Friday, June 3, 2016

MEI - MACAM2 CERITA

Assalamualaikum...

Mei pon dah berlalu.
Lagi berapa hari nak Ramadhan.

Banyak perkara berlaku pada Mei.
Suka duka, penat lelah.
Jom la check it out.

Ayman warded- suspect Influenza A. Now dah totally recovered.
Ketam - permintaan Ayman lepas keluar wad. Selera makan menjadi2 sekarang ni.
Selera makan ayahnya pon boleh tahan. Request mee kari.
RJ VS Hibiscus.
Last week : Vanilla Crunchy cookies. Sedap yang amat.
Budak manja yang nak melekat je 24 jam. Makan kurang. Mengempeng kuat.
Grandeur of Johore @ Floria Putrajaya 2016
Gerai Tok Aba @ Floria Putrajaya 2016
Us @ Floria Putrajaya
BoboiBoy movie time @ home saja.
Alhamdulillah rezeki anak2.
Tanggungjawab juga makin besar.
Harap dipermudahkan & semakin sukses ke depan.
Amin.


Friday, April 29, 2016

Random Photos - End of April

Assalamualaikum...

Menyengih!!!


Mkn eskrem di malam hari.

Tapak semaian : macam2 ada. As of semalam, habis semua tenggelam sebab hujan lebat sangat. Sedih sob3.
Rose Corner: 3 pokok tengah di rawat. Hari ni ade nampak banyak kuar tunas2 baru. Alhamdulillah.
Sayur bayam di laman saya.

Anak petunia, semai dari biji benih. Pokok induk? Mati dek kerana en suami siram dengan air sabun basuh kereta. Sila ganti!!!.
RJ plant dekat atas tanah, kepung dengan batu bata merah. Murah. 20sen je sekeping. Belakang: Vinca purple sedang dirawat & replant.
Atas tembok pagar. Pokok berdaun kecik2 je.
Lagi semaian dalam pasu.
Ibu & Ayzad.
Rongak dah. Sebab gigi kekal yang ketiga tak sabar nak kuar dah.
Semai taugeh ye.




Bunga balong ayam tu dari mini garden ibu tau.

Monday, April 11, 2016

Mini Garden : Ros & Pandan

Assalamualaikum...

Hobi terkini kumpul pokok bunga ros.
Agak mencabar nak jaga untuk newbie macam saya.

Beli pokok ros kecik2 tak tahan sangat (saya x pandai jaga kot).
Usia seminggu dalam jagaan. Harap bertahan. Ini bunga ke 5 yang mekar di laman. 
Bunga ke 4 di belah sana. Ada satu lagi kudup yang belum mekar. 3 bunga yang dah kering dah di potong.
Tumbang pokok pandan di tarik kakak Ayna. Huhhu sadis.
Selepas dileraikan.
Dapat la 7 anak pokok pandan.
Pokok pandan ni amik dari rumah mak di kampung.
Alhamdulillah subur hidup walau dalam pasu.
Tapi masa kuarkan akarnya tu, memang x nampak tanah dah.
Akar penuh dalam pasu besar tu.
Ada hikmahnya jugak kakak ayna tarik, boleh pindah & replnat. jadi 7 pokok berlainan.

Jenuh la makan daun pandan ha.
Lepas ni, setiap kali masak nasik boleh buh daun pandan bagi wangi.
Ada orang kata boleh lembutkan daging jugak.
Nanti kita cuba ye.

1 anak pokok jiran nak.
Tak sempat algi nak pass.
Semalam tido awal kepenatan dengan kerja2 rumah.
Alhamdulillah 2 minggu ni, dapat buat spring cleaning 1 rumah.
Eh x siap sepenuhnya lagi.

