Wednesday, April 22, 2015

Throwback : Bercuti @ PD

Assalamualaikum..

Ha lama menghilang kan?
Busy @ office menyiapkan segala drawing.
Semuanya nak cepat.
Alhamdulillah dah settle, tunggu feedback dari consultant.
If approved then ok la.
If ada comment & kene resubmit, ade la lagi kerja daku mengadap autocad.

Ni nak citer pasal jln2 kat PD.
Saje nak abadikan gambar2 kenangan kat sini.
Bila tua2 nanti, boleh tunjuk anak cucu.

Gambar masa mula2 bertolak.
Adui lawak betul muka Ayna time ni.
 
 Time elok, macam ni la duduknya.
Kalau x....ya ampun.

 Masing2 buat muka entah apa2 entah.

 Ni pulak muka 'hantu' masing2.

 Kitorang menginap kat Eagle Ranch Resort.
Jauh sikit dari kawasan pantai.
Ala2 cowboy tempat dia.

 Uniknya bilik dia macam dalam gambar tu.
Dalaman dia semua berkonsepkan kayu.
Lampu pon kuning.

 Breakfast time.
Makan la byk2 nak.

 Buai kat luar restoran.

 MaNDI manda sepukul sebelum balik.
Hehe kat sini lawak jugak.
Ayna tertonggeng 2x dalam kolam, kepala masuk air nampak punggung je.
Ayman la tolong selamatkan Ayna.
Big hero dah abg Ayman.

 Ibu & ayzad bersantai tepi kolam bawah pokok.
Panas baq ang.

 Panas2 muka merah tu pon boleh tersenyum lagi anak ibu ni.

 Bonding time dalam kereta masa nak balik.
(breastfeeding time)
Ayzad ni kalau tgh bf, memang dia akan pegang kemas tgn ibu.
Atau baju atau tudung, apa je yg tgn dia capai, memang kemas la dlm genggaman smpi hbs menyusu.

Singgah makan kat kedai ayam bakar apa tah nama dia.
Cowboy kot.
Baru2 ni masuk JJCM TV3 tapi tak la berapa nak kena sgt dgn tekak ni.
Malam sebelum tu, makan kat Sup Berdengung lagi sedap.
Pilihan JJCM TV3 jugak.

Friday, April 3, 2015

Stok EBM saya

Assalamualaikum..

Nak share stok EBM yang berjaya saya kumpulkan.
In sya Allah niat nak bf baby sampai 2 tahun at least.

Ini stok untuk bulan 3 saya.
Yang bulan 1 & 2 sudah habis dikerjakan baby Ayzad.
Hehe..

Alhamdulillah setiap kali marmet, saya dapat 4-5oz 1 sesi.
Semoga rezeki sentiasa ada utk baby Ayzad.
Amin.

Rutin setiap pagi sebelum pergi kerja.
Keluarkan thawed EBM untuk bekalan baby Ayzad di rumah pengasuh.
Alhamdulillah pengasuh sangat sporting.

Nak kurus - Cinch Shake Shaklee

Assalamualaikum..

Meh nak cite sikit pasal Cinch Shake ni.
Cinch Shake ni salah satu item yang ada dalam Inch Loss Plan.

Pendek cite untuk tujuan2 berikut:
  • Buang lemak
  • Kurangkan inci
  • Kurangkan berat
Cinch Shake ni istimewa sangat.
Sebab ianya diperkayakan dengan Leucine.
Leucine ni la yang berfungsi untuk menghalang kehilangan otot yang badan perlukan.
Dalam masa sama, bakar lemak & kurangkan inci.

So, bila lemak & berat berkurangan, takdela otot menggeleber sana sini.
Itu yang buat Cinch ni sangat istimewa berbanding protein yang lain.

Cinch ada dalam 3 perisa.
Vanilla, Chocolate & Cafe latte.
Semuanya sangat sedap.
Untuk promo April, boleh cuba choc & latte.

Cinch sesuai sebagai meal replacement.
Ambil cinch seperti menikamati makanan berat tapi rasa seperti snek je.
Best kan?

Utk order/consulatation:
Mesej/whatsapp/call : Zila 016 663 5191
Email : ziela2r@gmail.com
FB Page : Yuliez Supplement Shoppe
FB personal : Rozilawati Rani

Thursday, April 2, 2015

Assalamualaikum...

Macam biasa setiap bulan Shaklee buat promo.
Boleh refer sini promo2nya.



