Monday, June 6, 2011

Choc moist cake

Salam,

Order from Rozi,my officemate.
Choc moist cake with choc topping.
Tp cake ni akhirnya buat mkn2 je kat umah sbb dia MC seminggu.huhu xper la

Published with Blogger-droid v1.6.8

Tanggungjawab suami isteri

1) TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI


Suami adalah merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :


i. Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.


ii. Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :


a. Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.


b. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :


“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”


iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:


“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”


iv. Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.


v. Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.


vi. Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)



Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :


1. Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya. Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya. Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”


2. Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.


3. Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.


4. Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:


“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”


5. Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.


6. Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.


7. Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.


8. Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).


Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.



2) TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI


Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Sesungguhnya tugas seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”


(Hadis Riwayat At-Turmizi)



Antara tugas isteri ialah :


1. Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam sebarang hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.


2. Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara yang mengenai hubungan kelamin, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.


“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.”


(Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)



3. Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata yang menunjukkan kedurhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, mengomil (berleter) atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.


4. Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah curang seperti rasuah, curi, rompak dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:


“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”


(Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah)


5. Minta keizinian suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:


“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”


6. Hendaklah memelihara harta benda dan rumahtangga supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu harta benda suaminya kepada orang lain tanpa izinnya.


7. Segera meminta maaf apabila terlanjur mendurhaka kepada suami sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah SAW menurut sepotong hadis yang bermaksud:


Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah SAW dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah SAW: “Kenapa wahai anakku, Fatimah?” Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marah anakanda, anakanda menyesal kerana sebab mulut anakanda itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah ia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”. Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.


8. Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan harta yang diberikan bapanya sambil mengecilkan pemberian dari suaminya, serta berkata,”Apalah yang awak boleh berikan kepadaku dan tengok ini, itu dan sebagainya semuanya bapa berikan kepadaku”, isteri yang bersikap demikian terhadap suaminya. Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”


9. Hendaklah isteri memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”


10. Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai ke dalam rumah. Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


11. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :


a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)


Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah SWT kepada seorang isteri yang solehah. Apabila suami dan isteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing maka lahirlah rahmat dan kasih sayang yang akan menghasilkan kebahagiaan bersama seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya, maksudnya:


“Dan di antara keterangan tanda-tanda Allah bahawa ia menjadikan isteri dari kamu untuk kamu tinggal bersama dalam keadaan kasih sayang, cinta mencintai serta mendapat kerahmatan, sesungguhnya tentang yang demikian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT bagi kamu yang mahu berfikir.”


Apabila tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan maka di sana ada pula tanggungjawab bersama yang mesti diawasi dengan rapi yang juga merupakan factor-faktor penting dalam mewujudkan rumahtangga bahagia, antara lain:


i) Anak-anak yang didapati hasil dari perkongsian hidup suami isteri hendaklah diberi pendidikan yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan akalnya atau dalam erti kata yang lain ditanam dalam dirinya iman dan takwa menjalani hidup di dunia ini.


ii) Hendaklah masing-masing menghormati orang tua kedua belah pihak sekiranya mereka masih hidup.


iii) Hormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana sekiranya suasana di dalam rumah penuh harmoni tetapi dengan jiran bermusuh, kebahagiaan tidak juga terlaksana dengan sempurna. Sebab itu baginda Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa antara syarat kebahagiaan seseorang anak Adam ialah jiran yang soleh (baik).


Salam,
aik salam kat bwh la pulak yer..saje jer letak post tu dulu sbg intro...mesti bosan kan duk bace pasal tanggungjawab suami isteri jer..dah jd suami isteri kene refresh la blk ape yg patut dan x patut dilakukan oleh suami isteri..peringatan utk diri sendiri jugak...

Jom citer pasal tanggungjawab suami dulu..ini cuma pandangan sy berdasarkan pengalaman keluarga, kwn2 dan jugak diri sendiri...sy yg serba jahil ni cuma beri sedikit pandangan yg sy rasakan wajar..kalau x wajar, boleh suarakn kritikan @ apa saja komentar...sy sedia mendengar supaya sy lebih terbuka mengatakan isu2 ini...

Suami diciptakan sbg pemimpin...dan dah tentulah suami itu seorang LELAKI..dan bila bercakap tentang lelaki especially typical malay men, rasanya semua org tau kot...sikap EGO lelaki ni mmg sukar dijangka...kalau boleh dalam semua hal lelaki nk MENANG walaupun secara teraang lg bersuluh salahnya lelaki itu..dan dr pengalaman sy, lelaki yg egonya kuat..tidak aakn pernah menerima teguran/pendapat dr kaum wanita walaupun wanita itu isterinya sendiri..lelaki lebih suka terima pakai nasihat/teguran dr sahabat lelakinya (yg 1 kepala dgnnya) dan ahli keluarganya sahaja..walaupun kdg2 pendapat si isteri lebih munasabah dr pendapat2 yg lain2nya...

