnya boleh trade in dgn sofa sedia ada yg agak uzur dah keadaannya.

So, win2 situation la. Dapat sofa baru. Boleh letgo sofa lama.
Tambah duit sikit. This is the reason why saya tak kongsikan lagi susun atur kat ruang tamu. Sebab sofa agak x sesuai utk jd tatapan umum di ruangan blog ni. Hihihi malu kat org je kalo tgk.

Dan weekend baru ni jugak, alhamdulillah dapat la beli katil utk master bedroom & guess room kat bawah. Pastu sekali en suami nak beli wardrobe besar sikit, design sama dgn katil master. Sepanjang 5 thn kawin ni & pindah dah masuk kali ke 3 ni, blm penah beli katil ok. Yang ado katil single utk tetamu dtg je. Huhu so lepas ni ada la katil dah. Haha sadis.

Lepas ni boleh make over bilik master & guess room lak.
Guess room tu pon persediaan utk sy lepas bersalin nanti.
Takkan nak naik tangga lak kan?
Er kalo x jahit xpe, kalo berjahit...memang x la daku nak daki tangga setiap hari.
Ngeri ok.

Tengah pikir nak cat ke nakmpasang wallpaper je?
Hmm mari la pikir sampai lebam sambil cedok idea kat grip KSSA.

Saturday, November 1, 2014

SUSUN ATUR - DAPUR

Assalamualaikum..

Pagi ni sempat kemas dapur & susun2 balik atas kitchen cabinet dgn brg2 yang dibeli di Daiso tghari semalam.

Wah syoknya masuk Daiso.
Rasa macam nak beli semua je.
Ngehehe napsu semua .

Setelah ditapis2, habis la dlm RM85 beli semua.
Tu pon lepas ditapis2.
Kalo x tapis, hagak2 berapa la habis kan?

Tapi ok la, berbelas2 barang la dapat.
Semua barang pon RM85, so murah la kan?

Comel x tempat letak plastik terpakai & plastik sampah ni?
Ni saya isi dalam kabinet kat bwh.
Nak isi bwg, rasa sayang la pulak.
Lagipun dah ade tupperware tmpt letak bawang.

Nampak x?
Ye alas warna pink bunga2 kan.
Hihi baru comey sikit petiku ni.
Tepi ni pon alas dgn mat kaler hijau.
Depan tu nak tampal wallpaper nanti.
Semalam carik x jumpa yg berkenan di hati.

Mavam comel je kan Dish Wash Shaklee duk situ.
Tu letak kat pemegang botol.
Juga beli di Daiso.
Beli 1 je utk try.
Tapi memang ok la, ingatkan x lekat kuat.
Lepas ni boleh beli lagi 1 letak Basic H pulak.
Suka3.
Baru tampal alas dinding tempat masak.
Sebab minyak terpercik.
Sayang kat KC sbb buat mahal2 pastu ade kesan minyak.
Nampak x kuali tu baru lepas goreng kuey teow utk breakfast.
Tall unit pon sempat kemas sikit.
Kemas compartment yg ats oven tu.
Nampak tersudun sikit.
Kalau sebelum, ya ampun bersepah teruk.
Macam2 brg ada sumbat kat sini.
Ni pon susun atur balik.
Ada tambahan alas tempat letak air & rak.
Alas tu & rak 2 tingkat tu pon beli di Daiso.
Botol2 spices tu belum isi sebab time ni baru siap basuh & keringkan.
So, susun dulu nanti free kita isikan spices & labelkan.

Lepas kemas tu, encik husband cakap 
"Wow, organized dah"

Hilang penat daku walau rasa agak semput mengemas.
Tu belum habis lagi tu.
Dalam kabinet kene susun balik.
Tapi disebabkan tersembunyi & tertutup, kita KIV dulu.






Wednesday, October 29, 2014

RESEPI TOM YAM PEKAT

Assalamualaikum...

Pagi ni nak share resepi Tom Yam kuah pekat.
Baru je cuba malam tadi utk dinner.
Resepi ni sy grab dekat grup FB Resepi Orang Kampung.
Kebetulan masa on the way balik tu buntunya fikir nak masak apa untuk dinner.
Jumpa pulak resepi yang ohsem ni.

So saya just tepek gambar yg sy snap je la ek.
Malas sikit nak taip.


Gambar tomyam yg saya masak x smpt ambil.
Sebab anak2 pon dah lapo.
Hihihi..

Cara penyediaannya lain sikit dari masak tomyam biasa.
Tapi sedap & kena dgn tekak saya.
X perlu tambah perahan limau sbb rasa masam tu dtg dari tomato.
Masam2 pedas sikit, just nice la.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 28, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING: NO 16-OBSESSION]

Assalamualaikum...

Obsession ni maknanya lebih kurang ketaksuban pada sesuatu @ seseorang.
Macam saya sendiri takde la sangat obses pada sesuatu, apetah lagi pada seseorang kan.

Cuma sekarang ni saya sangat minat dengan organizing, dekorasi rumah, bercucuk tanam di mini garden saya.



Sunday, October 26, 2014

RESEPI KUEY TEOW GORENG KERANG - BREAKFAST

Assalamualaikum...

Pagi ni sempat la goreng kuey teow kerang permintaan en suami.
Memang niat di hati nak buat kuey teow sbb rasanya lama sgt dah tak buat.
Semalam pegi Mydin USJ, beli barang dapur & sekali barang2 untuk masak kuey teow oagi ni as breakfast.

Ni gambar lepas sy dan suami bedal.
Ngeh3 gambar lepas goreng x sempat ambik.
En suami dulu yg p terpa.
Favourite dia la ni.
Resepi Kuey Teow Goreng Kerang.

Bahan-bahan:
1 ulas Bawang merah - cincang halus
2 ulas Bawang putih - cincang halus
2 sudu besar Cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Isi kerang
Udang
Isi ayam
Taugeh
Daun kucai
1 biji telur
Minyak untuk menumis
1sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan goreng udang sekejap (bila nampak dah merah, boleh angkat)
2) Guna minyak bekas goreng udang untuk tumis bwg merah, bwg putih & cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
3) Masukkan isi ayam dan isi kerang.
4) Masukkan pula sos cili, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, gula dan garam
5) Masukkan kuey teow hingga sebati
6) Masukkan telur yang dah dipukul terlebih dahulu.
7) Masukkan teugeh & daun kucai bila hampir2 nak angkat.
8) Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Saturday, October 25, 2014

RESEPI CUCUR MANIS - MINUM PETANG

Assalamualaikum....

Petang ni cuba buat cucur manis untuk minum petang.
Bahan2 pon semua ada kat rumah.
Senang sgt2.

Anak2  pon suka.
Sebab manis2 kan.

Ni resepinya.
Pls note ini gambar sy grab dr grup RRTS.
TQ tuan punya resepi share resepi yg sgt ringkas ni.

Jom cuba.
Abaikan sy punya version yg rupanya x berapa semourna.
Janji sedap.


MY 29TH WEEK PREGNANCY

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai pagi ni pergi check up baby.
Dah 29 minggu dah.
Amik darah,timbang berat dan scan.

Berat hari ni 54kg.
Previous berat 42.5kg.
Kalau check up kat KK, maunya kene bebel dengan nurse.
Huhuhu.

Result scan pon ok.
Semua normal.
Nampak bentuk muka baby.
Macam muka ayman jugak ni.
Ngee.


Takpe la..asalkan semuanya ok dan sihat kan?
Air ketuban pon cukup.
Estimated berat baby 1.2kg.
Masa scan pon aktif je baby ibu ni.
Ayman paling excited tengok baby.

Doktor dah suruh decide mana nak bersalin.
Adui blm decide lagi ni.
Hmm....

Friday, October 24, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 15 - BLOG I LOVE]

Assalamualaikum...

Saya suka berblog walking.
Saje2 tengok cara orang lain berblog.
Cedok2 idea sikit.
Buat reference untuk resepi, cara deco2 rumah & macam2 lagi la.

Hari ni nak share blog2 yang saya suka terjah dan baca.

1) BLOG NAMEE ROSLAN



Salah seorang blogger yang femes jugak sekarang ni.
Suka baca blog dia sebab sempoi je.
Pastu banyak tips2 kecantikan, parenting, resepi, shopping.
Memang best la.

2) BLOG ATY FARED (AKU BUKAN BIDADARI)


Blog Aty Fared ni pon best.
Yang paling saya suka bab2 deco rumah la.
Memang pandai sangat dia deco rumah dia.
So, jadi inspirasi jugak la kan untuk saya.


Kalau blogger masakan, dah tentu la Kak Ita antara yang femes jugak di alam maya.
Gambar makanan yang dia post pon dah nampak menyelerakan.
Sangat tempting.
Kreatif pulak tu.
Salute Kak Ita.


Blog ni pon antara yang saya suka.
Sebab banyak tips kemas rumah dan susun atur.
Jadi reference jugak la.