Ha banyak kan item promo.
To order,

Call/whatsapp : Zila 016 663 5191
Email : ziela2r@gmail.com

Shopping Online - Zalora

Assalamualaikum...

Bertemu kembali.
Lama lak rasa tak sok sek sok sek kat sini.
I bizi uolls..kikiki

Hati tengah berbunga sebab hari ni pakai kasut baru.
Hehe sedap pakai.
Rupa pon menarik.
Eh ku bukan promo tau.

Ni la kasut yang menjadi pilihan hati.
Seminggu jugak la duk berbelah bagi, nak ke tak.
Last2 beli jugak with 2 other shoes.
Oh my god, I did it again.

Sape yang teringin nak beli yg sama, boleh tengok SINI sementara ada stok.
Ade 4 kaler yang available.
lagi 2 other shoes, nanti la i tepek sini ye.
Xde lak link, dah habis kot terjual.

Pastu ada la kasut yang beli kat Zalora jugak tapi tak pakai.
Sebab A cut, so depan tu mcm x muat sikit.
Kaki ku mcm kembang sikit bhgn depan.
Tapi dah selamat dijual semalam.
Alhamdulillah.
Cantik kan?
Tapi tu la, x berapa nak muat bahagian depan tu.
Huhu letgo dengan perasaan sedih jgk.
Tak pernah pakai pon.

Tapi xpe, kasut baru pon best jugak.
Selalunya memang akan lenjan satu2 kasut sampai dah buruk giler baru beli baru.



Thursday, March 12, 2015


 
SUSU BANYAK DAN PEKAT
---------------------

🌼 Anak tak lena tidur malam?
🌼 Bayi anda MERENGEK di malam hari?
🌼 Susu CAIR & stok susu MENYUSUT.

"Alhamdulillah, susu semakin banyak dan pekat. Baby pon tidur lena je waktu malam. Dulu pam, nak dapat 2oz pon susah. Sekarang, 4oz-5oz dalam masa 10 minit dah boleh dapat".

JAMINAN PRODUK
---------------

🌼 Susu PEKAT dan BANYAK.
🌼 Badan CERGAS dan BERTENAGA.
🌼 Kulit ibu & baby bersih dan cantik.
🌼 Beri rasa KENYANG.
🌼 Mengurangkan keputihan.
🌼 Buang TOKSIN & ANGIN
🌼 Produk HALAL

#milkbooster
#breastfeeding
#breastpumps

Pm/whatsapp :
Zila
016 663 5191
yuliez2r.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2015

My Breastfeeding Journey : Accessories

Assalamualaikum..

Alhamdulillah settle la sudah beli accessories from Lazada & Enjoybreastfeed . com untuk membantu perjalanan breastfeedong saya.

Actually ni bukan la kali pertama pon Bf baby.
Tapi kali ni nak buat bagi betul2 sempurna.

Macam stok susu pon, start dalam pantang dah kumpul.
Nak penuh dah bahagian freezer dengan stok EBM.
Tu pon cuma guna kaedah perahan tangan @ marmet.
Sebelum ni tak guna electric pump sebab ada accessories yang perlu diganti.
Sekarang semua dah ada.
Inshaa Allah rezeki EBM akan lebih banyak utk baby Ayzad.
Pastu kena risau mana nak letak pulak stok EBM tu kan.


1) Bottle & food warmer
Brand : Autumnz
Harga : RM69.90
Purchased from Lazada.

2) Bottle feeder
Brand : MAM
Harga : RM55.90
Purchased from Lazada

Ada beberapa brg lain juga dibeli antaranya nursing bra, washable breast pad, & ice gel.

Next wishlist item :
1) Baby wrap

Eh 1 je yg ada dalam fikiran ni.
Senang sikit nak bawak baby Ayzad jln2.
Letak dalam tu, jln je.

Nursinf cover alhamdulillah dah beli.
Senang je bf kat mana saja.

Monday, February 16, 2015

Jalan-Jalan Kuala Selangor.

Assalamualaikum...

Weekend baru ni, Sabtu kami habiskan waktu di Kuala Selangor.
Sebenarnya tak plan pon nak pergi.
Mulanya keluar dalam pukil 10 lebih pagi utk cari sarapan.
Breakfast pon sampai ke Menegon, Klang nu.
Jauh no..hahaha

Pastu lepas breakfast,tibe2 en suami bukak waze carik arah kuala selangor.
Eh eh..biar betul ni.
Pakai pon ala kadar je.
Baju spare budak2 pon tak bawak.
Yang ada pampers budak2 je dalam beg baby ni ha.
Layankan aje la.

Gelagat anak2 dalam kete.
Jauh berjalan ye.


Time petang kami naik trem kat Bukit Melawati.
Best jugak pusing2 masuk dalam kawasan Taman Air Tawar.
Bagi ikan keli besar dalam kolam makan.
Monyet pon banyak kat dalam tu.
Siap ada jual mknn monyet lagi.



Time ni cuaca panas sikit.
Fuh mencabar giler bawak budak 3 org sekali dgn baby Ayzad.
Tapi anak2 seronok naik trem tu.
Duk sebut2 lagi sampai hari ni, nak naik lagi katanya.




Last tu kami pergi ke ala lupa lak nama tempatnya.
Dekat2 dengan Pqntai Remis jugak.
Mulanya nak makan kat Aroma ikan bakar tapi full house pulak.
Banyak meja yang dah reserved.
So, terpaksa la makan gerai sebelah, NLP Seafood.
Ok la, not bad.

Menu yang kami order:
Ikan merah masak asam pedas
Udang & sotong goreng tepung
Kangkung goreng biasa
Telur dadar
Nasi putih 3 pinggan
Air : Fresh orange, air suam, limau ais
Harga : RM57

Lepas makan tu, kami singgah solat kat masjid berdekatan.
Pastu baru balik.
Enjoy sangat spent quality time with kids.
Dieorg pon seronok, ibu ayah pon seronok.
Tak payah pergi jauh2 pon, boleh bercuti & spent time together kan.
Tq en suami bawak g jalan2 walaupon tak plan.


Thursday, February 12, 2015

BASIC H : HILANGKAN KESAN DAKWAT PEN

Assalamualaikum..

Bangun pagi ni dikejutkan dengan hasil contengan kat sofa leather oleh anak dara kesayangan.

Terkejut ibu Ayna oi.
Rasa nak marah je mula2.

Nampak tak tu?
Hampir pengsan ibu tengok garisan2 ni.
Banyak lak tu.

Tapi tetibe ibu teringat.
Kita kan ada multi purpose cleaner.
Basic H yang jadi bualan sekarang.

Mula2 fenomena hilangkan kerak puting susu.
Pastu fenomena bersihkan kasut sekolah anak dengan rendam je.
Pastu fenomena bersihkan dapur yang kerak2 tu sampai berkilat.

Sekarang ni, bila cuba hilangkan dakwat pen dari sofa leather, memang menjadi.
Alhamdulillah sangat.
Memang serba guna la Basic H ni.


Memang puas hati.
saya suka.

Nak order?
Zila 016 663 5191
yuliez2r.blogspot.com

RUANG BAWAH TANGGA

Assalamualaikum...

Nak share sikit cara susun atur bahagian bawah tangga.
Rumah kami memang xde stor pasang siap.
Sebelum ni agak serabut sikit dengan brg2 & kotak2.
Sakit mata gak la tengok.

Last week baru dpt idea cara nak susun supaya nampak kemas.

Kqtbats meja tu la tmpt letak teh, kopi..lbh kurang mcm small pantry la.
Masak nasi & bakar roti pon kat situ.
Kadang2 buat aktiviti shaklee pon kat situ jugak la.

Sofa coklat tu sofa lama.
Tapi still boleh guna lagi.
Belakang sofa tu letak barang2 yg x berapa nak pakai.
Kira mcm stor jgk la..tapi tersorok la sikit..& tak menyakitkan mata yang memandang.

Bawah meja tu sekarang ni dah diletakkan stroller yg sblm ni xtau mana la nak sorok benda gedabak mcm tu.
So, nanti bila nak guna just tarik jela.

Sunday, February 8, 2015

Day 31 Berpantang

Assalamualaikum...

Ini adalah entry tertangguh.
Hahaha byk hari sgt tertangguh ni.
Tuan rumah busy sangat.
Kikiki.

31 hari maksudnya dah sebulan la baby Ayzad kan.
So maknanya haruslah ke KK utk check up Ayzad.
Excited sebab nak tau berat naik ke idak.
Tapi rasa leceh sikit la sebabnya KK kan?
You know what i mean?

