Wednesday, February 18, 2015

My Breastfeeding Journey : Accessories

Assalamualaikum..

Alhamdulillah settle la sudah beli accessories from Lazada & Enjoybreastfeed . com untuk membantu perjalanan breastfeedong saya.

Actually ni bukan la kali pertama pon Bf baby.
Tapi kali ni nak buat bagi betul2 sempurna.

Macam stok susu pon, start dalam pantang dah kumpul.
Nak penuh dah bahagian freezer dengan stok EBM.
Tu pon cuma guna kaedah perahan tangan @ marmet.
Sebelum ni tak guna electric pump sebab ada accessories yang perlu diganti.
Sekarang semua dah ada.
Inshaa Allah rezeki EBM akan lebih banyak utk baby Ayzad.
Pastu kena risau mana nak letak pulak stok EBM tu kan.


1) Bottle & food warmer
Brand : Autumnz
Harga : RM69.90
Purchased from Lazada.

2) Bottle feeder
Brand : MAM
Harga : RM55.90
Purchased from Lazada

Ada beberapa brg lain juga dibeli antaranya nursing bra, washable breast pad, & ice gel.

Next wishlist item :
1) Baby wrap

Eh 1 je yg ada dalam fikiran ni.
Senang sikit nak bawak baby Ayzad jln2.
Letak dalam tu, jln je.

Nursinf cover alhamdulillah dah beli.
Senang je bf kat mana saja.

Monday, February 16, 2015

Jalan-Jalan Kuala Selangor.

Assalamualaikum...

Weekend baru ni, Sabtu kami habiskan waktu di Kuala Selangor.
Sebenarnya tak plan pon nak pergi.
Mulanya keluar dalam pukil 10 lebih pagi utk cari sarapan.
Breakfast pon sampai ke Menegon, Klang nu.
Jauh no..hahaha

Pastu lepas breakfast,tibe2 en suami bukak waze carik arah kuala selangor.
Eh eh..biar betul ni.
Pakai pon ala kadar je.
Baju spare budak2 pon tak bawak.
Yang ada pampers budak2 je dalam beg baby ni ha.
Layankan aje la.

Gelagat anak2 dalam kete.
Jauh berjalan ye.


Time petang kami naik trem kat Bukit Melawati.
Best jugak pusing2 masuk dalam kawasan Taman Air Tawar.
Bagi ikan keli besar dalam kolam makan.
Monyet pon banyak kat dalam tu.
Siap ada jual mknn monyet lagi.



Time ni cuaca panas sikit.
Fuh mencabar giler bawak budak 3 org sekali dgn baby Ayzad.
Tapi anak2 seronok naik trem tu.
Duk sebut2 lagi sampai hari ni, nak naik lagi katanya.




Last tu kami pergi ke ala lupa lak nama tempatnya.
Dekat2 dengan Pqntai Remis jugak.
Mulanya nak makan kat Aroma ikan bakar tapi full house pulak.
Banyak meja yang dah reserved.
So, terpaksa la makan gerai sebelah, NLP Seafood.
Ok la, not bad.

Menu yang kami order:
Ikan merah masak asam pedas
Udang & sotong goreng tepung
Kangkung goreng biasa
Telur dadar
Nasi putih 3 pinggan
Air : Fresh orange, air suam, limau ais
Harga : RM57

Lepas makan tu, kami singgah solat kat masjid berdekatan.
Pastu baru balik.
Enjoy sangat spent quality time with kids.
Dieorg pon seronok, ibu ayah pon seronok.
Tak payah pergi jauh2 pon, boleh bercuti & spent time together kan.
Tq en suami bawak g jalan2 walaupon tak plan.


Thursday, February 12, 2015

BASIC H : HILANGKAN KESAN DAKWAT PEN

Assalamualaikum..

Bangun pagi ni dikejutkan dengan hasil contengan kat sofa leather oleh anak dara kesayangan.

Terkejut ibu Ayna oi.
Rasa nak marah je mula2.

Nampak tak tu?
Hampir pengsan ibu tengok garisan2 ni.
Banyak lak tu.