Sy pernah mengalami satu situasi di mana sy memberi pendapat tp diperlekehkan oleh manusia bernama lelaki..tetapi apabila pendapat yg sama keluar dr mulut sahabat@ahli keluarganya barulah dikatakan betul pendapat itu...dan bermulalah sesi dolak dalik yg sy tidak pernah mewar2kan pendapat itu..apa perasaan anda jikalau anda berada d tmpt sy????bkn sekali, tp berkali2....

Memberi nafkah kpd istgeri juga salah satu tanggungjawab asas yg suami perlu tahu dan ambil tahu..bkn tahu saje tp buat2 x tahu....nafkah zahir termasuk la tempat tinggal, makan dan pakai sekadar mampu...yer sekadar mampu...tp ada jugak suami yg xde perasaan mengatakna isteri menumpang di rumahnya kerana tidak membayar sesen pon sewa rumah yg diduduki bersama..Islam dah terang2 mengatakan tmpt perlindungan yg kita panggil rumah di bwh tanggungan suami...itupun kalau suami mampu....tapi kalau yg mampu pon mengeluarkan ayat sebegitu rupa, apa nak jadi dgn umat Muhammad skrg ni?tidak belajar agamakah?atau diri sudah bertuankan duit lebih dr segalanya....itu belum masuk bab mkn dan pakai...sy diajar oleh mak sy supaya tidak meminta2 dgn suami..dan sy praktikkan bila dah bergelar isteri..mmg itulah prinsip sy..x suka meminta2 dr sesiapa pon...selagi sy boleh berdikari, sy akan usahakan...lain la kalau dah x mampu bekerja spt 2 thn lepas sewaktu mengandungkan ayman...sy melalui saat susah waktu itu...dgn tekanan dr keluarga sebelah sana yg asyik bertanya bila nk keerja...owh alhamdulillah skrg dah punya kerjaya, dan soalan itu dah xde terpacul dr mulut mereka....alhamdulillah walaupun gaji x sebanyak mana tp at least sy boleh membayar hutang2 sy..x perlu bergantung pd org lain..dan at least sy boleh tutup mulut mereka yg asyik bertanya bila sy mau kerja...soalnya rezeki itu bkn di tgn sy...rezeki di tgn Allah...dan sy cuma mampu berusaha, berdoa dan bertawakal..yer sy tidak duduk diam sepanjang sy tidak bekerja...

Pernah suatu ketika, dlm sarat mengandung sy naik bas dr mersing-KL semata2 utk hadiri interview kerja...dan bln tu bln puasa...masa tu naik bas kat Pudu..tau jela keadaan pudu mcm mana..dan sy mmg lemah sepanjang mengandungkan ayman...bayangkan sy dihantar cuma sampai ke tepi jalan di bwh Pudu..dan perlu menapak naik jejantas utk sampi ke stesen bas..dgn bawak beg dua2 belah tgn, sy hampir pengsan bila sampai di stesen bas..terduduk sekejap sy di situ...nasib baik sy x pengsan kat ctu...tp sy x bgtau sape2 sbb xnk susahkan org....walaupun org itu adalah suami sy sendiri...yela, bila dihantar smpi ke bwh saje sbb x sanggup nk byr parking, paham2 saje la kan...

Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab. Ini yg paling byk berlaku kat luar sana.macam2 kes..sy pon jd gerun dgn fenomena spt ini..pukul isteri dan jd mcm 1 fenomena biasa..lg sekali tak belajar agamakah mereka2 ni?dalam Islam dah digarioskan memukul dibolehkan tp jgn smpi memudaratkan isteri...ini kalau dah samapi lebam2 & sakit badan apa kejadahnya kan?kalau dah xde rasa sayang pon, xde ke belas kasihan sbg seorang manusia kpd manusia lain?dan apa perasaan ibu bapa isteri kalau dpt tau anak mereka diperlakukan sebegitu rupa sedangkan mereka sendiri tidak pernah melakukan sedemikian?pukul n cubit tu pernahla utk mendidik anak tp xde la smpi memudaratkan kan?berpada2 la wahai lelaki yg dilahirkan sbg khalifah....

Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut. Kalau anda nk isteri hormatkan anda, silalah hormat isteri anda juga. insya-Allah aman rumahtangga...tunjuklah contoh yg baik & bimbinglah isteri...kalau diri sendiri x terbimbing ke jln yg benar, what you expect from your wife?????

Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja. Yg ni pon satu hal...byk lelaki di luar sana suka ambil mudah.isteri bknlah org gaji anda..bila isteri penat melakukan kerja rumah, hargailah dia..dgn perhatian & penuh kasih sayang..isteri x minta byk..bila isteri penat melakukan kerja yg x pernah habis di rumah itu, bila suami puji @ tolong ckit2, sejuk hati isteri...

Uhh sudah penat menulis..take a break....

Saturday, June 4, 2011

Fenomena baru setiap ptg hr bekerja

Salam,

Lama x bersua di laman maya ni kan?hehe xde citer terbaru...just biase2 jer....