Banyak sangat benda nak check.
Details sgt pastu banyak kaunter lak tu.
1 nurse serve utk different punya keje.
Nurse kat depan jaga pendaftaran je.
Pastu ada nurse yg khusus timbang berat & ukur lilit kepala.
Kaunter lain lak, nurse bertugas utk ambik bacaan BP & berat ibu.
Next, kena pi belakang dekat toilet amik bacaan HB dan air kencing.
Pastu masuk bilik, nurse utk check baby & ibu.
Last sekali baru doctor yang check.
Banyak step kan?
Setiap kali step tu berakhir, kena tunggu turn lagi.
Pengsan.

Lebih pengsan bila pergi dengan anak2 yg tgh membesar & aktif tahap dewa.
Dan time tu la, dieorg main lari2 dlaam klinik.
Time tu la dieorg lapar mintak susu.
Time tu la dieorg bgtau mengantuk nak tidor.
Dan time tu la, baby lak nak susu jugak.
Pengsan sebab kena pegi sorang2, encik suami tak dpt pegi sekali sebab ade meeting.

Result check.

Ayzad:
Berat 4.3kg
Lain2 semua ok.

Ibu:
Berat 50kg (owh byknya nak turunkan)
BP, Hb semua ok.



Monday, January 26, 2015

Day 28 Pantang - Balik Shah Alam semula

Assalamualaikum..

Hari ke 28 berpantang.
Ibu sihat.
Baby Ayzad pon alhamdulillah sihat.
Nampak semakin bam bam baby Ayzad.
Pegang lama sikit lenguh dah tangan ibu.

Alhamdulillah Mykid pon dah settle.
Daftar tabung haji baby Ayzad pon settle.

Balik Shah Alam pulak kita hari ni.
Rindu jugak dgn rumah.
En suami kata macam dilanggar garuda (bersepah la tu..huhu)
Takpa la..kemas la slow2.
Kata pantang kan?

Penuh 1 kete dgn barang2.
Adui dah tiba masa kene tuka kete kot.
Huhu tp tunggu la kewangan stabil dulu.
La stabil dah tapi Ayman sekolah, baby Ayzad baru lahir.
Kena plan dulu.

Salah 1 yang buat kete penuh, stok EBM utk baby Ayzad.
Alhamdulillah banyak jugak stok EBM.
Penuh la 4 tupperware letak EBM.

Sebelum ni dah google cara nak simpan EBM utk travel jauh.
Caranya letak 1 lapisan ais dlm polisterin, pastu tabur garam halus, pastu EBM..pastu ulang step tu smpi polisrin penuh. Ats sekali letak tuala basah..pastu tutup la polisterin tu..

Jangan sesekali bukak polisterin..nnt cair pula ais tu.
Polisterin tu letak kat bahagian depan.
Ha garam tu ada fungsinya tau.
Bukan saje2 letak.
Garam tu bg ais tu lmbt cair.


Ni hasil perahan pakai tangan je.
Balik Shah Alam boleh start pam pakai electric pump.
In shaa Allah hasilnya mesti lebih lagi kan.

Semoga Allah permudahkan breastfeeding journey saya bersama baby Ayzad.
Next mission nak carik warmer utk letak rumahpengasuh.
Senang sikit kerja pengasuh.
Lagipon, EBM ni perlu suhu 40C utk panaskan.
Tak boleh hentam kromo je, nanti habis nutrien & zat2 dalam tu.

Pastu Nursing cover in shaa Allah smpi minggu ni.

Masih dalam pertimbangan nak beli Freemoe Collection Cups @ Handsfree Bra.
Dua items ni boleh bantu saya pumping & at the same time buat kerja lain.
Almaklum la, i'm busy mom & woman.
Hahaha save time.

Harap permudahkan semuanya.

Monday, January 19, 2015

Day 21 Pantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masuk hari ke 21 berpantang.
Semalam hari ke 20 nurse ada datang visit.
Timbang berat baby Ayzad.
3.3kg saje.
Hmm x naik byk pon..huhu xpela baby Ayzad, janji awak sihat2 aje.

Sekejap je kan masa berlalu.
Tak lama lagi dah nak balik KL dah.

Rindu jugak kat rumah.
Ni gambar mini garden yang en suami snapkan.
Wah banyak dah bunga2 matahari yang keluar.
Saya suka.
Agak sy yg ni yg giant sunflower tu kot.
Menjadi betul pokok & bunganya.




Ni aktiviti bila ayah dieorg ada.
Tengah2 panas pon korang layan main layang2 kat rumah mak teh korang ye.
Apa2 la janji spend quality time same2 kan.