Tapi tetibe ibu teringat.
Kita kan ada multi purpose cleaner.
Basic H yang jadi bualan sekarang.

Mula2 fenomena hilangkan kerak puting susu.
Pastu fenomena bersihkan kasut sekolah anak dengan rendam je.
Pastu fenomena bersihkan dapur yang kerak2 tu sampai berkilat.

Sekarang ni, bila cuba hilangkan dakwat pen dari sofa leather, memang menjadi.
Alhamdulillah sangat.
Memang serba guna la Basic H ni.


Memang puas hati.
saya suka.

Nak order?
Zila 016 663 5191
yuliez2r.blogspot.com

RUANG BAWAH TANGGA

Assalamualaikum...

Nak share sikit cara susun atur bahagian bawah tangga.
Rumah kami memang xde stor pasang siap.
Sebelum ni agak serabut sikit dengan brg2 & kotak2.
Sakit mata gak la tengok.

Last week baru dpt idea cara nak susun supaya nampak kemas.

Kqtbats meja tu la tmpt letak teh, kopi..lbh kurang mcm small pantry la.
Masak nasi & bakar roti pon kat situ.
Kadang2 buat aktiviti shaklee pon kat situ jugak la.

Sofa coklat tu sofa lama.
Tapi still boleh guna lagi.
Belakang sofa tu letak barang2 yg x berapa nak pakai.
Kira mcm stor jgk la..tapi tersorok la sikit..& tak menyakitkan mata yang memandang.

Bawah meja tu sekarang ni dah diletakkan stroller yg sblm ni xtau mana la nak sorok benda gedabak mcm tu.
So, nanti bila nak guna just tarik jela.

Sunday, February 8, 2015

Day 31 Berpantang

Assalamualaikum...

Ini adalah entry tertangguh.
Hahaha byk hari sgt tertangguh ni.
Tuan rumah busy sangat.
Kikiki.

31 hari maksudnya dah sebulan la baby Ayzad kan.
So maknanya haruslah ke KK utk check up Ayzad.
Excited sebab nak tau berat naik ke idak.
Tapi rasa leceh sikit la sebabnya KK kan?
You know what i mean?

Banyak sangat benda nak check.
Details sgt pastu banyak kaunter lak tu.
1 nurse serve utk different punya keje.
Nurse kat depan jaga pendaftaran je.
Pastu ada nurse yg khusus timbang berat & ukur lilit kepala.
Kaunter lain lak, nurse bertugas utk ambik bacaan BP & berat ibu.
Next, kena pi belakang dekat toilet amik bacaan HB dan air kencing.
Pastu masuk bilik, nurse utk check baby & ibu.
Last sekali baru doctor yang check.
Banyak step kan?
Setiap kali step tu berakhir, kena tunggu turn lagi.
Pengsan.

Lebih pengsan bila pergi dengan anak2 yg tgh membesar & aktif tahap dewa.
Dan time tu la, dieorg main lari2 dlaam klinik.
Time tu la dieorg lapar mintak susu.
Time tu la dieorg bgtau mengantuk nak tidor.
Dan time tu la, baby lak nak susu jugak.
Pengsan sebab kena pegi sorang2, encik suami tak dpt pegi sekali sebab ade meeting.

Result check.

Ayzad:
Berat 4.3kg
Lain2 semua ok.

Ibu:
Berat 50kg (owh byknya nak turunkan)
BP, Hb semua ok.



Monday, January 26, 2015

Day 28 Pantang - Balik Shah Alam semula

Assalamualaikum..

Hari ke 28 berpantang.
Ibu sihat.
Baby Ayzad pon alhamdulillah sihat.
Nampak semakin bam bam baby Ayzad.
Pegang lama sikit lenguh dah tangan ibu.

Alhamdulillah Mykid pon dah settle.
Daftar tabung haji baby Ayzad pon settle.

Balik Shah Alam pulak kita hari ni.
Rindu jugak dgn rumah.
En suami kata macam dilanggar garuda (bersepah la tu..huhu)
Takpa la..kemas la slow2.
Kata pantang kan?