Yang dah kemas sikit2 bilik ayman, bilik ayna sikit, bilik bawah sikit, ruangan laundry, laman depan.
Berkotak2 jugak la barang buangan yang sebenarnya x pakai pon tapi menyemak dalam rumah.
Kami laki bini jenis sayang dengan barang.
Kotak cantik sikit nak simpan.
Semua benda nak simpan.
Sudahnya rumah penuh dengan sampah je.
Hahahaha.

Lepas ni nak kemas ruang bawah tangga & bahagian dapur kat belakang.
Belum siap sepenuhnya lagi tu.
Lepas tu, tunggu bajet bulan depan pulak beli batu bata, bagi teratur sikit lama.
Ada dah buat sikit.
Memang nampak kemas & tersusun sikit la.
Nanti saya update ye laman terkini.

Projek tanam sayur2 pon dah start.
Setakat ni bayam paling subur tapi masih kecik lagi.
Petunia pon tgh belajar2 nak semai.

Wednesday, April 6, 2016

Susun Atur - Laundry Area Part 2

Assalamualaikum...

Laundry area update sikit.
Tukar bekas Detergent je.
Bekas PEGS tu beli dari Mysale. RM23.90
Bekas LAundry Powder tu beli kat Mysale jugak. RM23.90
Rak besi 3 tingkat sebelah laundry area ni pon siap kemas dah.
Letak segala peralatan berkebun macam biji benih, baja2 dan lain2 kelengkapan berkebun.
Sekarag tengah gigih menyemai sayur2 macam kailan, kobis, sawi, bayam...tomato & cili masih belum berjaya lagi. Huhuhu.

Dan sekarang tgh berjinak2 dengan pokok ros.

Siap mengemas bilik Ayman & Ayzad jugak,
 Bilik ni xde sapa tido pon.
Ada katil double decker.
Tilam xde lagi, haha slow2 la ye anak2.
Semua nak tido berkepit dgn ibu lagi.
1st trial karipap daging..request dari Ayman.
Ayzad.

Ayna with new hair cut. Baru kemas sikit.
Petang g tasik.
Bila ayna yang selfie. :p
Budak ni kalau dah dapat kaki memang langsung xleh nak stop. If stop jugak, ngamuk ok.
Teman ibu g klinik tampal gigi.
Terpaksa buh semua gambar kat blog sebab handphone asyik takleh on.
Bila takleh on, nak kene format & habis la semua gambar2 yang berharga tu.
Huhuhu video ayzad pon dah hilang.
Oh my...lepas ni nak kene sentiasa back up gambar & video dalam phone.
Atau ada duit kita tuka tuka phone baru..eh??

Wednesday, March 9, 2016

Bila Pengasuh bercuti

Assalamualaikum..

Last 2 weeks pengasuh bercuti hampir seminggu sbb ada ayahnya meninggal.
Innalillah & al-Fatihah.
So, ibu sempat la cuti EL sehari.
The rest terpaksa bawak anak2 ke office memandangkan kerja banyak.
Nak cuti lama2 pon sayang kat cuti.
Simpan utk raya, maklum la ada 2 kampung nak kena balik kan?

Ayna tido kat ofis.

Buat muka comey nak mintak kene kiss tu..
Time dua2 dah tido baru ibu boleh buat kej dgn aman.
Ikutkan memang x berapa nak best la kalau bwk anak g ofis.
Sekejap nak susu.
Sekajap nak makan.
Sekejap nak berak, tidur...macam2 la.
Tu belum buat bising 1 ofis lari sini sana.
Aduh mak pening bawak budak 2 org ni g ofis selama 3 hari.
Azab nak tunggu sampai ptg.
Lagi azab kalo time tu bos ada.
Huhuhu kalo bos xde, xpe jgk.
Tapi dah bos yang izinkan bwk anak2 g ofis.
Kalo x izin, terima la permohonan bercuti selama 3 hari.
Haha sure tak bagi punya.

Adik abang bonding.
Konon nak makan sendiri, sudahnya nasi banyak ke lantai dik oi.