Monday, June 8, 2015

Weekend activity : Floria Putrajaya

Assalamualaikum...

Ni pulak aktiviti hari ahad.
Pagi2 masakkan mee goreng utk tetamu kehormat.
Pastu beli kuih sikit2.

Abah pulak buat operasi mengemas kat dapur bahagian belakang.
Semua benda dia selongkar & buang yang taknak pakai.
Siap p bakar semua kat belakang rumah.
Hahaha meh la dtg selalu kemas rumah anakmu ni.
Kekeke.
Actually memang nak kemas pon tapi tak berkesempatan lagi.
So bila abah dah offer diri, memang tak bantah la.
Kalo bantah pon, dia buat jugak.

Pastu baru siap2 pergi rumah sepupu.
Sebab abah dah janji nak balik saing dengan ayah saudara.

Rambut depan tu nak masuk mata dah kakak Ayna.
Singgah masjid solat.
Masa mak nak balik nangis2 si Ayman nak ikut.
Huhu pujuk2 bagi dia lupa.

Pastu pi pekena Nasi Lemak Royale kat Ampang.
Then, en suami drive sampai la Putrajaya.
Saja jalan2 katanya.
Dalam hati mesti nak g Floria Putrajaya.
Pusing2 carik Precint 4, last2 jumpa jugak.
Ramainya orang.

Tiket masuk RM5 utk dewasa. Kanak2 bawah 6 tahun FOC.
Beli biji benih bendi, kucai, cili merah
Beli baja & racun organik.
Banyak sebenarnya nak beli.
Tapi cash x banyak.
Ada la dalam RM40 je kot.
Hua3 tu la x bgtau nak pergi sini.
Mampu jalan2 & tengok jela.
Selebihnya bergambar.
Jom layan gambar tanpa caption.


























Actually banyak lagi nak amik gambar.
Banyak view yang cantik sangat2.
Tapi sebab dah nak maghrib + baby Ayzad pon macam nak merengek nak susu, so decide kuar jela.
Carik masjid sambil susukan Ayzad dalam kereta.

Penat tapi seronok.
Anak2 pon kata seronok & nak datang lagi.
Yes, memang akan datang next time.

Weekend Activity : Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..

Berakhir dah 2 hari hujung minggu.
Rasa sekejap & tak cukup jerk.
Ngeh3 sapa x suka cuti kan?

Hari Sabtu : Hadiri kenduri kahwin sepupu di Bentong.
Ni majlis sambut menantu la kiranya.
Masa kenduri di Mersing, kami x dapat balik.

In action : Kakak Ayna. Besar dah kamu.
In action : Time baik. Kalo x, gaduh manjang.
In action : Sama tapi tak serupa.
Bertolak lebih kurang 10 lebih.
12 lebih baru sampai, jam kat Batu Caves nak masuk tol.
Singgah makan nasi ayam sebab belum breakfast.
Anak2 burung pon dah bunyik lapa2.

Mak with her cucu lelakinya.
Sampai je dewan tu, jerit2 Ayman & Ayna panggil nenek & atok.
Rindu sangat la tu sampai dalam kereta duk tanya bila nak jumpa atok nenek.
Tunggu pengantin tak sampai2.
MaKan beradab. Mak abah pon masuk sekali.
Ni je gambar sempat amik.
Maklum la dukung anak tengah tido.
Tak menyempat nak snap2 byk.

On the way balik, sempat la singgah beli air kelapa, nangka & limau.
Kete abah follow dari belakang balik rumah kami.

Petang tu, beli barang basah masakkan utk tetamu kehormat.
Hehe bagi dieorg rehat.
Saya masakkan utk dieorg semua.
Walau kelam kabut & siap lambat sikit, tapi tetap happy makan ramai2.
Alhamdulillah seronok sangat dapat masak untuk mak abah.


Thursday, June 4, 2015

Baby Ayzad Demam & Sakit Telinga

Assalamualaikum...

Baru2 ni hari Ahad Ayzad dilanda demam.
Tak la panas sangat.
Tapi agak meragam sikit la.

Kalau hari biasa tu, payah nak dengar suara dia menangis kuat.
Kalau ada pon, merengek minta didukung je kalau nak tidur.
Huhu so ibu jadi burung hantu 2 malam.
Sebab Ayzad xleh tidur, x selesa kot.
So kena la dukung sambil zikir2 sikit.

Petang semalam pulak, kakak pengasuh whatsapp bgtau telinga macam ada nanah.
Masa amik pon, tengok memang dah meleleh kat telinga.
Tapi xde la bau busuk.
Demam pon kebah dah.

