Friday, November 20, 2015

Random Photos - November

Assalamualaikum...

Jom layan random photos sepanjang 2 minggu bulan November.

Weekend xtvt dgn kids - brownies.
Kulit tembikai buat sayur bening. Makan dgn ikan goreng + sambal belacan. Sedap wo. Lauk ni la yg buka selera masa alahan preggy dulu.
Weekend xtvt - Cinnamon puff
Budak demok.
Lauk weekend - kari ayam + sambal udang + sayur + sambal belacan + buah2 + air mangga.
Layan carrot cupcake - minum ptg
Gigi mana dik?
Sedap ye landing atas peha ibu.
Kami suka selfie.
Kakak Ayna.
Pertanyaan paling in kakak ayna sekarang;
Ibu sayang ayna tak?
Ibu tak sayang ayna ke?

Dia akan ulang tanya ni bila ibu start nak marah dia.
Korang rasa ibu jadi marah ke tak kalau dah dia tanya ni dulu?
Anak oh anak.
Kalau jawab tak sayang, dan2 tu la mengamuk & nangis.
If jawab sayang, kadang dapat peluk. kadang dapat muahh. Kadang dia sambung main. Hahaha.
Time berkumpul sama2.

Butterfly Park - Throwback

Assalamualaikum...

Cuti deepavali hari tu niatnya nak pergi Bird Park.
Hihi dah pergi pon tapi tengok entrance fee mak aih mahai sungguh.
RM25 adult, RM15 kot utk toddler.
Kalau totalkan RM80 utk kami 1 family.
Erkk..haha kesian budak2 time tu mmg nak masuk sgt.
Muka penuh harapan nak masuk bird park. Kecewa.


Pastu ajak la en suami g tgk fee utk Butterfly Park, area dekat2 situ gak.
RM32 for whole family.
Ok la, setuju masuk sini je.
Muka hepi & axcited dah bila masuk butterfly park. Layan.
As usual, ibu gendong Ayzad.
Ayman & ayah in action.
Butterfly nest.

Ikan pon ada. Landskap cantik dlm ni.
Kepenatan ayzad.
Gigi kekal dah tumbuh ye. Sakit sebab terhantuk.
Ade 2 batang gigi kekal baru tumbuh belakang gigi susu.

Ada pokok apa kat rumah?

Assalamualaikum...

Update lagi pasal pokok.

Pokok betik terbiar.
Pokok betik terbiar jugak dalam pasu.
Time semai betul2 xnak pulak hidup betik ni.
Time tabur & biar je elok dia naik tinggi kan.
Dalam pasu pon sama.
Tapi tak tau la pokok betina ke jantan.

If betina = biji hitam, pokok akan berbuah.
If jantan = biji kelabu, pokok akan berbunga saja.
Sama2 la kita nantikan entah tahun bila nak berbunga & berbuah.

Pokok kunyit.
Alhamdulillah elok je pokok kunyit ni.
Tinggi lebih dari paras lutut dah.
Banyak dah berjasa buat masak.
Serai & daun kesum pon naik sekali.

Pokok kari.
Sebelum ni hampir berputus asa dgn pokok kari ni.
Tapi hasil intensif dengan baja organik, mol bawang alhamdulillah dah subur sikit.
Daun pon dah menghijau elok.

Saya suka.
Tapi pokok cili saya kenapa makin teruk ye.
Manja sungguh pokok cili, paling susah nak tanam & jaga.

Bunga-bunga Cinta

Assalamualaikum..

Hai tajuk x hengat2 kan?
Lama x update pasal laman yg sekangkang kera tu.

RJ - Grandi Magnolia
RJ - Grandi Isabella
Yg kecik stripe = RJ Tiara Stripe
RJ Carnation kuning - gambar amik 2 minggu lepas. Sekarang dah galak berbunga. Cantik. Nanti sy update.
Sebelah kanan - rJ carnation kuning. Gambar last week.
RJ carnation replant - beli dari FB - mix colours
RJ kashmir rasanya kalau x silap - replant - free dr rakan FB. Byr pos je.
Sekarang dah banyak berbunga.
Cuma beli pergi kerja baru nampak nak kembang.
Balik malam dah kuncup.
Yela, bunga kembang sepuluh kan.
Pukul 10 kembang, pukul 4 ptg kuncup balik.
Weekend je baru betul2 nikmati keindahan ciptaan Allah ni.
Terapi tau tengok bunga2 mekar di laman.

Result Exam Ayman

Assalamualaikum...

Just nak share result exam Ayman.
Hehe baru pre-school 5y je.
Tapi share sini utk rujukan masa depan.
Bukan niat nak tunjuk sgt pon.

Tapi ni bukan kayu pengukur kejayaan seseorg.
Masih jauh lagi perjalanan.
Dan hari ni ptg, ada majlis little concert & convo day Ayman.
So, ibu cuti half day je.

