Friday, July 24, 2015

Cerita Raya - Random Photos

Assalamualaikum...

Masih dalam mood raya lagi kan?
Sampai batuk2 travel the whole week.
Update ini untuk simpan semua gambar2 kenangan raya tahun ni.
Nanti bila dah tua boleh tgk balik.

1) Pre-Raya (balik kampung time)
Last kerja hari selasa 14hb.
Awal pagi 15hb tu dah start balik dah.
Kelam kabut nak mengemas.
Bersahur dengan KFC je.
Dalam 4 lbh dah jln dah.
Kereta banyak tapi belum start jam time ni.

Malam sebelum, berpeluh dgn Ayzad berpisah tiada.
Take a break utk solat Subuh. Masa utk en suami lak drive. Ku drive dari Selangor ke Tapah.
Muka budak2 x mandi. Hihi.
Last2 tido lepas bergaduh bising 1 kete. Fuh.
2) 1st day raya.
Theme : Emerald Green
X pergi semayang raya sebab ade si kecik ni.
Ayman & Ayna bangun lambat.
Ibu hanya berbaju t-shirt & berseluar palazo sibuk melayan si kecik & tolong2 sikit kat dapur.
Lagipon langsung x keluar rumah 1 hari (raya la sgt kata ko)

ni je gmbr sempat amik on 1st day raya.
3) 2nd day raya
Theme : Emerald & Turqoise
Pagi duduk rumah.
Petang baru g beraya smpi mlm.










4) 3rd day raya
Theme anak2: Coklat & kuning.
Masa utk balik KL.
Transit sbb esoknya nk blk Mersing lak.
Jam jln..huhu kul 1 pg br smpi rumah.
5) 4th day raya
Theme : Hijau Putih
Balik Mersing.
Drive from KL-Ayer Keroh.
6) 5th day raya.
Duduk rumah je rehat.
Ayman Ayna ikut atok nenek jln2.
Bwk baby Ayzad pi klinik amik ubt batuk & selsema.
In the making : Istana Sultan Johor
Home of the Green Beret
7) 6th day raya.
Masa utk balik KL semula.
Crown @ Kluang.
Maka berakhirlah cuti raya seminggu.
Penat wei travel.
Ni pon pening2 lalat lg sbb x cukup tido.
Ank2 pon mula batuk2 dah.
Get well soon ye semua.

Monday, July 13, 2015

Di Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah di penghujung Ramadhan dah.
Persiapan terakhir kot utk sambut raya.
Still ada beberapa item yang belum settle.
Rabu dah kena balik kampung.

So, hari sabtu je masak.
Ahad cuti memasak.
Kakak ipar jemput buka puasa rumah dia, so kitorg just beli kuih & lauk utk sahur jela.

Sempat buat 4 kuih raya sepanjang weekend tu.
1) Salut coklat pada almond london.
Ibu tuang coklat, ayman tabur almond nibs.
 2) Kerepek crab stick
Sedap, krup krap krup krap.
3) Semperit susu
Yang dah siap bakar.
The making of : Ayman letak crystal sugar.
4) Biskut arab
Baru pagi tadi siap, gagah bangun buat sorg2 pukul 3 pagi.
Makanan utk si kecik dah siap restock.
Puree pir utk 4 hari ni.
Lambat suap, mengamuk ok. 2 sudu besar sekali mkn x cukup. Kuatnya makan dik. Tgk pipi tu dah lebor sgt dah. Pipi pau kesayangan ibu.
Tangan & peha pon bolat sgt dah.
Abg Ayman & kakak Ayna layan KFC. Sian lapar. Tak pose ye!!
Random photos 1.
Lagi bukti ketembunan Ayzad Hamdi.

Wednesday, July 8, 2015

Coretan 20 Ramadhan

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu ye.
21 Ramadhan dah ha.
Zass je masa tu berlalu.
Selalu rasa macam x cukup masa.
X cukup 24jam sehari tu untuk buat macam2.

Petang semalam sempat la belikan Baju raya utk anak buah.
2 org tu.
Alamak lupa nak belikan utk lagi sorg, aduh...
Xpe, nanti balik raya mak ngah bagi duit raya or kalo sempat beli baju utk damia pulak.

Ni utk adik iman. Harap muat.
Ni pulak utk kakak Lisa.
Iman & Lisa ni anak kepada adik saya.
Duduk kat kampung.
So, pagi ni selamat dah pos ke Mersing bersama barang Shaklee kawan order.

Tak jadi bagi baby Ayzad tidur bila kakak ayna duk gelakkan baby. Baby Ayzad pon terkekek2 gelak.




Sambil2 masak lauk utk sahur, settlekan sekali restock puree utk baby Ayzad.
Puree epal & carrot.

Steam dulu.
Lepas blend, masukkan dalam bekas comel cinonet ni utk bekalan ke rumah BS.
BS cakap Ayzad kuat makan.
Sentiasa habis & macam x cukup je.
Hehehe bagus la anak ibu ni.
Membesar bagai juara ye.

Sekarang still follow 4 days rules.
6 bulan ni sesuai makan puree je.
Buah ke sayur ke, pastu mix & match je.
Seronok lak buat puree utk baby Ayzad.
Enjoy.

Cer teka pokok apa? Honey dew.
Jom tengok aksi adik beradik 2 org dalam kete pagi tadi sambil layan jam di pagi hari.


Mana kakak ayna x join the havoc?
Kakak ayna tidur time ni.
Tidur lambat malam tadi.

Monday, July 6, 2015

17 & 18 Ramadhan

Assalamualaikum..

Sekejap je ye dah 19 Ramadhan.
Persiapan pon belum spepenuhnya ready.
Ada la certain things yang beli last minute.
Mengekek baby main dengan Ayna.
Bonding.

Sabtu pon full dengan aktiviti.
Pagi pergi Shaklee restock barang.
Lepas tu pergi beli brg dapur kat Giant.
COD barang Shaklee.
Beli barang2 buat kuih raya kat kedai bakeri.
Petang bersilat masuk dapur.

Menu sabtu:
Siakap stim
Telur bistik
Nasi putih
Roti jala + pulut + kuah durian
Air oren

So, ahad duk umah je.
Buat cookies.

Menu Ahad:
Ayam masak lemak cili api
Kangkung goreng
Butter prawn
Bubur Cha Cha with durian
Air sirap laici

Ni menu istimewa. Geram dgn drumstick tu ha.

Alhamdulillah semua lauk habis. Bertambah2 suami & anak2 makan. Syukran. Seronok masak utk family. Tapi hari cuti jela. Hari kerja memang x sempat nak masak.

 Ini budak pon makan banyak. Sedap ye butter prawn tu. Nanti ibu buat lagi ye. Ayman duk ulang bubur cha cha sampai la licin periuk. Yg bubur cha cha pon sedap jugak semalam. Macam nk buat lagi je hr ni. Keh3.

Pastu kul 10 lbh mcm tu, ada org request pisang goreng. Kebetulan kak ipar bagi pisang, goreng la kejap. Blessed.

Kuih Raya : Famous Amos Choc Chip Cookies

Assalamualaikum...

Pagi ahad semalam sempat la buat 2 cookies.
Choc chip cookies & almond london yang x sempat nak salut coklat lagi.
Malam sebelum tu, siap2 letak segala tepung dlm bekas.
Senang sikit nak buat kerja.
Pantas jer.

Biskut ni senang sangat.
Xde mixer pon boleh buat.
Tapi oven kena la ade ye.


Xyah terap bagai. Sudu2kan jer.
Dapat 1 tupperware besar ni. 2 adunan.

Jom tengok resepi.

Biskut Famous Amos, 

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract


Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 


Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Lepas je choc chip ni (jap je buat choc chip), uli lak almond london versi bulat.
Malas nak buat lonjong tu.
 
Oven ni pon senang. Sekali masuk 2 tray terus. Cepat jela bakar.
Belum sempat salut coklat & tabur almond nibs.

Maybe hari lain kot.
Tu pon Ayman & Ayna duk ngadap dah.
Kata sedap.
Bila berbuka try 1 memang sedap.
Maybe sebab dalamnya ada nestum, wangi lak tu.
Serius memang x pakai resepi lain dah pasni.
Nanti sy share ye bila dah siap salut coklat semua.

Friday, July 3, 2015

Puree Kurma

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 16 berpuasa.
Baby Ayzad dah sembuh dari rashes allergy tu.
Selera nak menyusu pon back to normal.

Hari ni menu baru pulak untuk baby Ayzad.
Mulanya plan nak buat puree pisang je.
Tapi tak jumpa pisang lak.
Kat buah pon stok buah2 dah xde.

Yang ada kurma & kentang je.
So, decided utk buat puree kurma.

Resepi Puree Kurma:
1) Steam/kukus kurma hingga lembut
2) Buang kulit & biji
3) Blend dengan sedikit air masak
4) Tapis halus.

Kalau masa makan tu nampak mcm pekat sangat, boleh campur fresh EBM @ air masak.

Hari ni anak2 bangun awal.
siap mandi kat rumah lagi.
Gambar Ayman : untuk kenangan.

Wednesday, July 1, 2015

Baby Ayzad @ 6mos

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baby ayzad sudah 6 bulan semalam.
Semalam jugak start solid food.
Try dengan puree carrot dulu.
Steam carrot + blend sampai halus + tapis
Simpan dlm bekas tupperware kecik ni. Buat stok 3 hari.
Kalendar ni siap tulis jadual untuk menu baby Ayzad selama sebulan.
Actually kalo tgk jadual tu, start dgn puree pisang.
Tapi tak jumpa pisang.
Kena carik kat supermarket la kot.

Ni guidelines yang boleh ikut untuk baby 6 bulan.
Stok susu 1 sesi je ni, tu pon kene stop sebab botol bwk 2 je. Miss B time ni penuh lagi. Alhamdulillah rezeki.
Baru baik demam, naik pulak ruam2 allergy. So no seafood ye ibu this week.
Today my baby Ayzad is getting better. Ruam dah berkurang.
Masa check kat klinik, timbang sekali berat Ayzad.
Cuma 7.5 kg je.
Ibu pon rasa Ayzad dah susut sikit gara2 demam & x lalu nak minum susu sgt.
Dah makin aktif meniarap. Angkat dada pon dah tinggi. Boleh la duduk kalau pegang. Kalau biar, kepala jatuh ke depan. Hehe.
Itu jela nak share.
Semoga cepat sembuh & kembali berselera ye dgn susu ibu awk ni.