Penuh 1 kete dgn barang2.
Adui dah tiba masa kene tuka kete kot.
Huhu tp tunggu la kewangan stabil dulu.
La stabil dah tapi Ayman sekolah, baby Ayzad baru lahir.
Kena plan dulu.

Salah 1 yang buat kete penuh, stok EBM utk baby Ayzad.
Alhamdulillah banyak jugak stok EBM.
Penuh la 4 tupperware letak EBM.

Sebelum ni dah google cara nak simpan EBM utk travel jauh.
Caranya letak 1 lapisan ais dlm polisterin, pastu tabur garam halus, pastu EBM..pastu ulang step tu smpi polisrin penuh. Ats sekali letak tuala basah..pastu tutup la polisterin tu..

Jangan sesekali bukak polisterin..nnt cair pula ais tu.
Polisterin tu letak kat bahagian depan.
Ha garam tu ada fungsinya tau.
Bukan saje2 letak.
Garam tu bg ais tu lmbt cair.


Ni hasil perahan pakai tangan je.
Balik Shah Alam boleh start pam pakai electric pump.
In shaa Allah hasilnya mesti lebih lagi kan.

Semoga Allah permudahkan breastfeeding journey saya bersama baby Ayzad.
Next mission nak carik warmer utk letak rumahpengasuh.
Senang sikit kerja pengasuh.
Lagipon, EBM ni perlu suhu 40C utk panaskan.
Tak boleh hentam kromo je, nanti habis nutrien & zat2 dalam tu.

Pastu Nursing cover in shaa Allah smpi minggu ni.

Masih dalam pertimbangan nak beli Freemoe Collection Cups @ Handsfree Bra.
Dua items ni boleh bantu saya pumping & at the same time buat kerja lain.
Almaklum la, i'm busy mom & woman.
Hahaha save time.

Harap permudahkan semuanya.

Monday, January 19, 2015

Day 21 Pantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masuk hari ke 21 berpantang.
Semalam hari ke 20 nurse ada datang visit.
Timbang berat baby Ayzad.
3.3kg saje.
Hmm x naik byk pon..huhu xpela baby Ayzad, janji awak sihat2 aje.

Sekejap je kan masa berlalu.
Tak lama lagi dah nak balik KL dah.

Rindu jugak kat rumah.
Ni gambar mini garden yang en suami snapkan.
Wah banyak dah bunga2 matahari yang keluar.
Saya suka.
Agak sy yg ni yg giant sunflower tu kot.
Menjadi betul pokok & bunganya.




Ni aktiviti bila ayah dieorg ada.
Tengah2 panas pon korang layan main layang2 kat rumah mak teh korang ye.
Apa2 la janji spend quality time same2 kan.

Thursday, January 15, 2015

Value for money


Assalamualaikum...

Baru je tadi pegi pasar malam.
Orang sini panggil lelong.
Ha baru hari ke 16 dah g pasar malam kan.
Ngee sebab geram sgt tgk adik beli baju utk anak2 dia 3 helai RM10.
Ha ku gigihkan jugak la pegi.
Angkut semua.
Sementara daku g shopping baju budak2 & baju mak budak sekali.

Ats tu 3 helai RM10.
Bawah 2 helai tu RM5 setiap sehelai.
3 helai ni utk Ayna.
RM5 sehelai.
Sweater Brand Baby Gap.
Utk Ayman.
Sweater brand Baby Gap.
RM5 sehelai.
Utk baby Ayzat.

T shirt RM5 sehelai.
Utk Ayman.


Rompers & t shirt RM10 utkn3 helai.
Utk baby Ayzat.


Seluar Baby Gap RM5 sehelai.
Utk Ayna.
Ni baju utk mak budak.
Pakai kat rumah je.
Ok la kan.

Blouse ni RM25 je sehelai.
Murah la.
Kain pon cotton pastu mcm ade glitter sikit.
Hihi terus grab 1.
Nyesal lak x grab 2 helai.
Eh jgn tamak ye.

