Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Throwback - Kenduri 10.10.2015

Assalamualaikum..

Just nak share gambar kawin kenduri anak buah suami.
10.10.2015.
Jom layan.
Theme : Purple
My outfit : From Nile.com RM79.90

Bangun awal, siap mandi terus tido.
Entrance.
Doorgift counter.
Posing ala2 model babywearing gitu.
Family pic.
Family pic
Family pic


Wednesday, October 21, 2015

Ayman & baking

Assalamualaikum...

Last weekend hari tu, ajak ayman buat muffin choc.
Excited sungguh dia.
Semuanya dia yang buat.
Saya cuma sediakan bahan2 & instruct saja.
Ada la tolong sikit2.

Dia memang suka la baking2 ni.
Hari tu dia cerita buat cornflakes madu kat sekolah.
Pastu dia duk ulang makan muffin choc tu.
Tapi memang sedap pon kan ayman.

Ni resepi saya guna. 1 resepi dapat 12 cup muffin.

1 cwn self raising flour (alternative : 1 cwn tepung gandum + 1sk baking powder + 1/2 soda bikarbonat)
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cwn air sejuk (peti ais)
1 cwn gula perang
1 sk esen vanila
1/2 sk coklat emulco
1/2 cwn minyak jagung (atau minyak masak)
1 sk cuka (atau jus lemon)

Cara saya:
Campurkan semua bahan, mix guna mixer sampai sebati je.
Pastu terus letak dlm cawan muffin 3/4 penuh.
Bakar suhu 180, dalam 20 minit mcm tu dah siap sebab muffin/cupcake jap je masak.
Tak sama mcm kek besar tu,lama sikit.

Thursday, September 3, 2015

rANDOM PHOTOS-sEPTEMBER COMES

Assalamualaikum...

Jom layan random photos.
Malas nak taip pjg2.

Breakfast weekend.
Pokok bunga2.
Haipp main masak2 nampak.
Cantikkan  cermin dapur.
Berminggu baru siap 1 bantal. Phew
Tido ade style.
Baby peas- solid food ayzad.
Bekalan ayman ayna.
Bekalan ayzad. Pasta sup + pisang.
Bekalan ayzad - bubur ayam + bayam merah+ carrot + cauliflower. Desert : cous cous with apple puree.
Terjebak - AJ bawal GL
Stok ayam homemade.
Pearl grass.
Hatimu hatiku jua (tgk bentuk pokok tu)
Pokok bunga favourite.

Monday, August 24, 2015

LAST WEEK RANDOM PHOTOS

Assalamualaikum...

2 hari cuti hujung minggu macam tak cukup kan?
Syoknya kalau dapat duk rumah jadi suri rumah sepenuh masa + jaga anak2 + berbisnes dari rumah.
Berangan je mampu.
Keh3.

Suka sgt la bergayut kat pagar tu!!
Kasut yg x tahan tu!!!
Muka senget minah ni.
Gini la rutin tiap2 pagi bekerja.
Bekalan si kecik 7 bulan : Bubur nasi + carrot + serbuk bilis. Pisang just lenyek dgn air susu je.
Time rajin, semua dapat bekalan. Frozen food je.
Oat + kurma. Puree pear.
Gadget terbaru yang lama dalam wishlist. Dapat la jahit sikit2. Cara pakai sama je mcm mesin jahit singer tu.
Sabtu petang : membeli pokok di Sg Buloh. Ahad duduk rumah sepanjang hari.
Antara tangkapan selain batu2 hiasan, step stone. Nanti sy update taman mini kami ye.
Breakfast pagi ahad ala2 raya : ketupat + rendang dagign + serunding + kuah kacang.
Budak tecik selsema, sapu Vivix sikit bagi hidung tak berhingus sangat.
Keledek manis lagi minggu ni.
Ni hasilnya : Kuih keria salut gula icing. Keledek lenyek utk si kecik.
Bubur cha cha pon sempat jugak buat. Request anak2.
Ayman VS Ayzad.
Makcik pakai tudung hisap susu botol lg ke?
Baca sendiri la menu apa. Malas nak tulis.
Anak dara sorg.
Comey?
Si bam bam.

Tuesday, August 11, 2015

I'm supermommy

Assalamualaikum...

Bertemu kembali.
Schedule agak tight sekarang, rutin pon berubah sikit bial en suami dimasukkan ke wad.
Semoga cepat sembuh ye en suami.

Start admit on 8th August.
Padahal malam sebelum siap2 beli brg nak buat breakfast nasi lemak.
So, pagi mmg buat nasi lemak bekalkan ke hospital.
Lontong pon buat jugak.
PAgi tu jgk, siapkan 1 dinding kat area dining..pasang wallpaper Kaison..
Harga segulung RM19.90

Husband kene kuarantin dlm Isolation room.
Waiting for more blood tests.
Xmau sedih2.
Kita happy2 je ye dik walau dalam hati risau + sedih jugak.
Sapa tak sayang laki oi.

Malam tu sempat jugak g beraya rumah jiran sebelah walau tanpa suami.
Tunjuk muka sekejap & kenal2 sikit.

9th August - hari kedua en suami admit to ward.
Malamnya tayar kereta lak pancit.
Alhamdulllah ade kwn & jiran2 yang prihatin tolong.
Mula mcm nak nangis je sebab time2 en suami xde, taya kereta pancit.
Dengan askar 3 org.
Alhamdulillah Allah mudahkan jalan.
Syukur.

10th August - Amik cuti.
Hantar anak2 ke rumah pengasuh + sekolah.
Settlekan tuka taya bocor.
Pergi giant beli stok buah utk baby Ayzad.
Balik rumah, masak lunch + dinner.
To do list tu semua berjaya settlekan kecuali item no 8 - iron baju kerja x sempat nak buat.
Anak2 xde, sempat la ibu kemas ruang kabinet bawah sinki.
Lama dah tertangguh.
Alhamdulillah.
Puree untuk baby Ayzad.
Senang sikit urusan ibu setiap hari.
Jimat masa.
Puree ni if frozenkan tahan sebulan.
If chiller je, tahan 3 hari.
Petang amik anak2, then terus bawak ke hospital.
Macam biasa, bising mulut budak2 ni bergaduh.
Ada masa baik, ok la.

11th August - ibu back to work.
Be strong & bertabah ye ibu.
Nak kene berdikari.
Ayman banyak tolong ibu masa ayah xde.
Yes, memang Ayman ade ciri2 ringan tulang.
Empati dia ni pon tinggi sangat.
Blessed.
Ni buktinya.
Sampai strap SSC tu pon Ayman tolong bukak.
Sweet kan?
Ibu is melting.

Ok, now jom tengok random photos sepanjang last week.
Tittisan emas- 1 sesi setiap 1.
Puree sweet potato.
Barley + kurma
Kentang putar versi baby + kuah kurma
Ayman @ school 1
Ayman @ school 2
Ayman @ school 3
Ayman @ school 4