Cuma skrg ni kecoh dgn fenpmena Nora Elena...haha....syok jgk lyn citer ni smbl berangan nk dpt suami mcm Seth Tan....haha ade ke lelaki mcm tu...x penah jumpa lg....opps dah kawin xleh berangan lebih....hehe

Even pelakpn watak Seth, Aaron Aziz pon mengaku dia bknlah spt Seth...petik ckit ayat dia dlm facebook yg berbunyi;

"i'm nothing like Seth Tan & sometimes i wonder ada ke lelaki mcm tu".....

See....ini menunjukkan citer x lebih dr sebuah fantasi yg digarap dgn penuh emosi & dramatik oleh penulisnya....kan?namun realiti x seindah fantasi...especially for a typical malay men....yup based on experience yg br sethn jagung ni,dah tau sgt sikap lelaki melayu....

Anyway, esok ade wedding di bentong...boleh lari jap dr hiruk pikuk kota...yes time to jln2...hrp2 esk x brape pns....hehe
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 27, 2011

Rasa nk bercuti

Salam,

Sgt jeles tgk org pg jln bercuti dgn family..lama jgk x holiday..huhu plan nk g cameron nmpknya terkubur mcm tu jer...huhu

If pg bercuti,dptla spend ms yg berkualiti kat tmpt yg x sibuk mcm KL ni..huhu bosan..asyik ngadap bangunan,kete2..nk pemandangan yg indah pulak....bole x?

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 26, 2011

Restoran Pak Mal

Salam,

Mlm td pg anta cupcakes ke sentul,pastu terus pg seksyen 10 s.alam utk amik polisterin yg order jeli kelapa hr ahad lps..kene amik mlm td sbb mlm ni dah bz..

Pastu dkt2 situ ada restoran Pak Mal..so mkn mlm kat ctu jer..

Tgk la aksi ayman minum air jus epal with asam boi..mmg sedap banget..



Sempena dpt sedikit untung,blanje la mkn mlm td.ingt nk masuk tabung je duit untung tu..kuang3 xpe2 ada lg rezeki pasni..insya-Allah

Wednesday, May 25, 2011

Minggu yang sgt memenatkan

Salam,

Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah bg walaupun badan penat ckit & x cukup tidur...huhu mlm td tdo brapa jam je..tu pon tdo jap2 time menyusukan ayman..byk kali pulakayman bgn terjaga minta disuakan susu..so time tu rehat jap...& pg td lepas subuh br sy tdo...boleh je nk tdo lg awal..tp gagahkan diri jugak kemas & basuh segala kelengkapan yg pakai time buat cupcakes...utk tgk gmbr sila pergi ke blog lagi 1 yer sbb tuan rumah dah mls nk mengupdate gambo..

Last weekend, siapkan 100pcs cheesetart & jeli kelapa...lepas pd tu buat preparation beli brg2 utk triffle order utk hai sabtu ni..maka mlm ni sy akan mengabdikan diri di 'baking station' sy utk membakar sponge cake utk dibuat triffle..actually boleh je nk bli yg dah siap, tp costing la...utk 500pcs triffle kalau beli swissroll @ sponge cake kat luar mmg untungnya ciput jer...biarla penat sikit, utk dapat lebih ckit..huhuhu skrg pon masih terfikir2 brape biji sponge cake kah yg sy perlu bakar..hahaha adakah sy akan tdo lepas subuh lg pg esok?hehe same2 la doakan supaya berjalan lancar aje kerja baking sy mlm ni...

Owh mesti kene start lewat ckit..nk p anta cupcakes ke Sentul..pastu rasanya nk pg amik polisterin dr Ellie utk guna jumaat mlm..owh i'm so busy this week..tulun2....

Saturday, May 21, 2011

Tart shell

Salam,

Pg td prepare tart shell utk esoknye order..skrg otw pg bli brg2 bakery. ptg ni akn bz ckit.alhamdulillah rezeki dr Allah
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, May 18, 2011

RED VELVET CAKE

Salam,

Ptg smlm smpt buat RVC ni spt gmbr di atas..Actually mr hubby request carrot cake tp nenas dlm tin xde,so suggested to make RVC..if nenas xde,sy rs carrot cake xkn sedap..hehe

Since semua bhn ada,trus start baking..sng je buat..and unik pulak tu..warna merah..rasanya unik maybe sbb guna buttetmilk and struktur lembut aje..

X smpt buat cream cheese topping tp x smpt..pns2 kuar dr oven trus potong..pg ni pon smpt bekalkan ayman dgn sebekas kek ni sbb ayman suka jgk..kalu ade cream cheese mesri lg sdp kan..hehe xpe next time pulak
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 12, 2011

Monday, May 9, 2011

My first tiramisu cake

Salam,

This is my first tiramisu cake..yes menjadi jugak..

So,officially tiramisu will be yuliezbakery's product
Published with Blogger-droid v1.6.8

Ayman's play day

Salam,

Hari sabtu tu sbb bosan dh breakfast kat tmn medan,ktorg pg smpi s.alam utk breakfast..n tetibe unplanned lak pg smpi ke bukit naga..tgk2 tapak jer..huhu

Pastu melencong ke jusco bukit tinggi d mana ayman dpt main 3 mainan..n i saw ayman felt very happy n enjoyed..he's smiling all the way..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 8, 2011

Menggoreng pisang bukan satu keje mudah bila.........