Stok EBM utk baby Ayzat

Assalamualaikum...

Nak citer pasal stok EBM utk baby Ayzat.
Semoga dipermudahkan sampai 2 tahun.


Ni tupperware kedua yg sy simpan stok EBM.
Tupperware lg 1 dah penuh.
Guna zip lock khas utk breast milk ni jimat space.
Lagipun senang sikit utk defrost & transfer ke rumah kat Shah Alam.
Kena beli polisterin @ cooler box utk isi semua zip lock bag ni nanti.
Tadi dah google mcm mana cara nak kekalkan susu beku sepanjang perjalanan balik ke rumah nanti.


Botol kecik tu la yg sy selalu penuhkan.
Sebab pakai tangan je perah.
Tu pon kdg2 dah penuh, susu masih byk lagi.
Kalau dah penuh, selalu lepas sejam sy akan perah lg & penuhkan botol kecik ni.
Utk awal2 ni ok la setakat 3oz utk baby Ayzat minum 1 sesi.

Nampak x pipi baby Ayzat dah bam bam.
Kalau tak naik berat tak tau la nak kata apa.

Day 16 Pantang

Assalamualaikum..

Dah 16 hari berpantang.
Nama baby pon akhirnya finalised dah walaupun blm smpt lagi buat MyKidnya.
Inshaa Allah baby akan dinamakan sbg Muhammad Ayzat Hamdi.
So akan panggil Ayzat la.
Trademark Ay tak lari la.
Hihihi.

Alhamdulillah stok EBM juga makin bertambah.
Dari 50 zipper bag utk storage susu tu, tinggal 3 lagi yg belum pakai.
Maknanya ada 47 bag susu EBM dah.
Kuantiti mostly 3.5oz sebab selalu perah bg penuh botol susu yg kecik tu je.
If perah pakai tgn, lebih suka penuhkan botol kecik tu je la.
If perah pakai manual breast pump, hasil lebih sikit dlm 5oz.
Tu pon sebab miss B sebelah ni macam susu tersumbat sebab since anak pertama x penah bg yg belah kanan.
So production susu agak sikit.

Sekarang ni makin ok sejak makan Lecithin.
Makin banyak susu terhasil.

Electric breast pump Rumble Tuff ada tersimpan rapi kat rumah.
Sekarang tgh survey power bank cable.
So that senang sikit utk pam.
Bokeh guna power bank instead of nak kene beli battery AA byk kali.
Koyak la poket.
Kui3.

Cuma dalam pemerhatian, nak tambah aksesori sikit utk mudahkan kerja pumping.
Antara aksesori yg dalam pemerhatian ialah:

1) ice brick (dulu guna ice pack, dah rosak sebab peti rosak hari tu)
2) Power bank usb cable - RM79 (kena check model dulu, compatible ke tak, if ok..bokeh proceed)
3) Nursing cover - RM69 (kena beli ni, nak menyusukan kat public or rumah mertua ke)
4) Handsfree pumping bra - RM59 (nak mudahkan pumping sambil buat kerja kat rumah, x payah pegang2 pump dah)
5) Freemie Collection Cups - RM329 (ni paling best, pump sambil buat keje jugak tp dalam bentuk collectible cup, tapi harganya ya ampun...kene pikir byk kali sebelum purchase ni)

Mula2 ingt nak beli pump baru yg boleh pakai usb power bank, tapi bila survey2 rupanya boleh je pakai usb kat most breast pump.

Monday, January 12, 2015

Day 14 pantang

Assalamualaikum..

Pejam celik dah 14 hari berpantang.
Baby pon dah 14 hari.
Nama xdak lg.
Ayoyo.

Sabtu tu sempat la tunaikan janji kat Ayman nak beli kek Borthday dia.
Excited je dia & ayna pilih kek.
Pilih kek coklat with fresh cream pilihan ayman.

Sedap keknya.
Berbaloi2.

Tengok la gelagat Ayna.
Sayang sgt kat adik dia.
Asyik nak muah je.

