Friday, June 12, 2015

Ibu demam

Assalamualaikum..

Baru je baik demam.
1 hari EL, 1 hari MC.
Hari ni baru masuk kerja.

Hari pertama:
1) Demam + sakit kepala + muntah
2) Ayman & ayna tinggal rumah pengasuh, baby Ayzad duk dengan ibu.
3) Tak selera makan, terbaring 1 hari
4) Petang baru makan megi + roti bakar.
Hari kedua:
1) Siap2 nak p keje, tapi p klinik dulu sbb x tahan sakit kepala + sakit tekak pulak.
2) Dapat MC, doc ckp x cukup rehat + x cukup tido.

3) Balik rumah rest sepuasnya tanpa anak2.
4) Petang : sempat siapkan pulut durian. Demam dah kurang, sakit kepala pon kurang. Sakit tekak bertambah.

5) Malam: masak simple - singgang ikan + budu + ulam2 + ikan goreng + telur dadar
Ibu tgh solat, ayman main benda yg x sepatutnya. Habis sepeng kepala belakang.
Tengok ibu pakai baju kurung pink, dia pon nak jugak. Walaupon x mandi lagi.

Tanaman : Kangkung tuaian pertama

Assalamualaikum...

Ni dia kangkung tuaian pertama.
Bismillah dah siap masak & makan dah.

Kangkung : buat lauk dinner.
Jimat belanja utk 1 sesi masak dinner.
Kangkung cepat sgt membiak.
Meleret2 ke tanah dah.
So, kutip la.
Batang tinggal sebab nanti tumbuh baru.

Pokok kunyit : Updated

Assalamualaikum...

Dah janjkan nak update pokok kunyit.

Dah tumbuh 2 daun.
Pokok ke 2.
Pokok ke 3. Baru bertunas.
Senangnya dalam hati tengok pokok kunyit naik dgn subur.
Saya suka.
Saya seronok.

Tanaman : Cara tanam daun kesum

Assalamualaikum...

Selain daun kunyit, saya jugak tanam daun kesum.
2 pasu jugak la tanam.
Mula2 1 pasu je, pastu nampak sarat sgt.
Potong2 batang dia cucuk dalam pasu lain.
Pon hidup dgn suburnya.

Ni pasu pertama. Dah tinggi dah naik. Tu pon puas trim dah.
Pasu ke-2. Ni hasil yg trim pastu cucuk jer dalam pasu ni.
Ok, cara tanam pokok daun kesum ni senang je.
Start tanam dulu beli daun kesum utk masak.
Pastu banyak sangat lebih je.
Try je la cucuk kat tanah.
Tgk naik elok.
So start dari tu, memang cucuk je batang terus hidup.

Sumber : Google. Ni contoh daun kesum yang kita beli kat kedai. Batang tu cucuk je kat tanah. In shaa Allah hidup lah dia.
Nak jaga pokok daun kesum ni pon senang je.
Asal air cukup, cahaya matahari cukup.
In shaa Allah hidup subur mewangi la dia.
Hehe, cubalah.

Tuesday, June 9, 2015

Tanaman : Cara tanam kunyit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah mini garden dah bertambah meriah.
Kunyit yang disemai 2 minggu lepas dah naik tinggi.

Ni gambar ambik jumaat lepas. Pagi tadi tengok naik lagi 1 daun.
Total pokok kunyit ada 3 pokok.
1 dah naik tinggi macam gambar atas.
2 lagi baru bertunas sebab ibu kunyitnya besar sikit.

Senang jer cara tanam kunyit.
Beli ibu kunyit kat kedai, macam utk masak tu.
Sumber google : ibu kunyit
Kalau besar, boleh potong.
Lagi cepat naik.

Cara tanam:
1) Gali lubang (kedalaman bergantung pada saiz ibu kunyit)
2) Tanam kunyit separuh je, separuh biar di luar permukaan tanah.
3) Biar & siram setiap hari
4) Seminggu - 2minggu akan mula bertunas (bergantung pada saiz jugak. Jika kecik, makin cepat bertunas)

Nanti saya uploadkan gambar 2 lagi pokok kunyit yang baru keluar tunas.
Dan jugak pokok kunyit yang dah keluar 2 daun besar.
Seronok.

Monday, June 8, 2015

Weekend activity : Floria Putrajaya

Assalamualaikum...

Ni pulak aktiviti hari ahad.
Pagi2 masakkan mee goreng utk tetamu kehormat.
Pastu beli kuih sikit2.

Abah pulak buat operasi mengemas kat dapur bahagian belakang.
Semua benda dia selongkar & buang yang taknak pakai.
Siap p bakar semua kat belakang rumah.
Hahaha meh la dtg selalu kemas rumah anakmu ni.
Kekeke.
Actually memang nak kemas pon tapi tak berkesempatan lagi.
So bila abah dah offer diri, memang tak bantah la.
Kalo bantah pon, dia buat jugak.

Pastu baru siap2 pergi rumah sepupu.
Sebab abah dah janji nak balik saing dengan ayah saudara.

Rambut depan tu nak masuk mata dah kakak Ayna.
Singgah masjid solat.
Masa mak nak balik nangis2 si Ayman nak ikut.
Huhu pujuk2 bagi dia lupa.

Pastu pi pekena Nasi Lemak Royale kat Ampang.
Then, en suami drive sampai la Putrajaya.
Saja jalan2 katanya.
Dalam hati mesti nak g Floria Putrajaya.
Pusing2 carik Precint 4, last2 jumpa jugak.
Ramainya orang.

Tiket masuk RM5 utk dewasa. Kanak2 bawah 6 tahun FOC.
Beli biji benih bendi, kucai, cili merah
Beli baja & racun organik.
Banyak sebenarnya nak beli.
Tapi cash x banyak.
Ada la dalam RM40 je kot.
Hua3 tu la x bgtau nak pergi sini.
Mampu jalan2 & tengok jela.
Selebihnya bergambar.
Jom layan gambar tanpa caption.


























Actually banyak lagi nak amik gambar.
Banyak view yang cantik sangat2.
Tapi sebab dah nak maghrib + baby Ayzad pon macam nak merengek nak susu, so decide kuar jela.
Carik masjid sambil susukan Ayzad dalam kereta.

Penat tapi seronok.
Anak2 pon kata seronok & nak datang lagi.
Yes, memang akan datang next time.

Weekend Activity : Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..

Berakhir dah 2 hari hujung minggu.
Rasa sekejap & tak cukup jerk.
Ngeh3 sapa x suka cuti kan?

Hari Sabtu : Hadiri kenduri kahwin sepupu di Bentong.
Ni majlis sambut menantu la kiranya.
Masa kenduri di Mersing, kami x dapat balik.

In action : Kakak Ayna. Besar dah kamu.
In action : Time baik. Kalo x, gaduh manjang.
In action : Sama tapi tak serupa.
Bertolak lebih kurang 10 lebih.
12 lebih baru sampai, jam kat Batu Caves nak masuk tol.
Singgah makan nasi ayam sebab belum breakfast.
Anak2 burung pon dah bunyik lapa2.

Mak with her cucu lelakinya.
Sampai je dewan tu, jerit2 Ayman & Ayna panggil nenek & atok.
Rindu sangat la tu sampai dalam kereta duk tanya bila nak jumpa atok nenek.
Tunggu pengantin tak sampai2.
MaKan beradab. Mak abah pon masuk sekali.
Ni je gambar sempat amik.
Maklum la dukung anak tengah tido.
Tak menyempat nak snap2 byk.

On the way balik, sempat la singgah beli air kelapa, nangka & limau.
Kete abah follow dari belakang balik rumah kami.

Petang tu, beli barang basah masakkan utk tetamu kehormat.
Hehe bagi dieorg rehat.
Saya masakkan utk dieorg semua.
Walau kelam kabut & siap lambat sikit, tapi tetap happy makan ramai2.
Alhamdulillah seronok sangat dapat masak untuk mak abah.