Salam,

Sempat buat pisang goreng utk minum ptg ni..mungkin kerja menggoreng pisang bkn kerja yg susah utk makcik yg dah biasa jual pisang grg..dan juga surirumah yg xda anak kecik..so utk yg ada ank kecik mcm sy ni,amatlah susah bila si kecik mengacau di dapur..ditambah pulak bila si kecik meraung2 minta didukung..dan si kecik xnk dgn org lain..sape je ada kt rumah kn?

sian ayman..kdg2 terabai bila ibunya sibuk buat kerja rumah n sibuk di dapur..tu la cabaran bila ada ank kecik..yg si ayah tu paham2 la ckit..xkn nk melekat je dpn tv dpn pc atau dpn suratkhabar..same2 la bertanggungjawab kan?

sian ayman berpeluh2 kat dapur..

Saturday, May 7, 2011

My first sponge cake

Salam,

Ptg ni smpt buat sponge cake..this is my 1st try doing the sponge cake..my plan is tp make tiramisu which i have all the ingredients ready in my fridge..lgpon teringin nk mkn tiramisu buatan sendiri..kalu menjadi dan sedap, insya-Allah akan menkadi menu terbaru yuliezbakery..

Ingat nk buat red velvet tp x ada satu bhn iaitu susu segar..jom lyn gmbr cake yg br kuar dr oven..pns lg..next time kt try red velvet n macaron..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 6, 2011

Menu mlm ini

Salam,

Mlm ni smpt msk asam pedas johor, sotong n udang goreng tepung..assm pedas x ltk daun kesum sbb pg kdai dah waktu ptg,so daun dah layu..ni pon blm mkn tggu husband x blk2 lg..tp dah siap suap ayman..byk pulak ayman mkn..

Grg udang n sotong x guna tepung goreng segera sbb dh hbs pastu g kdai terlupa nk bli..solutionnya guna tpg jagung n ltk cukup rasa..x yah celup telur..rangup n sdp..grg udang 3 ekor..ayman mkn smpi 2 ekor..suka sgt dia mkn udang..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

Cekodok udang

Salam,

Sejak akhir2 ni byk pulak gmbr mknn dlm blog ni kan..hehe maklumla tuan pny blog tgh gila mkn skrg ni walaupun bsn x naik2..ye ke x naik?dah lama x timbang..yela kot sbb sume org ckp sy kurus..kalau xde problem mmg selera brtmbj..huhu syukur dpt nikmat mkn lg..

Berblk pd tajuk blog kita hr ni,cekodok or we call it jemput2 udang is 1 of my mom's cooking yg sy x blh resist..sgt sdp n the sauce also mmg x jumpe kt tmpt lain..nnt nk korek resepi.hr tu ada jugak tny.my little bro pon tau buat jgk..walawei
Published with Blogger-droid v1.6.8

Hasil tangkapan

Salam,

Tgk tajuk mcm sy dpt tangkapan apa je kan..hehe yg sy nk cite tangkapan ikan oleh dah tentunya bkn sy tp abah sy..

Di usia dah cecah 52 tahun,abah masih kuat dan berdaya utk pegi laut..alhamdulillah kali ni byk tangkapan..dan secara x langsung dpt la sedikit bekalan utk dibawa balik spt gambar tertera..ada ikan cermin,jemuduk,cencaru,sotong,udang n scallop @ kekapis @ ktorg pggl siput shell..

Dpt la jgk sedekah pd pengasuh ayman seoaruh dr bekalan tu dan jugak keropok kering 2 bungkus..in return,pengasuh ayman bg mangga..hehe best2 alhamdulillah rezeki..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 1, 2011

Ayman demam

Salam,

Kesian ayman..sejak pg sabtu lg bdn ayman panas.mana x nya,ibunya bgn kul 3.30am utk kms beg,dia pon ikut bgn jgk..itulah anak kesayangan sy,apa sy buat semua dia nk buat jgk..mungkin ayman ada tokoh jd pembantu sy yg setia.maksud sy,mungkin ayman akn sentiasa ada disisi sy bila sy perlukan..hehe am i expecting too much from my little boy?hehe :p

Dlm keadaan demam pon,smpt bwk ayman pg taman mainan.tu pon bila tgk keadaan dia dh brtmbh ok..seronok dia dpt main..

Harap ayman ok pasni..kesian dia adyik merengek je.mkn ubt pn sgt susah..huhu sedih sy tgk ayman..

Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 29, 2011

Nasi ayam tenpanyaki

Salam,

Menu diatas bknlah menu lunch hr ni..hehe ni menu 2 mlm yg lps di damansara damai..1st time mkn japanese food selain sushi..

