Monday, April 11, 2016

Mini Garden : Ros & Pandan

Assalamualaikum...

Hobi terkini kumpul pokok bunga ros.
Agak mencabar nak jaga untuk newbie macam saya.

Beli pokok ros kecik2 tak tahan sangat (saya x pandai jaga kot).
Usia seminggu dalam jagaan. Harap bertahan. Ini bunga ke 5 yang mekar di laman. 
Bunga ke 4 di belah sana. Ada satu lagi kudup yang belum mekar. 3 bunga yang dah kering dah di potong.
Tumbang pokok pandan di tarik kakak Ayna. Huhhu sadis.
Selepas dileraikan.
Dapat la 7 anak pokok pandan.
Pokok pandan ni amik dari rumah mak di kampung.
Alhamdulillah subur hidup walau dalam pasu.
Tapi masa kuarkan akarnya tu, memang x nampak tanah dah.
Akar penuh dalam pasu besar tu.
Ada hikmahnya jugak kakak ayna tarik, boleh pindah & replnat. jadi 7 pokok berlainan.

Jenuh la makan daun pandan ha.
Lepas ni, setiap kali masak nasik boleh buh daun pandan bagi wangi.
Ada orang kata boleh lembutkan daging jugak.
Nanti kita cuba ye.

1 anak pokok jiran nak.
Tak sempat algi nak pass.
Semalam tido awal kepenatan dengan kerja2 rumah.
Alhamdulillah 2 minggu ni, dapat buat spring cleaning 1 rumah.
Eh x siap sepenuhnya lagi.

Yang dah kemas sikit2 bilik ayman, bilik ayna sikit, bilik bawah sikit, ruangan laundry, laman depan.
Berkotak2 jugak la barang buangan yang sebenarnya x pakai pon tapi menyemak dalam rumah.
Kami laki bini jenis sayang dengan barang.
Kotak cantik sikit nak simpan.
Semua benda nak simpan.
Sudahnya rumah penuh dengan sampah je.
Hahahaha.

Lepas ni nak kemas ruang bawah tangga & bahagian dapur kat belakang.
Belum siap sepenuhnya lagi tu.
Lepas tu, tunggu bajet bulan depan pulak beli batu bata, bagi teratur sikit lama.
Ada dah buat sikit.
Memang nampak kemas & tersusun sikit la.
Nanti saya update ye laman terkini.

Projek tanam sayur2 pon dah start.
Setakat ni bayam paling subur tapi masih kecik lagi.
Petunia pon tgh belajar2 nak semai.

No comments: