Friday, February 26, 2016

Susun Atur - Laundry Area

Assalamualaikum...

Just nak share dekorasi simple untuk Laundry area yang secoet je pon.
Masih dalam proses penambahbaikan.

Simple2 aje.
Para tu beli kat Ikea setahun lepas kot.
Baru weekend hari tu pasang.
Drill & pasang sendiri.
Frame ni just pritn dari carian google je. Frame sedia ada.

Laundry basket from Kaison.

Overall view. Boleh la buat sementara waktu ni.

Monday, February 15, 2016

Resepi : Spageti Carbonara Simple

Assalamualaikum..

Tertengok kat fb ada org upload resepi spageti carbonara, nampak sng..so try la utk breakfast pagi semalam..

Spageti Carbonara Simple
Resepi:

Spageti : rebus dengan air + garam + olive oil sikit.

Tumis : Olive oil + bwg putih dadu
Bahan2 sampingan : isi ayam + soseh dihiris (boleh tambah capsicum, oregano, black pepper)

Bahan kuah : Susu segar + sekeping cheese cheddar.

Perasa.

Cara:
1) Panaskan olive oil dan tumis bwg putih.
2) Masuk isi ayam + sosej.
3) Masukkan segala sayuran.
4) Masukkan susu segar dan cheese.
5) Last baru masukkan spageti yang dah direbus,
6) Boleh masukkan perasa, oregano, black pepper.

Susun Atur : Update Januari

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak beli rak ni.
Akhirnya dapat jugak.
2 ni beli kat Ayer Hitam, RM25 sebiji.

Buh kat dapur je.
Susunan lama ni.
Sekarang ni ada susunan baru dah.
Sebelah meja ni ada rak 3 tgkt.
Letak water dispenser (yg plastik je RM8.90 kat Super Home).

Pastu niat nak buat ala2 coffee & tea station la.
Dah siap print gambar utk coffee & tea, tinggal nak carik frame & gantung je.
Nanti dah siap semuanya kita update ye.

Wishlist utk area ni..nak beli 2 rak Lennart from Ikea ni..letak bwh meja..so optimizekan ruang kosong bwh meja. Boleh isi macam2. Bila la en suami nak teracun nak teman g ikea ni..huhuhu byk list ni...

Resepi : Donat Kentang yang lembut & gebu

Assalamualaikum...

Just nak share resepi donat kentang yang sangat lembut & gebu.
Dah banyak kali buat sebab jadi kesukaan anak2 dan suami.

Guna sebiji knetang mcm ni je. Beli kat matahari hari tu. 1 plastik besar RM1 ++ je.
Guna resepi dari FB Tahrunnisah.
Tq ye tuan punya resepi.
Tapi kadang2 saya tak tunggu sangat naik.
Lepas uli tu je perap dalam 15-20 minit dalam tempat bertutup & panas, so cpt dia naik.
Terus uli lagi sekejap, & bulat2 kan.
Ikut je step atas tu.

Siuap terap, goreng terus.
Masa goreng pon akan kembang lagi.
Senang sgt.

Uli sampai x lekat kat tgn. Selalu x hbs pon air tu.
Selesai goreng. Bulat2 kecik tu budak2 suka. Ni baru separuh je yg besar. Sekali adunan, dapat la 24 biji besar.
Hasil salutan dgn gula ising.
Hasil salutan dgn gula castor halus.
Donat2 kecil tu salut coklat & coklat rice.
Salutan dgn coklat masakan & kacang.
Penunggu setia.

Mini Garden - Update Pokok

Assalamualaikum...

Baru lepas weekend kan?
So basically, memang weekend jela waktu nak belai2 pokok2 kat laman.
Weekend jugak la tabur baja, replant and kemas2 laman yang sekangkang kera tu je.
Misi nak penuhkan laman dengan batu bata belum tercapai lagi sebab tak pergi survey pon lagi batu bata.
Yela, chinese masih raya kan last week.
So, this week maybe boleh g survey (tengok mood en suami jugak).
Atau tunggu hari dah gaji, keh3.

Ni pon dah kemas2 & rearrange kedudukan pasu2 bunga bagi nampak tersusun sikit.

Pokok limau kasturi..tu buah kecik2 lagi..tapi banyak..

Pokok limau kasturi- From the other side..siap berbunga lagi..x sabar nak menuai...

Delima - sebiji je berbuah..harap mampu bertahan..sebelum2 ni semua keguguran

Pokok pandan..banyak dah berjasa ni

Pokok kunyit..ni lepas dah cantas daun2 yang kuning2 kat bawah..sebelah dia ada lagi satu pokok..xtau pokok apa..sama tinggi naiknya..daun macam daun pisang..just tunggu dan lihat saja la..

RJ -siap dah replant..ikut kaler masing2..

Friday, February 12, 2016

Mini Garden Saya : Update tanaman

Assalamualaikum...

Just nak share & update tanaman yang masih bernyawa di laman sekangkang kera kami.

Ini antara pokok yang subur hidup di laman.
Gambar diambil 9 Jan 2016.
Ada beberapa pokok yang belum diambil gambarnya.
Nanti saya update lagi.

Pokok kunyit hidup dengan subur..saiz daun sangat besar dan panjang. Tinggi pokok melebihi paras pinggang dah. Tanam dari ibu kunyit.
Pokok betik dalam pasu. Tinggi dah paras pinggang jugak. Ada 2@3 pokok yang kecik dari ni masih survive jugak. Tanam dari biji buah betik. Just tabur je.
Limau nipis yang tak berbunga dan berbuah. Tanam dari biji, sebab tu xde bunga lagi kot. Tinggi lebih paras kepala dan tembok rumah.

Masih ada beberapa pokok yang x sempat snap gambar.
Antaranya limau kasturi yang sedang keluarkan buah2 & bunga, can't wait to harvest.
Pokok pandan pon makin banyak tumbuh akar2 baru.

Dan saya dalam proses survey batu bata bagi nak cantikkan laman.
Sekarang ni agak tak teratur susunan pokok2 semua.
Niat nak letak batu bata & step stone bagi ceria sikit.
Pastu nak asing pokok sayur dgn bunga2.

Friday, December 18, 2015

Wishlist : Hyllis Rack by Ikea


Assalamualaikum...

Setakat setahun pindah ni, belum puas hati lagi bab2 susun atur rumah & dekorasi.
Huhu x pandai sangat sebenarnya.
Banyak la join grup deko2 kat FB & intai2 deko kat Pinterest.

Salah satu Wishlist utk dibeli dlm masa terdekat ni ialah Hyllis Rack by Ikea.
Harga RM39.90 je.
Multi purpose pulak tu.
Letak la kat mana & pandai susun, memang menarik.
Jom tengok yang sempat sana curik idea dari Pinterest.
Ni utk rujukan saya bila dah beli rak ni.

Hajat nak beli 4 rak.
2 letak di dapur.
1 Bilik atas, 1 lagi outdoor kitchen.

Kitchen skrg warna lebih kepada grey & black.
Nak bagi nampak cantik, kena seragamkan warna curtains, rug, perkakasan dapur semua. Bagi nampak senada.

Boleh la nak bg nampak kontra dgn sikit sentuhan artificial grass @ deco dengan money plant. 

Theme : putih. Buh kat dapur.
Letak kat ruang tamu pon mengancam.
This one I like. Memang kena la tema. Ada unsur2 kaca & kotak. Kat dapur mmg dah start ada balang2 kaca tu. Kena tambah bagi cukup utk semua bahan masakan yang ada.
Balang jar (to add):
1) Cooking oil
2) Cili kering
3) Milo
4) White sugar
5) Brown sugar
6) Icing sugar
7) Flour
8) Susu kanak2 riang
9) Coffee
10) Tea
11) Spices

Nice kan color combination.
Yang ni pon cantik.

Nice jugak kan? Nak beli la mixer steel tu..yg ada skrg pon tunggu masa je nak masuk tong sampah. Selagi blh guna kan?
Letak kat SOHO pon menarik.
Jadikan rak buku.
Outdoor. Tanam segala herbs. Nak masak petik aje.
Susunan mcm ni pon cantik jugak. Cuma rasanya mug tu kalau susun elok2 lagi ok rasanya.ok, boleh slow2 kumpul perkakasan dapur dari steel.
Yang ni pon boleh amik idea sikit. Upgrade blender cantik sikit dah boleh display.

Monday, November 30, 2015

Random Photos - Last Week of November

Assalamualaikum....

Cepat sungguh masa berlalu.
Esok dah December.
Bermakna, Ayzad nak setahun dah.

Pic Ayzad terbaru - with ibu yang pipi makin tembam.
My grandi magnolia & isabella.
Mix RJ - carnation, kashmir, tiara stripe
Carnation kuning
Moody pagi2 - ngantuk nak sambung tidoq.
X study lagi ID apa ni..tapi bunga pon banyak jugak
ID blm study jugak.
Kashmir - pemberian jiran yg sama minat bunga2 jugak
Carnation - zoom
@ Shaklee - ibu shopping, anak2 main
Abaikan ayman yang dah x bergigi depan tu.
Ayman punya gigi susu dah tanggal dah.
Ada 2 batang gigi kekal dah tumbuh belakang gigi susu tu.
Rasa cam cpt sgt kamu membesar ayman.

Alhamdulillah ayman dpt tempat ke 7 dalam kelasnya Khalifah Umar.
Nanti thn depan usaha lebih lagi ye.
1st year sekolah, ayman blur2, ibu pon blur2 xtau apa kene buat.
Ni dah ok sikit.
Hahaha.