Dan menu lunch hari ni ialah ayam penyey yg best kat giant kelana jaya..kedai baru bukak..best2

Sempatla bershopping baju n tudung ckit..bila ada duit sndr sng ckit nk bli keperluan sendiri...;p

Esok blk kg..yeah...dah apply cuti 3hb tp blm approve..huhu
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 28, 2011

Layan mcD hari ni

Salam,

Lunch hari ni kami pegi mkn mcD..sbb dpt can glass..cantek2.giler ramai org beratur.

sbb xde tmpt dah,kami take away jer..kenyang.alhamdulillah..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 23, 2011

William's corner

Salam,

Malam td pg la mkn kat william yg org duk kata sdp sgt tu.tp pd pndpt sy,x sdp pun.suasana dia pn agak x best.panas.

Memang x b-baloi la byr mahal tp x sdp.gambar kat ats tu chicken chop.komen dr org yg mkn 'x sdp,tulang je byk'..sy pulak order ns grg ketam..rasa mcm ns grg tomyam versi x sdp.huhu pds lak tu.ayman xleh mkn.

So kesimpulannya,makanan mahal x semestinya sdp.sekian
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 21, 2011

Kesedihanku belum berakhir

Salam,

Ptg td dpt call dr mak.mak wish bday.mak kata nk wish smlm tp xda kredit..thank u mak..ingat jgk wpun dh 27 thn ni..

Hati sgt sayu bila mak tanya dpt hadiap apa,ada surprise ke x.sejujurnya sy bgtau takde ape2 tanpa beritahu apa yg b'laku.sy xnk perkara ni buat emak dan family risau x tentu pasal..xpela biar sy tanggung sendiri derita yg sy alami..

Masih sy ingat,br thn lps bln 12 sy start bekerja semula.dan dlm keadaan ekonomi sy yg sgt x stabil,sy masih tetap memberi sesuatu utk ulangtahunnya.dan sy juga menjadi org yg pertama melafazkan ucapan selamat itu.dan sejujurnya sy mengharapkan yg sama darinya.dan memandangkan waktu sudah menginjak ke mlm,itu bererti sy sudah boleh berhenti berharap..x perlu ditunggu yg x akan kunjung tiba itu..

Tp sy sgt b'syukur mendapat ucapan dr kwn2..alhamdulillah sy dikurniakan kwn2 yg baik yg sentiasa ada di sisi sy x kira susah @ senang.tp hidup sy sentiasa susah,blm pernah merasa senang.astaghfirullah..bkn nk meratap.ampunkan dosa sy ya Allah..

Hanya Allah tau apa yg terbaik utk sy..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Happy Birthday to me

Salam...

Hmm....pagi ni niat di hati nk pg klinik minta laporan perubatan & check demam skali...tetibe otw nk pg tu boleh pulak terlanggar lori ais kat tepi jalan tu...habis hancur side mirror sy...dalam kepala xtau nk call sape...tetibe teringat Ada..so call la Ada...actually mcm xleh nk pk ape pon time tu...xtau la apa jd pd sy..sampai lori besar tu pon leh langgar....alhamdulillah dpt carik side mirror harga pon rm16 je...kalo whole set terbang la duit 200 lebih...huhuhu...dpt la RM16 jer..upah pasang xyah kedai lain..tp xyah byr,..FOC je alhamdulillah lg..

Pastu dah settle br la pegi klinik..hmm klinik swasta xleh buat laporan perubatan la pulak...nk pg klinik kerajaan sgt la mls...tau jela servis mcm mana..huhuu

Mule2 ingat nk pg jln2 sorg2 kat mane2..tp memandangkan bdn rasa x larat, sy beli lauk n sayur..nk masak kat umah...kalau ade ms sy nk buat choc...dr duk diam pk hal yg x berfaedah ni, baik sy buat sesuatu yg mendatangkan hasil...

Insya-Allah nasihta kwn2 sy akan ikut & hargai sgt2...thanks for all your wishes & pray..

Wednesday, April 20, 2011

Sayunya hati ni

Mlm ni mungkin jd penentu utk sy buat 1 keputusan..tp biarlah sy b'fikir secukupnya.biar saja Allah yg menentukan baik buruknya keputusan yg bakal sy buat nnt.

Ikutkan hati,mau je kaki melangkah jauh dr kota yg penuh pancaroba..tp ke mana mau ditinggalkan si kecil sy tu.sy x blh idup sehari tanpa ayman.

Dan mungkin juga inilah sambutan ulangtahun plg buruk sepanjang hidup sy.x perlu ditunggu ucapan hari lahir spt biasa.

Sakit tekak,sakit kepala x sesakit hati yg terluka pedih..pedihnya hanya Allah yg tau.

Sy perlu sabar
Published with Blogger-droid v1.6.8

Update waktu lunch

Spt tertera di gambar,buat ms ni itulah saje ubt yg mampu. lozenge peppermint utk sakit tekak dan panadol actifast utk sakit kepala..dan lain2nya adalah stok makanan yg perlu dikala perut bbunyi pd waktu bekerja..

Tapi kan sy rasa sy skrg makin kuat mkn.dan hasilnya sy rasa pipi agak tembam ckit.ye ke?ke perasaan je?haha..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Unwell

Salam..

Hari ni br blaja upload blng thru hp wif android..

agak x sehat hari ni..sakit tekak n sakit kepala.mungkinkah mau dmam?

minggu ni asyik terjumpa artis je..weekend ritu jmp zain kat cfour,hr isnin geng prod sheila rusly shooting drama kat kelana square.mlm td jmp rosnah johari.hehe

Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 19, 2011

Nak cite ttg Ayman

Salam..


Hua dah pagi dah yer..ni bkn br bgn tdo yer...ni br je nk masuk tdo..tp tunggu coklat kering dulu....huhuhu menyiapkan tempahan tart yg 4 jenis itu..penat ditambah melayan karenah anak sulungku yg semakin aktif itu...



Ini la buah hati pengarang jantung sy...sejak dah dpt kaki ni cukup penat nk melayan dia..mana je sy pegi, die mengekor...hua3...smpi kdg2 sy jln n pusing blk, x perasan dia ade kat blkg tgh ikut..then terlanggar la dia...ish3 jalan pon senyap2 yer ayman...

Pastu Ayman skrg kalau dgr azan jer, dia akan ikut..tp dia pandai ikut "Allahhuakbar" saje dalam kepelatan dia tu la...selain tu, pandai jugak ikut sebut Amiin...sambil raup muka dia..hehe bijak2

Dan sejak dah dpt kaki ni, pantang bukak pintu depan..dia dulu yg akan melulu keluar carik kasut crocs dia...dan sambil sebut & tunjuk "tu tu"...

Dan mulut dia memang sentiasa nk bercakap jer...kdg2 kami gelak sbb ada masa dia mcm bebel jer...dgn mimik muka yg mcm x puas hati...haha ikut sapa ni bebel2 sambil buat mimik muka?haha.....

Kalau kami tgk tv sambil gelak2, dia akan pegi kat depan tv then gelak jugak...haha walaupun dia mcm blur apa yg kami duk gelak sgt tu...

Ha ni gmbr tgh naik beskal....pastu sebut vroom2...tgk mulut dia...tu tgh ckp la tu..ape yg dia mengomel ntah...

Lagi satu, kalau time mkn..dia dulu yg sibuk2 tarik kerusi...pastu bising2 suh angkat dia letak atas kerusi..kdg2 dia panjat jer...aktif sunnguh dak kecik ni...sy lak kdg2 heran sbb mcm xtau penat je dia...ke hulu ke hilir satu rumah...mcm2 yg dia buat..

Td je, time bakar tart...sy pakai sarung tangan utk pegang pan yg panas dr oven..pastu ayman pon cuba pakai sarung tangan tu..so kesimpulannya ayman belajar dr contoh yg ade di dpn mata...suka la jugak dia cpt belajr..tp takut jugak dia akan cpt belajar benda x elok....maknanya kami kena tunjuk contoh yg baik la kan....insya-Allah ayman akan jadi anak yg soleh..itu doa ibu setiap hari...amiin

Monday, April 18, 2011

Impian yang belum tercapai

Salam...


Apa motif tetibe buat special entry pasal impian ni..bkn ke spttnya awal2 thn ke...x kisah la taun gajah ke masihi ke kan..hua3....ke sbb bln ni bln yg special utk sy?heheh.....saje je kan..


Ok.jom tgk senarai impian2 sy yg masih blm tercapai setakat ini..


IMPIAN YANG BESAR:

  1. Nak merasa ade rumah sendiri, pastu leh la hias rumah dgn motif English..wah best2 (insya-Allah dalam perancangan ke arah itu)
  2. Nak merasa ada kereta yang lebih besar dan selesa (rasanya lambat lg kot....cukuplah si hijau memberi khidmat terbaek buat masa ni)
  3. Nak merasa kerja sendiri, buat bisnes..kembangkan bisnes yg ade..insya-Allah
IMPIAN YANG KECIL:
  1. Nak beli mixer heavy duty....so that leh la menyenangkan kerja baking sy
  2. Nak lengkapkan tools & equipment utk baking...
  3. Nak beli steamer/pengukus
  4. Nak hadiri kelas baking..kalau boleh sebulan 1 kelas attend smpi dah mahir (kelas yg berbeza2 la)
  5. Nak beli brg kemas utk diri sendiri since i dun have 1 except 2 rings which i received during my engagement & wedding day. hmm nk beli gelang tangan @ rantai yg simple2 je
Banyak kan impian sy....impian2 kecil tu kalo boleh dlm thn ni la..kalau x, thn dpn...kalau xde rezeki thn2 seterusnya la pulak...bergantung pd rezeki Allah nk bg...tp yg penting sy impikan KEBAHAGIAAN hidup di dunia dan akhirat...amiin....

Thursday, April 14, 2011

Bertemu kembali

Salam..

Lama x jenguk blog ni...kekangan masa menyebabkan x sempat nk update ape2 news di sini..last week saje terpaksa bergegas blk ke A.star disbbkan ade kematian belah suami..hmm dgn kelam kabutnya kemas baju ape yg patut....huhu tp nenek saudara sy meninggal bln lps kami x blk pon....sbb??xtau la apa nk dikata..berita dah dikhabarkan tapi xde tindakan selanjutnya..hua3 it's ok..at least insya-Allah by end of this month kami blk jugak..kebetulan ada kenduri arwah di Mersing...

Hmm bkn nk mengomel @ mengadu nasib kat sini..tp tu la pengorbanan bila dah jd isteri..setiap kata suami dituruti walaupun kadangkala ada ketidkpuasan hati...tp bila si isteri membebel sbb penat buat kerja rumah @ mengadu sakit pinggang..apa si suami buat?apa tindakan si suami pulak?so bila isteri bebel2 sbb rumah bersepah ke ape, diamkan aje la..jgn la nk tmbh keserabutan si isteri buat segala mcm kerja rumah yg x pernah nk habis...

Bayangkan la kalau isteri yg x bekerja pon rasa mcm x cukup masa nk mengurus semua...kalau isteri bekerja apatah lg kan?xkan si suami x boleh nk pikir kot?xde perasaankah?tu blm bab mengurus anak lg...kan2?hanya seorang isteri je tau mcm mana susahnya nk mengurus rumahtangga...so suami2 tu ringan2kan la tulang anda menolong ape yg patut..kalau x tlg buat kerja pon, at least tlg jgn buat sepah & tlg maintainkan keadaan rumah yg bersih..dah same2 keje tu same la urus rumah jugak..

Dah malas nk bebel...nk cerita pasal si kecik aymanku sayang..sekarang dah boleh jln dgn laju..pantang nmpk bukak pintu, dia akan tunjuk kasut crocs dia yg mcm dah ketat ckit tu sambil cakap "tu..tu..." tu la antara ayat yg selalu kuar dr mulut si kecik tuh...pastu lain2nya byk lg la..yg x pahamnya la..kalau bwk jln tu bising je mulut kecik dia ckp..sepanjang perjalanan x henti2..tunjuk sana sini sambil tu tu....aish..byk ckp rupanya anak ibu sorg ni...

gigi skrg ade 6...kat dpn ade 5..1 kat geraham belah kiri..x perasan lak ade gigi geraham dah tumbuh..tersembunyi gitu...lain2 perkembangan ape yer?makin tinggi kot...pastu rasanya pipi dah naik ckit..kuat mkn ek?hehe

Friday, April 1, 2011

Kelas Kek Fondant (Basic) witt Lea Oven

Salam...

Blogku kini dah kembali beroperasi setalah di 'idle'kan buat beberapa ketika ats sebab2 tertentu yg mana org2 tertentu je tau..hehe

Last week, 26 Mac bertempat di Kota Warisan (jauh tu pegi kelas, sanggup ok utk menimba ilmu..hehe) berlangsung la kelas kek fondant..pergi dgn kwn yg bernama Rasyada..hehe best jugak kelas dgn kak lea ni..byk tips dia bg...

So layan jela ek gmbr2 kat bwh ni..

Masing2 tgh khusyuk buat bunga rose
Sibuk ambik gmbr kek masing2...rasa syg nk mkn pon ade

Ada ckp kami same2 kurus...erk

Hasil tgn Ada...cantek kan bunga rose dia..jeles tau sy...hua3

Ni hasil tgn sy..x berapa puas hati dgn finishing...need more practice...

Tuesday, March 22, 2011

Ya Allah Kau permudahkanlah segalanya untukku

Salam...


Mulai hari ini, blog ini akan dibuka kpd invited readers only..not for public ok..cause now i think it's time for me to express my feeling wide & open..for those who want to view my blog, please give me ur email, so that i can put ur name into my reader's list..especially for those yg selalu follow my blog..


Friends, i really need ur support rite now..terlalu berat rasanya masalah yang sy tanggung ni..kalau dulu sblm kawin, bace dr paper saje tp skrg ni sy sendiri yg alami...ya Allah maha berat dugaan yg Engkau beri ya Allah....


Sakit yang ku tanggung tak seberat luka di hati...


Besar sgtkah salah aku smpi diperlakukan begitu rupa?ya Allah...aku cuba sedaya upaya menjadi hamba-Mu yang taat pd Mu dan taat pd yang hak..tetapi kenapa tetap aku diperlaku begitu?

Wednesday, March 9, 2011

Saya seorang....?

Salam...


Saya seorang pendendam?yer tepat sekali..sekali org buat x baik pd saya akan sy ingat smpai mati k...bunyi ayat dah mcm jahat sgt kan?tp bila org buat jahat kat kita, lg la terasa sgt pedih dan menikam kalbu..actually xde isu ape2 pon yg melanda di kala ptg ni..tp tibe2 teringat kisah dulu2 kala...zaman belajar la, zaman berinta monyet la..zaman sebelum kawin dan mcm2 zaman lg la...huhuhu


Tak tau kenapa...if org buat x baik pd sy, memang sy akan ingat sampai bile2...susah wo nk lupakan...nak maafkan?hmm....also take time lo...


Pernah org kata sy kedekut...hmm yg ni mmg sy xleh nk terima la...dah tentu2 la gaji ciput jer..hbs byr hutang ade la tggl brape kerat jer utk diri sendiri & belanja mkn keluarga (kadang2 kalau ade lebih @ ade occasion).wajarkah sy digelar kedekut?adilkah?cuba compare dengan org yg gaji besar tp cukup berkira utk belanja keluarga?mana satu lagi patut digelar kedekut?????


Pernah jugak org kata sy ni x matang....penah la dulu ade masalah dgn kete...owh rasanya ade kot previous2 entry yg enjin kete kene curik tu...huhu ade la someone yg x rapat mana pon dgn sy kata sy x matang..sbb?sbbnya sy dah cuak2 xde kete utk beberapa minggu utk pegi kerja...so transport xde..yg peliknya sy bukan la mengadu mslh kat dia pon...and kalau la dia berada di tmpt sy?x terfikirkah?????JB bukannya ade LRT mcm KL beb...penyelesaiannya sama ada naik teksi @ pinjam kete abah...yes after mengadu kat family di kampung, dgn serta merta family dtg...dan dpt pinjam kete abah...kesimpulannya hanya keluarga yg boleh tolong bila kita susah...kawan2 sejati pon sgt membantu sebenarnya...tp ms tu sy di JB, kwn2 di KL...ade kwn di JB pon lari ke KL..kuang3...what to do..


Sambung balik dgn org yg kata sy x matang ni..skrg ni sy tgk dia lebih x matang...ckit2 ade isu@ape2 mesti carik@tanya somebody nih...hmm sape x matang skrg ni?huhu.....


Penah jugak org kata sy ni kaki kikis...woi ni dah lebih la kan?kalau sy nk kikis harta org, baik sy kawin dgn dato' ke ape ke kan...x relevan langsung tuduhan itu okay?kalau nk tau sy ni dilahirkan dan dibesarkan dlm keadaan susah..anak nelayan paham2 jela keadaan hidupnya...so if nk kata sy ni asyik meminta itu & ini..sorry that's not me ok..even sy ni gaji ciput je, tp sy bersyukur dgn ape yg ade..x pernah nk mintak dihiasi emas pertama berlian satu badan..bkn setakat satu badan, satu utas brg kemas pon xde tau?so relevankah tuduhan anda itu?dan lagi x relevan kalau anda tgk ape sy pakai, handbag ape sy pakai, kasut ape sy pakai....sgt x relevan ok...so hentikanlah tuduhan yg mengarut tuh...


Kesimpulannya kat sini, jgn la pandai2 nk judge org lain if blm kenal btl2....even adik beradik sendiri pon leh berlagak baik dpn kita tp belakang kita, tau ke kita ape dia buat?so jgn suka2 ati mengata org k....jaga tepi kain sendiri sudah la...

Susah sangat kah?

Salam...

Tgk tajuk entry pon tau kan..emosi penulis agak tidak stabil..rasa nk marah pon ade..rasa sedih pon ade..rasa sedikit kecewa pon ade..

Susah sangatkah utk makhluk bernama lelaki nk berlaku jujur?even the small things pon x jujur, apetah lagi perkara2 yg lebih complicated kan?? bukan nk kecoh @ nk canang satu kampung...cuma meluahkan rasa ketidakpuas hatian terhadap ketidakjujuran seorang manusia bernama lelaki...x kisah la pangkat ape pon pd sy @ pd org lain...yg penting nk jujur tu sgt la pyh...i don't know what's so difficult of being honest..bkn guna duit pon..kan??

Bila ditanya kata kecoh..bising la..tu la..instinct seorang makhluk bernama wanita ni kuat..kalau rasa ade yg x kena, memang ade la yg x kena...

Actually bukan la isu besar mana sgt pon...isu sgt la kecik...tp bila melibatkan ketidaktelusan dlm komunikasi..memang susah la nk percaya utk masa akan datang...

Thursday, March 3, 2011

Kebosanan

Salam...

Tgk tajuk pon dah tau kan...tgh kebosanan kat opis..huhu semua org xde..keje pulak tgh xde sgt..ape lagi..memang kebosanan la sorg2 di opis....perut dah bernyanyi2 mintak diisi..lg 5 minit jer nk lunch..

Insya-Allah esok my mum, sis, and atok akan dtg cni..nk anta atok pi umrah..hehe boleh la request mak masak ape2 nnt..yes!!!

Update ttg ayman:
  • dah bole berdiri..jalan boleh la 2-3 langkah jer...
  • makin suka bercakap dlm bahasa yg dia sorg je paham
  • sudah pandai tunjuk2 apa yg dia mau...
  • suara makin kuat jerit2..
12hb: kursus CIDB
18hb: balik kg hubby
26hb: attend kelas deko kek

Harap2 semua planning ni berjalan dgn lancarnya...insya-Allah amiin....