Monday, July 6, 2015

Kuih Raya : Famous Amos Choc Chip Cookies

Assalamualaikum...

Pagi ahad semalam sempat la buat 2 cookies.
Choc chip cookies & almond london yang x sempat nak salut coklat lagi.
Malam sebelum tu, siap2 letak segala tepung dlm bekas.
Senang sikit nak buat kerja.
Pantas jer.

Biskut ni senang sangat.
Xde mixer pon boleh buat.
Tapi oven kena la ade ye.


Xyah terap bagai. Sudu2kan jer.
Dapat 1 tupperware besar ni. 2 adunan.

Jom tengok resepi.

Biskut Famous Amos, 

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract


Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 


Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Lepas je choc chip ni (jap je buat choc chip), uli lak almond london versi bulat.
Malas nak buat lonjong tu.
 
Oven ni pon senang. Sekali masuk 2 tray terus. Cepat jela bakar.
Belum sempat salut coklat & tabur almond nibs.

Maybe hari lain kot.
Tu pon Ayman & Ayna duk ngadap dah.
Kata sedap.
Bila berbuka try 1 memang sedap.
Maybe sebab dalamnya ada nestum, wangi lak tu.
Serius memang x pakai resepi lain dah pasni.
Nanti sy share ye bila dah siap salut coklat semua.

No comments: