Sunday, September 4, 2011

SALAM AIDILFITRI


Salam Aidilfitri,
Lama sungguh x update  blog ni..tp blog lg 1 tu update la jgk..


Tahun ni turn beraya di Alor Setar, kena pulak cuti lama..hua nak nanges...
Tapi xpela...so far ok je kot...

Alhamdulillah rezeki tahun ni lebih sikit..berkat x tido malam menyiapkan tempahan kuih raya & kek...hasil keuntungan pon ada la nampak..mmg lama dah niat nk beli sesuatu utk diri sendiri bila ada untung lebih sikit...walaupun kecil saje tp mmg puas hati bila beli dgn hasil titik peluh sendiri...alhamdulillah tercapai jgk hajat di hati...

Dan alhamdulillah jugak, dapat jugak bonus dari bos..yg ni mmg x harap sgt pon pada mulanya..sebab blm cukup setahun pon kerja..tp rezeki Allah nk bg...syukran2...

Raya tahun ni cukuplah 2 pasang baju sy utk sy....baju kurung la...ingat nk beli lg 1 tp xde masa..tu pon semua beli yg dah siap...tudung aje last minute carik..baju raya ayman lak baju kasual saje dah 5 helai...baju melayu 1 helai..beraya sakan no ayman...hehe

Raya Pertama:
Xde pegi mana2 sgt pon...just duk rumah je kot tunggu org dtg umah...


Raya kedua:
Ada la jln2 ckit umah kwn2...pastu siap singgah Tesco..hahaha


Raya ketiga:
Tak g mana pon...ayman berkemeja tp sy x snap gmbr?aish....mlm br pegi open house umah abg ipar my hubby...

Raya keempat:
Misi mencari 'sesuatu' berjaya....hehehe alhamdulillah.
Ptg bergerak ke Sg. Petani, rumah kwn hubby.
Then terus ke Kuala Kedah, rumah BIL...buat mkn2
Dan sekali lg ibu lupa snap gmbr ayman..aigoo

Raya kelima:
Duk dirumah...mengasuh ayman yg semakin 'buas'.....dah pandai mengamuk lak tuh...pening ibu....kalo kat rumah sendiri, mmg dah kena mrh dah ayman ni....tp sbb umah MIL kena ctrl ckit....huhuhu




Raya keenam:
Plan nak gerak ke Tanah Tinggi pulak...
hehehe....makan angin utk 2 hari sblm get back to work....

Coret2 Aidilfitri 2011:
1. Ada buat kek lapis evergreen tp manis sgt...& lupa jugak utk snap pic.
2. Bwk balik kuih raya, alhamdulillah semua dah habis.
3. Tinggal poser sehari jer...hehe suspen je ingatkan ayman nk dpt adik...kuang3
4. Ramai org ckp sy makin kurus..erk penat buat kuih kot...plus puasa lg kan..bertambah la slim pinggang ni...tp bkn slim lg dah..mcm kerempeng pon ade...huhuhu sila tambah berat badan anda....xde la mcm bini Popeye nnt....huhuhu


Tuesday, August 2, 2011

Coretan 1st day Ramadhang

Salam Ramadhan,


1st day puasa alhamdulillah..everything went well...


Caption: Lauk ayam masak madu (silap paham, hubby request ayam masak merah..next time k), ayam goreng berrempah, sayur kacang buncis goreng, air sirap selasih dan kuih2 beli kata bazar (lopes, karipap,keria, puteri ayu, roti jala dgn kuah durian & kari)
Nila lauk berbuka smlm..nasi & lauk masak sendiri..cuma beli kuih-muih je kat bazar ramadhan dkt2 ngan umah..habis rm6 utk kuih jer..& semuanya habis..termasuk ayman sekali makan...ayman kuat mkn skrg..hehehe


Alhamdulillah puasa kali ni rileks sikit...balk pon kul 4.30pm..x macam keje kat JB dulu...blk kul 6pm..mana smpt nk prepare ape2...syukur2 dgn keadaan skrg..


Dan alhamdulillah br je smlm dpt repeat order cheese tart lg...kali ni 400pcs utk raya...dan sgt seronok bila dpt repeat order..that means org suka la dgn kerja tangan kita...alhamdulillah thank you Allah..


Pagi td, hubby request nk mkn nasi goreng..so buat la nasi goreng utk sahur..siap puji kata macam kedai punya...hehe kembang sekejap...ayman pon dapat la bekalan ckit nasi goreng & ibunya rajin la rebus telur potong slice..letak sekali dlm bekal...hehe tgh rajin walaupun mata ngantuk...


Tapi rajin pon bersebab jugak..sebab nk bakar kek yg org order..insya-Allah esoknya customer nk pick up kat area opis..senang kije...xyah nk deliver2 bagai..penat la pose2 nk deliver2..kalo deliver kena charge ckit la...biasa la kan...


Weekend ni nk try biskut baru..nk menghabiskan stok walnut yg nk tamat tempoh tgh bln ni...ada sape2 nk walnut?xtau dah nk watpe...hr tu dh buat carrot cake tp x hbs2 jugak walnut tu...grr...


Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, July 11, 2011

Salam,



Lama dah x update cerita daMk kecik kesayangan sy..wow baru melepasi minggu yg sgt bz..bz dgn tempahan dan hal2 lain...huhuhu rasa cam x cukup masa..tambah pulak dgn cuaca x menentu..musim flu pon dtg..sy pon terkena la tempias flu..sakit tekak yg perit sgt smpi batuk pon mcm batuk kokol..uish ngeri je kalo dgr...takut je jangkit kat ayman...tp last week ade jugak dgr ayman batuk mlm2..risau ckit..now i've recovered even not fully recovered la..masih rasa sakit tekak ckit2..tp tetap jugak degil nk minum ais...hahaha



Ayman baru je genap usia setahun 6 bulan..maknanya kena injection yg last la kan?tp blm pegi buat lg...



Nila gmbr terbaru ttg ayman..berat skrg 8.5kg je..aktif sgt2...berikut apa yg ayman pandai buat:
1) bila org azan, ayman ikut Allahuakbar
2) nmpk dak kecik atau binatang yg comel,sebut baby even tgk muka sendiri kat cermin
3) sgt suka tlg ibu ber'kemas'
4) pandai ikut perkataan yg slalu dia dgr. Cthnya dah, sedap,xde, amin, betul3 n lain2
5) pandai rukuk,sujud, angkat takbir n qiam..with his own style
6) pandai request brg smbl tunjuk brg yg dia nl n ckp tu....



Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, July 5, 2011

Sarapan omputih

Salam,

Pg td smpt siapkan spageti dgn sos prego..ada sos prego sng ckit keje..just didihkan n tmbh daging cincang n cendawan butang je....jd la spageti....sng kn?



selain spageti,smpt jgk bli roti bakar n teh ais utk sarapan..uik byk beno melantak.maklum la smlm pose...hr ni bls dendam le...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, June 20, 2011

Sepetang di Tasik Kelana Jaya

Salam,

Weekend hr sabtu ptg, after pg klinik we went to tasik kelana jaya. Pg klinik sbb ayman dmam n ibunya sakit bahu dh 2 minggu....

Sampai je,dgr bunyi mcm kereta F1 tp bila tgk rupanya ada org main remote ctrl boat..syok jgk tgk tp syg x dpt nk upload video..pehal ntah?nnt dh dpt,sy upload ye...



So,lyn jela ayman nk main kt playground..n ayman sgt suka la dpt main....ramai jgk org sbb ada hari keluarga dkt stadium...so mmg penuh tmpt tu



Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, June 8, 2011

Kebahagiaan di tangan anda

Salam,

Di surau,waktu berdoa lepas solat,tetibe terfikir..utk bahagia,sbnrnya x perlulah mengharap org lain bw dtg kebahagiaan pd kita...walaupun perasaan utk dibahagiakan ada pd semua org, tp hr ni sy mau cuba berfikiran positif.

Bahagiakan diri sendiri dgn apa yg membuat anda bahagia.cthnya sy suka masak dan sy rasa bahagia kalau berjaya mencuba resepi baru.dan sy rasa sgt bahagia tgk ayman membesar dpn mata sendiri...

So,marilah berfikiran positif.

P/s: ada sesapa nk g cameron?sy nk pg dgn ayman je.xda teman.ajak ayh ayman xnk,dah offer byr separuh pn xnk.kalo free,nk la kot.huhu....kesian sy n ayman......
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, June 6, 2011

Choc moist cake

Salam,

Order from Rozi,my officemate.
Choc moist cake with choc topping.
Tp cake ni akhirnya buat mkn2 je kat umah sbb dia MC seminggu.huhu xper la

Published with Blogger-droid v1.6.8

Tanggungjawab suami isteri

1) TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI


Suami adalah merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :


i. Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.


ii. Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :


a. Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.


b. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :


“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”


iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:


“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”


iv. Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.


v. Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.


vi. Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)



Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :


1. Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya. Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya. Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”


2. Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.


3. Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.


4. Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:


“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”


5. Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.


6. Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.


7. Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.


8. Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).


Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.



2) TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI


Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Sesungguhnya tugas seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”


(Hadis Riwayat At-Turmizi)



Antara tugas isteri ialah :


1. Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam sebarang hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.


2. Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara yang mengenai hubungan kelamin, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.


“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.”


(Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)



3. Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata yang menunjukkan kedurhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, mengomil (berleter) atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.


4. Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah curang seperti rasuah, curi, rompak dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:


“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”


(Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah)


5. Minta keizinian suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:


“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”


6. Hendaklah memelihara harta benda dan rumahtangga supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu harta benda suaminya kepada orang lain tanpa izinnya.


7. Segera meminta maaf apabila terlanjur mendurhaka kepada suami sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah SAW menurut sepotong hadis yang bermaksud:


Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah SAW dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah SAW: “Kenapa wahai anakku, Fatimah?” Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marah anakanda, anakanda menyesal kerana sebab mulut anakanda itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah ia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”. Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.


8. Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan harta yang diberikan bapanya sambil mengecilkan pemberian dari suaminya, serta berkata,”Apalah yang awak boleh berikan kepadaku dan tengok ini, itu dan sebagainya semuanya bapa berikan kepadaku”, isteri yang bersikap demikian terhadap suaminya. Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”


9. Hendaklah isteri memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”


10. Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai ke dalam rumah. Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


11. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :


a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)


Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah SWT kepada seorang isteri yang solehah. Apabila suami dan isteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing maka lahirlah rahmat dan kasih sayang yang akan menghasilkan kebahagiaan bersama seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya, maksudnya:


“Dan di antara keterangan tanda-tanda Allah bahawa ia menjadikan isteri dari kamu untuk kamu tinggal bersama dalam keadaan kasih sayang, cinta mencintai serta mendapat kerahmatan, sesungguhnya tentang yang demikian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT bagi kamu yang mahu berfikir.”


Apabila tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan maka di sana ada pula tanggungjawab bersama yang mesti diawasi dengan rapi yang juga merupakan factor-faktor penting dalam mewujudkan rumahtangga bahagia, antara lain:


i) Anak-anak yang didapati hasil dari perkongsian hidup suami isteri hendaklah diberi pendidikan yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan akalnya atau dalam erti kata yang lain ditanam dalam dirinya iman dan takwa menjalani hidup di dunia ini.


ii) Hendaklah masing-masing menghormati orang tua kedua belah pihak sekiranya mereka masih hidup.


iii) Hormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana sekiranya suasana di dalam rumah penuh harmoni tetapi dengan jiran bermusuh, kebahagiaan tidak juga terlaksana dengan sempurna. Sebab itu baginda Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa antara syarat kebahagiaan seseorang anak Adam ialah jiran yang soleh (baik).


Salam,
aik salam kat bwh la pulak yer..saje jer letak post tu dulu sbg intro...mesti bosan kan duk bace pasal tanggungjawab suami isteri jer..dah jd suami isteri kene refresh la blk ape yg patut dan x patut dilakukan oleh suami isteri..peringatan utk diri sendiri jugak...

Jom citer pasal tanggungjawab suami dulu..ini cuma pandangan sy berdasarkan pengalaman keluarga, kwn2 dan jugak diri sendiri...sy yg serba jahil ni cuma beri sedikit pandangan yg sy rasakan wajar..kalau x wajar, boleh suarakn kritikan @ apa saja komentar...sy sedia mendengar supaya sy lebih terbuka mengatakan isu2 ini...

Suami diciptakan sbg pemimpin...dan dah tentulah suami itu seorang LELAKI..dan bila bercakap tentang lelaki especially typical malay men, rasanya semua org tau kot...sikap EGO lelaki ni mmg sukar dijangka...kalau boleh dalam semua hal lelaki nk MENANG walaupun secara teraang lg bersuluh salahnya lelaki itu..dan dr pengalaman sy, lelaki yg egonya kuat..tidak aakn pernah menerima teguran/pendapat dr kaum wanita walaupun wanita itu isterinya sendiri..lelaki lebih suka terima pakai nasihat/teguran dr sahabat lelakinya (yg 1 kepala dgnnya) dan ahli keluarganya sahaja..walaupun kdg2 pendapat si isteri lebih munasabah dr pendapat2 yg lain2nya...

Sy pernah mengalami satu situasi di mana sy memberi pendapat tp diperlekehkan oleh manusia bernama lelaki..tetapi apabila pendapat yg sama keluar dr mulut sahabat@ahli keluarganya barulah dikatakan betul pendapat itu...dan bermulalah sesi dolak dalik yg sy tidak pernah mewar2kan pendapat itu..apa perasaan anda jikalau anda berada d tmpt sy????bkn sekali, tp berkali2....

Memberi nafkah kpd istgeri juga salah satu tanggungjawab asas yg suami perlu tahu dan ambil tahu..bkn tahu saje tp buat2 x tahu....nafkah zahir termasuk la tempat tinggal, makan dan pakai sekadar mampu...yer sekadar mampu...tp ada jugak suami yg xde perasaan mengatakna isteri menumpang di rumahnya kerana tidak membayar sesen pon sewa rumah yg diduduki bersama..Islam dah terang2 mengatakan tmpt perlindungan yg kita panggil rumah di bwh tanggungan suami...itupun kalau suami mampu....tapi kalau yg mampu pon mengeluarkan ayat sebegitu rupa, apa nak jadi dgn umat Muhammad skrg ni?tidak belajar agamakah?atau diri sudah bertuankan duit lebih dr segalanya....itu belum masuk bab mkn dan pakai...sy diajar oleh mak sy supaya tidak meminta2 dgn suami..dan sy praktikkan bila dah bergelar isteri..mmg itulah prinsip sy..x suka meminta2 dr sesiapa pon...selagi sy boleh berdikari, sy akan usahakan...lain la kalau dah x mampu bekerja spt 2 thn lepas sewaktu mengandungkan ayman...sy melalui saat susah waktu itu...dgn tekanan dr keluarga sebelah sana yg asyik bertanya bila nk keerja...owh alhamdulillah skrg dah punya kerjaya, dan soalan itu dah xde terpacul dr mulut mereka....alhamdulillah walaupun gaji x sebanyak mana tp at least sy boleh membayar hutang2 sy..x perlu bergantung pd org lain..dan at least sy boleh tutup mulut mereka yg asyik bertanya bila sy mau kerja...soalnya rezeki itu bkn di tgn sy...rezeki di tgn Allah...dan sy cuma mampu berusaha, berdoa dan bertawakal..yer sy tidak duduk diam sepanjang sy tidak bekerja...

Pernah suatu ketika, dlm sarat mengandung sy naik bas dr mersing-KL semata2 utk hadiri interview kerja...dan bln tu bln puasa...masa tu naik bas kat Pudu..tau jela keadaan pudu mcm mana..dan sy mmg lemah sepanjang mengandungkan ayman...bayangkan sy dihantar cuma sampai ke tepi jalan di bwh Pudu..dan perlu menapak naik jejantas utk sampi ke stesen bas..dgn bawak beg dua2 belah tgn, sy hampir pengsan bila sampai di stesen bas..terduduk sekejap sy di situ...nasib baik sy x pengsan kat ctu...tp sy x bgtau sape2 sbb xnk susahkan org....walaupun org itu adalah suami sy sendiri...yela, bila dihantar smpi ke bwh saje sbb x sanggup nk byr parking, paham2 saje la kan...

Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab. Ini yg paling byk berlaku kat luar sana.macam2 kes..sy pon jd gerun dgn fenomena spt ini..pukul isteri dan jd mcm 1 fenomena biasa..lg sekali tak belajar agamakah mereka2 ni?dalam Islam dah digarioskan memukul dibolehkan tp jgn smpi memudaratkan isteri...ini kalau dah samapi lebam2 & sakit badan apa kejadahnya kan?kalau dah xde rasa sayang pon, xde ke belas kasihan sbg seorang manusia kpd manusia lain?dan apa perasaan ibu bapa isteri kalau dpt tau anak mereka diperlakukan sebegitu rupa sedangkan mereka sendiri tidak pernah melakukan sedemikian?pukul n cubit tu pernahla utk mendidik anak tp xde la smpi memudaratkan kan?berpada2 la wahai lelaki yg dilahirkan sbg khalifah....

Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut. Kalau anda nk isteri hormatkan anda, silalah hormat isteri anda juga. insya-Allah aman rumahtangga...tunjuklah contoh yg baik & bimbinglah isteri...kalau diri sendiri x terbimbing ke jln yg benar, what you expect from your wife?????

Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja. Yg ni pon satu hal...byk lelaki di luar sana suka ambil mudah.isteri bknlah org gaji anda..bila isteri penat melakukan kerja rumah, hargailah dia..dgn perhatian & penuh kasih sayang..isteri x minta byk..bila isteri penat melakukan kerja yg x pernah habis di rumah itu, bila suami puji @ tolong ckit2, sejuk hati isteri...

Uhh sudah penat menulis..take a break....

Saturday, June 4, 2011

Fenomena baru setiap ptg hr bekerja

Salam,

Lama x bersua di laman maya ni kan?hehe xde citer terbaru...just biase2 jer....

Cuma skrg ni kecoh dgn fenpmena Nora Elena...haha....syok jgk lyn citer ni smbl berangan nk dpt suami mcm Seth Tan....haha ade ke lelaki mcm tu...x penah jumpa lg....opps dah kawin xleh berangan lebih....hehe

Even pelakpn watak Seth, Aaron Aziz pon mengaku dia bknlah spt Seth...petik ckit ayat dia dlm facebook yg berbunyi;

"i'm nothing like Seth Tan & sometimes i wonder ada ke lelaki mcm tu".....

See....ini menunjukkan citer x lebih dr sebuah fantasi yg digarap dgn penuh emosi & dramatik oleh penulisnya....kan?namun realiti x seindah fantasi...especially for a typical malay men....yup based on experience yg br sethn jagung ni,dah tau sgt sikap lelaki melayu....

Anyway, esok ade wedding di bentong...boleh lari jap dr hiruk pikuk kota...yes time to jln2...hrp2 esk x brape pns....hehe
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 27, 2011

Rasa nk bercuti

Salam,

Sgt jeles tgk org pg jln bercuti dgn family..lama jgk x holiday..huhu plan nk g cameron nmpknya terkubur mcm tu jer...huhu

If pg bercuti,dptla spend ms yg berkualiti kat tmpt yg x sibuk mcm KL ni..huhu bosan..asyik ngadap bangunan,kete2..nk pemandangan yg indah pulak....bole x?

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 26, 2011

Restoran Pak Mal

Salam,

Mlm td pg anta cupcakes ke sentul,pastu terus pg seksyen 10 s.alam utk amik polisterin yg order jeli kelapa hr ahad lps..kene amik mlm td sbb mlm ni dah bz..

Pastu dkt2 situ ada restoran Pak Mal..so mkn mlm kat ctu jer..

Tgk la aksi ayman minum air jus epal with asam boi..mmg sedap banget..



Sempena dpt sedikit untung,blanje la mkn mlm td.ingt nk masuk tabung je duit untung tu..kuang3 xpe2 ada lg rezeki pasni..insya-Allah

Wednesday, May 25, 2011

Minggu yang sgt memenatkan

Salam,

Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah bg walaupun badan penat ckit & x cukup tidur...huhu mlm td tdo brapa jam je..tu pon tdo jap2 time menyusukan ayman..byk kali pulakayman bgn terjaga minta disuakan susu..so time tu rehat jap...& pg td lepas subuh br sy tdo...boleh je nk tdo lg awal..tp gagahkan diri jugak kemas & basuh segala kelengkapan yg pakai time buat cupcakes...utk tgk gmbr sila pergi ke blog lagi 1 yer sbb tuan rumah dah mls nk mengupdate gambo..

Last weekend, siapkan 100pcs cheesetart & jeli kelapa...lepas pd tu buat preparation beli brg2 utk triffle order utk hai sabtu ni..maka mlm ni sy akan mengabdikan diri di 'baking station' sy utk membakar sponge cake utk dibuat triffle..actually boleh je nk bli yg dah siap, tp costing la...utk 500pcs triffle kalau beli swissroll @ sponge cake kat luar mmg untungnya ciput jer...biarla penat sikit, utk dapat lebih ckit..huhuhu skrg pon masih terfikir2 brape biji sponge cake kah yg sy perlu bakar..hahaha adakah sy akan tdo lepas subuh lg pg esok?hehe same2 la doakan supaya berjalan lancar aje kerja baking sy mlm ni...

Owh mesti kene start lewat ckit..nk p anta cupcakes ke Sentul..pastu rasanya nk pg amik polisterin dr Ellie utk guna jumaat mlm..owh i'm so busy this week..tulun2....

Saturday, May 21, 2011

Tart shell

Salam,

Pg td prepare tart shell utk esoknye order..skrg otw pg bli brg2 bakery. ptg ni akn bz ckit.alhamdulillah rezeki dr Allah
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, May 18, 2011

RED VELVET CAKE

Salam,

Ptg smlm smpt buat RVC ni spt gmbr di atas..Actually mr hubby request carrot cake tp nenas dlm tin xde,so suggested to make RVC..if nenas xde,sy rs carrot cake xkn sedap..hehe

Since semua bhn ada,trus start baking..sng je buat..and unik pulak tu..warna merah..rasanya unik maybe sbb guna buttetmilk and struktur lembut aje..

X smpt buat cream cheese topping tp x smpt..pns2 kuar dr oven trus potong..pg ni pon smpt bekalkan ayman dgn sebekas kek ni sbb ayman suka jgk..kalu ade cream cheese mesri lg sdp kan..hehe xpe next time pulak
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 12, 2011

Monday, May 9, 2011

My first tiramisu cake

Salam,

This is my first tiramisu cake..yes menjadi jugak..

So,officially tiramisu will be yuliezbakery's product
Published with Blogger-droid v1.6.8

Ayman's play day

Salam,

Hari sabtu tu sbb bosan dh breakfast kat tmn medan,ktorg pg smpi s.alam utk breakfast..n tetibe unplanned lak pg smpi ke bukit naga..tgk2 tapak jer..huhu

Pastu melencong ke jusco bukit tinggi d mana ayman dpt main 3 mainan..n i saw ayman felt very happy n enjoyed..he's smiling all the way..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 8, 2011

Menggoreng pisang bukan satu keje mudah bila.........

Salam,

Sempat buat pisang goreng utk minum ptg ni..mungkin kerja menggoreng pisang bkn kerja yg susah utk makcik yg dah biasa jual pisang grg..dan juga surirumah yg xda anak kecik..so utk yg ada ank kecik mcm sy ni,amatlah susah bila si kecik mengacau di dapur..ditambah pulak bila si kecik meraung2 minta didukung..dan si kecik xnk dgn org lain..sape je ada kt rumah kn?

sian ayman..kdg2 terabai bila ibunya sibuk buat kerja rumah n sibuk di dapur..tu la cabaran bila ada ank kecik..yg si ayah tu paham2 la ckit..xkn nk melekat je dpn tv dpn pc atau dpn suratkhabar..same2 la bertanggungjawab kan?

sian ayman berpeluh2 kat dapur..

Saturday, May 7, 2011

My first sponge cake

Salam,

Ptg ni smpt buat sponge cake..this is my 1st try doing the sponge cake..my plan is tp make tiramisu which i have all the ingredients ready in my fridge..lgpon teringin nk mkn tiramisu buatan sendiri..kalu menjadi dan sedap, insya-Allah akan menkadi menu terbaru yuliezbakery..

Ingat nk buat red velvet tp x ada satu bhn iaitu susu segar..jom lyn gmbr cake yg br kuar dr oven..pns lg..next time kt try red velvet n macaron..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 6, 2011

Menu mlm ini

Salam,

Mlm ni smpt msk asam pedas johor, sotong n udang goreng tepung..assm pedas x ltk daun kesum sbb pg kdai dah waktu ptg,so daun dah layu..ni pon blm mkn tggu husband x blk2 lg..tp dah siap suap ayman..byk pulak ayman mkn..

Grg udang n sotong x guna tepung goreng segera sbb dh hbs pastu g kdai terlupa nk bli..solutionnya guna tpg jagung n ltk cukup rasa..x yah celup telur..rangup n sdp..grg udang 3 ekor..ayman mkn smpi 2 ekor..suka sgt dia mkn udang..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

Cekodok udang

Salam,

Sejak akhir2 ni byk pulak gmbr mknn dlm blog ni kan..hehe maklumla tuan pny blog tgh gila mkn skrg ni walaupun bsn x naik2..ye ke x naik?dah lama x timbang..yela kot sbb sume org ckp sy kurus..kalau xde problem mmg selera brtmbj..huhu syukur dpt nikmat mkn lg..

Berblk pd tajuk blog kita hr ni,cekodok or we call it jemput2 udang is 1 of my mom's cooking yg sy x blh resist..sgt sdp n the sauce also mmg x jumpe kt tmpt lain..nnt nk korek resepi.hr tu ada jugak tny.my little bro pon tau buat jgk..walawei
Published with Blogger-droid v1.6.8

Hasil tangkapan

Salam,

Tgk tajuk mcm sy dpt tangkapan apa je kan..hehe yg sy nk cite tangkapan ikan oleh dah tentunya bkn sy tp abah sy..

Di usia dah cecah 52 tahun,abah masih kuat dan berdaya utk pegi laut..alhamdulillah kali ni byk tangkapan..dan secara x langsung dpt la sedikit bekalan utk dibawa balik spt gambar tertera..ada ikan cermin,jemuduk,cencaru,sotong,udang n scallop @ kekapis @ ktorg pggl siput shell..

Dpt la jgk sedekah pd pengasuh ayman seoaruh dr bekalan tu dan jugak keropok kering 2 bungkus..in return,pengasuh ayman bg mangga..hehe best2 alhamdulillah rezeki..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 1, 2011

Ayman demam

Salam,

Kesian ayman..sejak pg sabtu lg bdn ayman panas.mana x nya,ibunya bgn kul 3.30am utk kms beg,dia pon ikut bgn jgk..itulah anak kesayangan sy,apa sy buat semua dia nk buat jgk..mungkin ayman ada tokoh jd pembantu sy yg setia.maksud sy,mungkin ayman akn sentiasa ada disisi sy bila sy perlukan..hehe am i expecting too much from my little boy?hehe :p

Dlm keadaan demam pon,smpt bwk ayman pg taman mainan.tu pon bila tgk keadaan dia dh brtmbh ok..seronok dia dpt main..

Harap ayman ok pasni..kesian dia adyik merengek je.mkn ubt pn sgt susah..huhu sedih sy tgk ayman..

Published with Blogger-droid v1.6.8