Pendidikan Islam - 84%
Yang ni memang ibu sempat ulangkaji dgn Ayman.
Seronok jugak bila tgk ayman seronok nak belajar utk exam dia.
Cuma kene tunggu ibu siapkan semua kerja & adik kecik dah kenyang mkn, baru boleh ngadap nak mengajar dia.

English - 76%
English ni x sempat nak ajar sebab hari awal2.
Ibu xde buku rujukan nak ajar sebab masa ni teacher dia lupa nak bagi buku utk bwk blk sbg revision.

BM - 83%
Hihi BM pon ibu x sempat ajar.
Ampun nak tapi ibu bangga dgn result ni.
Good job.
Science - 72%
Sempat ajar.
Sebenarnya banyak yg ayman jawab betul, cuma cara tulisan dia tu x cantik sgt.
So, x dpt markah utk tu.
Kene ajar cara tulis huruf bagi betul.
Paling kronik huruf 'a' & 'g'.

Maths - 81%
Favourite subject ibu ni.
Nampak ayman pon suka dgn subject ni.
Ok, kita blh gang la ayman.
Ibu sempat ajar yg ni jugak.
Mulanya susah sikit nak suruh dia bezakan tambah tolak.
Tapi at last, alhamdulillah..ibu bangga jugak.

So far, ibu pon xtau nak nilaikan mcm mana result.
Sebab ibu xtau anak2 lain resultnya mcm mana.
Dan ibu kalau boleh nak jumpa teacher utk tau perkembangan ayman kat sekolah.
Yer la, kadang anak2 x tunjuk pon kemampuan sebenar dia dpn parents kan?
So, ibu pon mcm blur2 je ni.
Hahaha.

Tapi ok la, suka jgk tgk dia dah sekolah ni.
Boleh dah nak kira simple counting tu.
Ejaan pon yang 2 suku kata pon boleh dibanggakan jugak.
Yang penting, dia tau how to spell & write "ibu".
Itu dah buat perut ibu sejuk.

Ptg ni ada little concert & convo day.
Activity yg ayman involve.

Monday, October 26, 2015

Throwback - Kenduri 10.10.2015

Assalamualaikum..

Just nak share gambar kawin kenduri anak buah suami.
10.10.2015.
Jom layan.
Theme : Purple
My outfit : From Nile.com RM79.90

Bangun awal, siap mandi terus tido.
Entrance.
Doorgift counter.
Posing ala2 model babywearing gitu.
Family pic.
Family pic
Family pic


Ibu bekerja VS Ibu Surirumah

Assalamualaikum...

Baru2 ni kecoh kat FB kan "battle" antara ibu bekerja & ibu surirumah sepenuh masa. Allahu orang kita ni dah takde keje agaknya. Isu itu pon nak di laga2 kan di media sosial.

Kalau battle2 tu, dapat semua yang di bawah ni, i pon nak battle jugak:
1) Dapat derma 2.6bil ke dlm akaun, ade org derma
2) GST dimansuhkan
3) Harga tol, harga minyak & barang2 diturunkan
4) Kerajaan sekarang ditukar kepada yang "lebih bijak"

Huh, sure tak dapat semua di atas lepas korang berperang di media sosial kan?
So, what's the point?
Nak tunjuk masing2 hebat ke hapa?

In fact, sy dah pernah merasa dua2 situasi ni.
And again, dua2 pon sangat mencabar tugasnya.
I respect for both.

1) Ibu surirumah sepenuh masa

Yes, saya pernah lalui ini.
Masa mengandungkan anak sulung Ayman, alahan sangat teruk.
Sampai buat keputusan berenti kerja duduk kat kampung dgn mak.
Sebab masa ni PJJ dengan en suami.
Apa2 jadi, sendiri tanggung.

Sungguh, x senang buat keputusan ni.
Tapi keadaan memaksa.
Ansuran kereta en suami sambung bayar.
Pernah usulkan untuk jual sahaja kereta yg sy pakai masa tu.
Tapi suami kata nak bayarkan.

Lepas melahirkan & berpantang, ikut suami balik ke KL.
Hidup kami harap gaji en suami je.
Sungguh mencabar.
Sewa rumah flat dengan 2 bilik.
Katil & perabot tak ada.
Hanya berbekalkan sekeping tilam single saja.
Tekanan perasaan jugak la sy waktu tu.
Terasa membebankan suami sebab x bekerja.
Belum lagi pertanyaan saudara mara & ipar duai tanya belum bekerja ke?
Huhuhuh..disebabkan itu, buat keputusan utk start balik biz baking.
Duit itu la sy guna utk beli keperluan sendiri.
Sungguh tak reti nak meminta dr suami.

Rutin harian memang padat.
Dari pagi, sediakan sarapan suami & anak.
Masak pon berperang dengan baby kecik.
Most of the time, masak sambil dukung anak.
Sungguh, tak mudah menjadi surirumah.
Tapi seronok tetap ada sebab dapat jaga anak sendiri.
Cuma kadang perasaan nak berbelanja sendiri, perasaan nak ada duit sendiri, perasaan nak keluar makan2 tetap ada.
Huhu biasa la perempuan kan?

Hidup sederhana sangat masa ni, cukup apa ada je.
Usaha untuk carik kerja memang setiap hari buat.
Interview sana sini, exam KPLI..usung anak sana sini..semata2 nak carik kerja.
Alhamdulillah rakan2 membantu sangat2..akhirnya dapat kerja (kerja sy skrg) atas bantuan seorang rakan.

2) Ibu bekerjaya

Alhamdulillah saya start bekerja semula bila usia Ayman dah 11 bulan.
Tu pon betul2 lepas en suami pon dpt offer kerja baru.
Masa ni baru je pindah rumah.
Sewa flat 3 bilik.
Tempat kerja dekat.

Dilema nak tinggalkan anak yang dari lahir berkepit celah ketiak.
Risau nak tinggalkan, dengan fully bfnya.
Dapat pengasuh dekat flat rumah sewa jgk (alhamdulillah sampai skrg masih anta anak2 ke situ).
Mula2 kerja memang susah sikit.
1st time hantar ke rumah pengasuh, bagi bekalan susu pon anak reject botol.
Sampai pengasuh terpaksa bg susu guna sudu (alhamdulillah pengasuh sgt sabar).
Lama2 baru ok.

Gaji starting masa tu pon tak berapa tinggi.
Tapi alhamdulillah boleh byr ansuran kereta, ptptn & bg mak kat kampung sikit2.
Boleh la berbelanja sikit2 utk diri sendiri & anak.

Dalam masa sama, biz baking sy tetap teruskan demi nak tambah pendapatan keluarga.
Siang bekerja, malam sy baking.
Buat kerja rumah lagi.
Sungguh tak mudah jugak.
Waktu tidur sy korbankan.
Sungguh penat.


Jadi untuk condemn ibu bekerja @ ibu surirumah, itu bukan saya.
Sebab saya pernah melalui dua2 situasi.
Malah lebih lagi, sekarang saya jadi ibu bekerjaya + biz @ home & surirumah dalam masa yang sama.
Sampai bos pon tegur, saya nampak penat.
Anak dah 3.
Keluar pagi bekerja, malam baru sampai rumah.
Masa ni la nak makan, nak kemas rumah, nak basuh jemur baju, basuh segala pinggan.

Lipat baju? ---memang xde masa, weekend jela..tu pon selalu x settle
Masa untuk diri sendiri? ---langsung xde, sampai time mandi pon kene panggil sbb baby nangis.

So, x perlu nak condemn sapa2 kan?
Pilihan masing2.
Hidup masing2.
Masalah pon masing2.
Kita tak sama.
Jadi, pilihla asalkan berbahagia.

Wednesday, October 21, 2015

Ayman & baking

Assalamualaikum...

Last weekend hari tu, ajak ayman buat muffin choc.
Excited sungguh dia.
Semuanya dia yang buat.
Saya cuma sediakan bahan2 & instruct saja.
Ada la tolong sikit2.

Dia memang suka la baking2 ni.
Hari tu dia cerita buat cornflakes madu kat sekolah.
Pastu dia duk ulang makan muffin choc tu.
Tapi memang sedap pon kan ayman.

Ni resepi saya guna. 1 resepi dapat 12 cup muffin.

1 cwn self raising flour (alternative : 1 cwn tepung gandum + 1sk baking powder + 1/2 soda bikarbonat)
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cwn air sejuk (peti ais)
1 cwn gula perang
1 sk esen vanila
1/2 sk coklat emulco
1/2 cwn minyak jagung (atau minyak masak)
1 sk cuka (atau jus lemon)

Cara saya:
Campurkan semua bahan, mix guna mixer sampai sebati je.
Pastu terus letak dlm cawan muffin 3/4 penuh.
Bakar suhu 180, dalam 20 minit mcm tu dah siap sebab muffin/cupcake jap je masak.
Tak sama mcm kek besar tu,lama sikit.

Friday, October 9, 2015

Mini Garden - updated 9.10.2015

Assalamualaikum...

Ini update terbaru laman depan rumah & belakang.
Dan segala koleksi pokok2 kami.
In sha Allah memang akan sentiasa menambah pokok biar hijau laman ku.

Depan rumah: 

Macam2 ada - belah kanan laman.
Close up 1.
Close up 2.
Atas pagar - cactus & sunflowers.
Atas tembok kanan - Mini rose (pink) & Rose jepun (purple)
Atas tembok kiri - Rose jepun
Belakang dapur.

Cili merah & cili padi.
Roselle.
Semaian bendi, cili api, mata kucing, sawi hong kong.