Showing posts with label Mini Garden Saya. Show all posts
Showing posts with label Mini Garden Saya. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Tanaman : Kangkung tuaian pertama

Assalamualaikum...

Ni dia kangkung tuaian pertama.
Bismillah dah siap masak & makan dah.

Kangkung : buat lauk dinner.
Jimat belanja utk 1 sesi masak dinner.
Kangkung cepat sgt membiak.
Meleret2 ke tanah dah.
So, kutip la.
Batang tinggal sebab nanti tumbuh baru.

Pokok kunyit : Updated

Assalamualaikum...

Dah janjkan nak update pokok kunyit.

Dah tumbuh 2 daun.
Pokok ke 2.
Pokok ke 3. Baru bertunas.
Senangnya dalam hati tengok pokok kunyit naik dgn subur.
Saya suka.
Saya seronok.

Tanaman : Cara tanam daun kesum

Assalamualaikum...

Selain daun kunyit, saya jugak tanam daun kesum.
2 pasu jugak la tanam.
Mula2 1 pasu je, pastu nampak sarat sgt.
Potong2 batang dia cucuk dalam pasu lain.
Pon hidup dgn suburnya.

Ni pasu pertama. Dah tinggi dah naik. Tu pon puas trim dah.
Pasu ke-2. Ni hasil yg trim pastu cucuk jer dalam pasu ni.
Ok, cara tanam pokok daun kesum ni senang je.
Start tanam dulu beli daun kesum utk masak.
Pastu banyak sangat lebih je.
Try je la cucuk kat tanah.
Tgk naik elok.
So start dari tu, memang cucuk je batang terus hidup.

Sumber : Google. Ni contoh daun kesum yang kita beli kat kedai. Batang tu cucuk je kat tanah. In shaa Allah hidup lah dia.
Nak jaga pokok daun kesum ni pon senang je.
Asal air cukup, cahaya matahari cukup.
In shaa Allah hidup subur mewangi la dia.
Hehe, cubalah.

Tuesday, June 9, 2015

Tanaman : Cara tanam kunyit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah mini garden dah bertambah meriah.
Kunyit yang disemai 2 minggu lepas dah naik tinggi.

Ni gambar ambik jumaat lepas. Pagi tadi tengok naik lagi 1 daun.
Total pokok kunyit ada 3 pokok.
1 dah naik tinggi macam gambar atas.
2 lagi baru bertunas sebab ibu kunyitnya besar sikit.

Senang jer cara tanam kunyit.
Beli ibu kunyit kat kedai, macam utk masak tu.
Sumber google : ibu kunyit
Kalau besar, boleh potong.
Lagi cepat naik.

Cara tanam:
1) Gali lubang (kedalaman bergantung pada saiz ibu kunyit)
2) Tanam kunyit separuh je, separuh biar di luar permukaan tanah.
3) Biar & siram setiap hari
4) Seminggu - 2minggu akan mula bertunas (bergantung pada saiz jugak. Jika kecik, makin cepat bertunas)

Nanti saya uploadkan gambar 2 lagi pokok kunyit yang baru keluar tunas.
Dan jugak pokok kunyit yang dah keluar 2 daun besar.
Seronok.

Thursday, May 21, 2015

Tak jemu mata memandang

Assalamualaikum..

Walaupon mini garden blm siap sepenuhnya, tapi tetap jugak tak jemu tengok pokok2 yang baru nak naik tu.

Dulu ingatkan saya sorang je dlm rumah ni yang minat berkebun. Rupanya en suami pon dah teracun tgk iols berkebun. Ni macam terlebih dr saya pulak.

Ayman pon nampak jugak minat yg sama. Siap request nak tanam pokok bunga matahari lg.

Wednesday, May 20, 2015

Susun atur : Landskap @ laman rumah

Assalamualaikum...

Sekarang duk cerita pasal laman rumah je kan.
Kekeke dah tengah semangat nak hias laman rumah yang sekangkang kera.
Laman rumah kami ade kiri kanan.
Belah kanan tu ada parit sikit.
So, tinggal tak banyak mana la tanah yang ada.

Disebabkan dah boleh dikira banyak jugak pokok, so stop dulu la kot beli benih2 & pokok2 bunga. 

Next wishlist utk laman yang ada dalam fikiran ialah nak cantikkan.
Macam mana tu?
Google je la..banyak contoh.

 Niat di hati nak buat macam ni.
Tapi taktau sesuai ke tak sebab kalau hujan, agak bertakung sikit belah kiri rumah tu. 


Ni lagi 1 option.
Nice jugak kan?
Cedok idea sikit.


Pastu nak buh miniature garden kat tengah2 tu.
Oh cantiknya.

Mode : Tengah menabung untuk realisasikan wishlist yang 1 ni.


Monday, May 18, 2015

Projek Mencantikkan Laman

Assalamualaikum...

Weekend terasa jap je kan.
Sampaikan Ayman tanya ibu, cuti 1 hari je ek?
Eh2 dah 2 hari la cuti.
Tak sedar la tu sebab masa cepat sangat terasa berlalu.

Sabtu pagi2, en suami dah ajak ke Sg Buloh carik nursery.
Hehehe tapi haruslah ibu nak settle keje2 rumah dulu kan?
Siap membasuh 3 trip, sapu 1 rumah, basuh segala pinggan, mandikan budak2 masyam..baru la boleh keluar rumah dengan aman.

Tapinya, pagi ibu ajak pergi Shaklee HQ untuk restock barang.
Lepastu Vroom terus ke Post Office untuk pos barang customer.
Ngeh2 tengahari baru betul2 bertolak ke Sg buloh.

Tak sah kan kalo x selpie anak beranak.
Ayahnya g masuk dulu nursery sebab hujan time ni.

Ni lak Ayman tolong amikkan.
Not bad la even ade gegar2 sikit.

Pokok bunga yang di grab.
Susah sikit kot nak jaga ni.
Kiri tu xtau nama apa.
Kanan tu rose merah.
Cantik kan?
Belum mekar lagi tu, tengah kuncup2.
Kita tengok la berjaya jaga ke tak.
En suami tak sokong beli ni.
2 pokok RM25.
5 ni pilihan en suami.
Murah2 je ni.
3 kiri tu boleh membiak jadi banyak.
RM2 je sepokok.

Yg tgh tu cantik kalau tgk dari dekat.
Xtau apa nama.
Boleh membiak jugak.
RM4 sepokok.

Yang bunga kuning tu sapa xtau?
Kikiki bunga taik ayam.
Cantik dipandang, busuk dibau.
Kekeke.
RM7 sepokok.


Berbunga hati bila tengok pokok serai makin naik tinggi daunnya.
Kat belakang kecik cinonet tu pokok kangkung.
Dah mula kuar daun kecik2.

Pokok daun kesum yang dah di trim.
Pokok ni ambil dari yang beli utk masak.
Pastu banyak sgt, cucuk je kat tanah.

Yang kecik2 tu pokok sawi pak choy.
Baru tanam seminggu.
Biji benih beli kedai One Stop Superstore (Mersing).

Yang ada daun sikit tu, pokok daun saderi.
Pon lebihan dari masak.

Pokok cili ni en suami beli dah berbuah.
RM10 sepokok.

Ptg semalam pon susunan dah lain.
Nanti update lagi.

Saturday, May 9, 2015

Berkebun lah kita

Assalamualaikum...

Update terkini mini garden saya.

Setakat ni, pokok2 sayur:
Pokok cili
Daun pandan
Limau nipis
Daun kesum
Daun bawang
Baby tomato
Pak choy
Daun kari

Wishlist:
Pokok serai

Monday, October 20, 2014

Mini garden saya

Assalamualaikum..

Nak update pasal mini garden saya.
Jom tengok gambar dulu.

 Ni la dia mini garden saya depan rumah.
Ok la kot for beginner macam saya.



Ok, jom saya perkenalkan dengan pokok2 kesayangan saya.

Dari kiri (bawah) : Tomato, cili padi, serai (baru tanam)

Dari kiri (tengah) : Pokok bunga daisy (blm tumbuh2), tomato (baru bertunas), pokok bunga matahari teddy bear (baru tanam)

Dari kiri (atas) : 1 & 2 dari kiri tu beli yg siap dah, cuma transfer ke pasu lain je. 3 dari kiri pokok bunga matahari (jenis giant)

Wish list pokok yang nak ditanam lagi:
1) Daun kesum (dah cucuk petang tu, harap menjadi)
2) Daun kunyit
3) Daun bawang
4) Parsley
5) Daun pandan

Pastu pokok hiasan pon nak pergi carik kat nursery nanti.
Nak carik yg besar & merimbun sikit.
Bagi hijau sikit depan rumah.
 

 

Monday, September 29, 2014

Hobi terbaru : Berbakti pada tanah

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak bersiaran.
Maklum la busy sangat2 dengan kerja ofis & bisnes Shaklee.
Busy pindah rumah jugak.
Huwaa sampai sekarang ku tak habis2 lagi kemas rumah mengikut apa yang diimpikan.

Bila dah duduk rumah sendiri atas tanah (sebelum ni sewa rumah flat), timbul lak hobi terbaru.
Sebenarnya memang suka bercucuk tanam, tapi faham2 lah kalau duduk rumah flat.
Susah sikit la, ruang pon sempit.

Buat masa ini, ada 4 pokok yang ada kat laman rumah.
Semua kecik2 comey2 je saiznya.



Nampak tak tu?
Comey2 je kan saiznya.

Yang paling kiri tu pokok pertama yang dibeli dari Ikea termasuk pasunya.

Yang 2 pokok kat tengah tu, beli kat Tesco.
Murah je tu yang beli tu.
Nak beli cactus jugak cadangnya, tapi pikir banyak sangat barang dalam troli, karang terpenyek lak kaktus comelku.

Yang paling hujung tu, pokok cili padi yang disemai seminggu lepas.
Ingatkan tak bercambah dah biji benih cili ni, sebab check tiap2 hari takde nampak tumbuh pon.
Yela, orang tua2 kata ada tangan yang jenis memang tak leh tanam apa pon, tak hidup.
Tup2 balik dari klinik check up baby, nampak dah naik dah.
Saiznya jugak comey2 alang je.


Ha ni gambarnya yang dah di zoom.
Pagi ni masa nak pergi keje pon tengok dah makin tinggi.
Hidup dengan suburnya.
Banyak jugak nampak naik benih2 yang lain.
Hai sukanya hati.

Opps lupa nak bagitau.
Pasu tu plastik je.
Beli kat Giant, sekali dengan tanah & biji benih sekali.
Nampak tak kegigihan daku nak bertanam?
Sampai tanah pon beli.
Kalo mak & adik tau, maunya kena kutuk.
Hahaha kat kampung dapat free je wei.