Dah nampak bulat sikit pipi adik kecik.
Tangan & kaki pon dah kurang kedut & dah berisi sikit.
Harapnya timbang next time byk la naiknya.

Sekarang ibu dalam usaha kumpul stok EBM.
Banyak la jugak.
1 tupperware kecik dah penuh.
Kadang2 pam manual, kadang perah guna tangan.
Since dah consume Lecithin ni, miss B yg sblm ni mcm bengkak & block susu, dah nampak lancar dah.
Dah senang nak kuar.
Alhamdulillah rezeki adik kecik.

Cuma yg merisaukan ibu, mcm mana nak angkut dr kampung nenek ni ke rumah kita.
Boleh tahan ke?

Thursday, January 8, 2015

Penyusuan susu ibu secara eksklusif - Part 2

Assalamualaikum..

Part 2 penyusuan susu ibu - lebih kepada nutrisi @ supplement utk ibu2 yang menyusukan baby.

Ibu yang menyusukan bayi perlu minum air secukupnya.
Sekurang2nya 2 liter sehari.
Banyakkan makan sayuran & buahan serta amalkan pemakanan seimbang.
Elakkan makanan berkafein & aktiviti yang boleh mengurangkan susu.

Yang penting, perlu ada konsep demand & supply.
Semakin kerap kita menyusukan baby, semakin banyak susu yang dihasilkan oleh badan.
Jika tidak menyusukan baby secara terus, perlu perah @ pam susu utk pastikan konsep demand tu berterusan.

Jika ibu2 rasa diet harian x memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, boleh la cuba supplement dari Shaklee.
Untuk ibu menyusu, berikut cadangan supplement utk anda:

1) ALFALFA
- Raja segala tumbuhan
- Tingkatkan imunisasi
- Milk booster
- Rapatkan keintiman

2) ESP
- Sumber protein Non-GMO
- Sumber tenaga
- Pekatkan susu ibu supaya baby cepat kenyang

3) OSTEMATRIX
- Sumber kalsium
- Komponen dalam susu ibu antaranya ialah kalsium, ostematrix bantu ibu utk kembalikan kalsium yang hilang melalui penyususan.
- Bantu ibu tidur lebih lena
- Elakkan sembelit

4) VITALEA
- Multivitamin dengan zat besi
- Bantu pembentukan sel & darah
- Bantu badan lebih bertenaga

5) VITAMIN C
- Tingkatkan imunisasi
- Cantikkan kulit
- Antioksidan

6) B COMPLEX
- Badan lebih bertenaga
- Anti stress
- Cantikkan kulit

7) COLAGEN POWDER
- Milk booster
- Tegangkan payudara
- Cantikkan kulit
- Pudarkan parut2

Bagi yang ada masalah susu tersumbat @ block, boleh cuba Lecithin.
Lecithin boleh lancarkan pengaliran susu ibu.
So, utk ibu2 berpantang yang ada masalah bengkak susu, bokeh cuba Lecithin.
In shaa Allah bengkak akan berkurangan dan susu jadi lancar je keluar.


Yang mana nak order, boleh pm/whatsapp:

Zila 016 663 5191
Registered Shaklee id  : 889197
Page : Yuliez Supplement Shoppe

Day 10 Pantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masuk hari ke 10 berpantang hari ni.
Pagi tadi nurse KK dtg melawat & check up baby.
Semua ok kecuali berat baby je turun jd 3.2kg.
Erk ini agak pelik sbbnya nmpk baby dh besar sikit & kuat lak tu menyusu.
Adakah Salam Hospital salah timbang?
Tapi since nurse kata x perlu risau, ibu pon x risau sgt la.
Kita tgk la cek sebulan nnt mcm mana.

8 Januari 2010 : Lahirnya abg long Ayman.
So today is the day.
Birthday Ayman yang ke 5.
Dah besar anak ibu.
Bulan depan masuk sekolah ye.
Nak beli kek hari ni mcm x best sbb ayahnya xde.
Tunggu la ayah blk sini on weekend kita beli kek celebrate sama2.
Celebrate kecik2 je.