Whatsapp dari akak pengasuh.
Pagi ni muka dah start senyum
Tidur lena malam tadi ye

Alhamdulillah Ayzad kembali aktif & ceria


Wednesday, June 3, 2015

Colostrum, Hindmilk & Foremilk

Assalamualaikum...

Selamat menyusukan ibu2 gojes yang berusaha menyusukan bayi2 comel anda.
Yang tak mampu menyusukan, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Tak semua ibu2 bertuah dapat menyusukan bayi sendiri.

Susu ibu terbahagi kepada 3 bahagian.

1) Colostrum

Colostrum adalah susu yang paling awal terhasil selepas ibu melahirkan bayi.
Waktu ia keluar tidak sama bagi setiap ibu @ setiap kelahiran.
Contoh seperti saya, melahirkan anak pertama saja terus susu colostrum keluar.
Berbeza dengan pengalaman melahirkan anak kedua, ianya mengambil masa sehinnga seminggu baru susu mula keluar.

Colostrum punyai banyak khasiat.
Ianya berwarna kekuningan.

2) Foremilk

Sifat2 foremilk:
- Lebih cair
- Kurang lemak
- Banyak laktosa

Foremilk terhasil di bahagian lebih hadapan.
Bayi yang menyusu akan mendapat foremilk dahulu.
Untuk hilangkan dahaga.

Lazimnya, pada cuaca panas, foremilk akan lebih banyak terhasil.
Sinonim dengan keadaan cuaca panas - bayi cenderung kepada dahaga.

3) Hindmilk

Sifat2 hindmilk:
- Lebih pekat
- Lebih lemak
- Rendah laktosa
- Banyak kalori - utk tumbesaran bayi

Hindmilk terhasil di bahagian lebih belakang.
Sebab itu, ibu disarankan memberi susu hingga betul2 kosong supaya bayi dapat khasiat hindmilk ini.
Begitu juga lah dengan pumping session.

Ini stok susu saya.
Nampak kan lapisan susu ada 2.
Kalau perhati betul2 actually ada 3 lapisan.

Paling atas - lapisan lemak
Tengah (paling banyak) - hindmilk
Paling bawah - foremilk

Alhamdulillah.

Tuesday, June 2, 2015

Wishlist - Layout Landscape Laman Rumah

Assalamualaikum....

Ni wishlist untuk laman rumah saya.
Layout ni buat time xde keje kat ofis.
Lukis pakai tangan je & rujukan google.

Dalam perancangan..in Shaa Allah

Siap buat template kat Excel.

Kat excel ni jugak saya ada listkan apa yang perlu dibeli.
Perancangan tu penting walau belum start lagi beli apa2 pon.

Gambar2 tu semua rujukan dari sumber google.
Harap menjadi kenyataan la wishlist yang satu ni sebelum raya.

Laman bhgn kiri : As of 1 Jun pagi sebelum pergi kerja.
Nampak tak teratur sangat kan?
Banyak tu pokok kangkung en suami tanam.
Dia punya la semangat tanam, dari biji benih tu.
Yang tinggi2 tu yang saya tanam lebihan batang dr beli buat sayur.
Dah makin naik dah.

Pokok kunyit pon tanam dari kunyit hidup yang beli.
Lama jugak baru naik batang.
Dalam 2 minggu lebih jugak la.
Tapi 1 kepuasan gitu bila mula nampak daun keluar.

Next plan, nak asingkan pokok bunga susun elok2.
Pokok2 sayur alih dalam pasu letak kat bahagian dapur yg extend tu.
Sebelah dalam buat bahagian laundry.
Bahagian tepi pintu tu boleh la susun segala pokok sayur.

Tapi nak kena pasang jaring hijau.
Sebab ada tikus suka masuk bahagian situ sebab terdedah kan.
Nanti kita ajak en suami beli.
RM2.70 je sekaki.
Pasang guna cable tie boleh kot.

Ragam Ayman @ Sekolah

Assalamualaikum...

Hampir setengah tahun dah ayman bersekolah.
Baru last week ada assessment.
Tak tau la ok ke tak.
Huhuhu.

So, nak abadikan gambar2 sepanjang ayman bersekolah.
Nanti dah tua boleh tengok2 balik.

Trip to KLCC - tengok dinasour.


Aktiviti di sekolah : Belajar Solat
Assessment week : Ayman angkat kaki, boleh jawab tak tu
Khusyuk kan tengah solat
Rekacipta tanglong sempena CNY
Bergambar kenangan - Hari Guru
Bergambar kenangan - Hari Guru
Bergambar kenangan - Hari Guru
Itu jela gambar yang ada buat masa ni.
Tu pon cilok dari Page FB sekolah Ayman.
Tq all teachers ajar Ayman.