Tuesday, June 9, 2015

Tanaman : Cara tanam kunyit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah mini garden dah bertambah meriah.
Kunyit yang disemai 2 minggu lepas dah naik tinggi.

Ni gambar ambik jumaat lepas. Pagi tadi tengok naik lagi 1 daun.
Total pokok kunyit ada 3 pokok.
1 dah naik tinggi macam gambar atas.
2 lagi baru bertunas sebab ibu kunyitnya besar sikit.

Senang jer cara tanam kunyit.
Beli ibu kunyit kat kedai, macam utk masak tu.
Sumber google : ibu kunyit
Kalau besar, boleh potong.
Lagi cepat naik.

Cara tanam:
1) Gali lubang (kedalaman bergantung pada saiz ibu kunyit)
2) Tanam kunyit separuh je, separuh biar di luar permukaan tanah.
3) Biar & siram setiap hari
4) Seminggu - 2minggu akan mula bertunas (bergantung pada saiz jugak. Jika kecik, makin cepat bertunas)

Nanti saya uploadkan gambar 2 lagi pokok kunyit yang baru keluar tunas.
Dan jugak pokok kunyit yang dah keluar 2 daun besar.
Seronok.

4 comments:

Han Hanni said...

Selama ni pokok kunyit mak yang semai. saya amik bila pokok dah besar sikit.. hahaha

tahu tak macamane nak tanam pokok daun kesum??

Z i E L A said...

cik hani - saya tanam jugak daun kesum..cucuk je batang daun kesum tu ke tanah..in shaa Allah hidup..nanti sy buat entry cara tanam daun kesum lak

Pakcu said...

Keladi baru nk mula tnm besok..hihihihi...thks bru tau..ibu kunyit tu

Pakcu said...

Keladi baru nk mula tnm besok..hihihihi...thks bru tau..ibu kunyit tu