Tgh fikir2kan nama baby.
Hmm mcm nak letak Muhammad Aysar .....
Aysar maksudnya yang mudah..sbb segalanya mudah setakat ni utk adik baby.
Lagipun nak kekalkan trademark Ay kat depan tu mcm Ayman dan Ayna.
If Ayril xde maksud la pulak.
Any suggestion?

Oh lupa nak mention, kakak Ayna pon officially dah stop direct BF.
Huhu agak lewat ibu nak bg dia stop sbb kesian.
Even ms preggy pon still bg dia bf.
Caranya ibu leyak sirap sikit kat miss B, bgtau dia ibu sakit ada darah kuar kat susu.
Terus sampai skrg xmau bf.
Susu botol pon kurang.
Kesian tgk dia especially time nak tido.
Sebab selalunya time nak tido la dia akn carik susu ibu.

Kakak Ayna dah besar kan sayang.
Xmau manja2 sgt tau.

Day 9 Pantang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ke 9 dah pantang hari ni.
Semuanya ok setakat ni.
Cuma biasa la x cukup tido bg ibu2 berpantang.
Maklum la, anak dah 3 ni dgn baby kecik lagi.
Memang pantang x seperti baby 1st la.

So far, adik baby pon senang nak jaga.
Xde meragam sgt.
Suara menangis pon dgr time nak susu (tu pon kdg2 je kuar suara).
Selain tu, time mandi jela boleh dgr suara dia nangis.
Lain2 tu tidur jela dia.
Biasala baby dlm pantang memang kuat tido.
Sekarang je kerap dah bangun menyusu.

Baby boy memang kuat menyusu kan?
Hihi bagus adik baby, tolong ibu slim blk k.
Ayah sedara & mak sedara kamu kata ibu dah gemuk, pipi dah bulat.
Ngee statement kejam sgt kan?
Terima je hakikat sebab memang ms preggy mkn x hengat.
Last timbang before deliver 60kg.

Hari ni ibu beranikan diri cukur sendiri kepala adik baby.
Maafkan ibu ye adik baby sebab x smpt nk grab pahala sunat cukur di hari ke 7.
Sunat namakan baby pon ibu terlepas.
Sampai sekarang xde nama baby lg.
Ngee.

Gambar before cukur.
Rambut lebat & hitam x spt kakak Ayna & abg Ayman.


Dah botak sikit tp blm licin sepenuhnya lagi.
Sambubg esok kita bg licin in shaa Allah.

Esok nurse dtg check kat rumah.
Timbang berat sekali rasanya.
X sabar nak tau berat naik ke x.
Susu kuat, pipi pon nampak tembun sikit.
Harap2 naik la walau sikit pon.

Wednesday, January 7, 2015

Penyusuan susu ibu secara eksklusif - Part 1

Assalamualaikum..

Seperti mana yg kita tahu semua ibu di galakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sejak lahir sehingga berumur 6 bulan & meneruskan sehingga usia 2 tahun.

Antara kepentingan penyusuan susu ibu :
~perkembangan psikomotor, emosi & sosial yg lebih baik
~perkembangan IQ yg lebih baik
~kurang risiko diabetes untuk kanak2
~pneumonia
~tggi antibodi
~komposisi zat makanan yg mencukupi
~penghadaman yg mudah


Kebaikan untuk ibu :
-pemulihan fizikal yg cepat slps bersalin
-mengecutkan rahim
-kurangkan risiko pendarahan
-kurangkan risiko kanser payudara & ovari
-penyusuan ekslusid membantu menjarakkan kelahiran
-jalinan emosi yg kuat "bonding" antara ibu & anak
-menjimatkan masa & wang

Kebanyakan orang kata susu tiada atau kurang susu.

Antara punca susu kurang :
- tak beri mengikut kehendak bayi
-atau masa kerja jarang2 nak pam
-kurang minum air masak
-suka minum kafien


Cara yang betul utk menyusukan bayi boleh dilihat pd gambar di bwh ini: