Sunday, October 26, 2014

RESEPI KUEY TEOW GORENG KERANG - BREAKFAST

Assalamualaikum...

Pagi ni sempat la goreng kuey teow kerang permintaan en suami.
Memang niat di hati nak buat kuey teow sbb rasanya lama sgt dah tak buat.
Semalam pegi Mydin USJ, beli barang dapur & sekali barang2 untuk masak kuey teow oagi ni as breakfast.

Ni gambar lepas sy dan suami bedal.
Ngeh3 gambar lepas goreng x sempat ambik.
En suami dulu yg p terpa.
Favourite dia la ni.
Resepi Kuey Teow Goreng Kerang.

Bahan-bahan:
1 ulas Bawang merah - cincang halus
2 ulas Bawang putih - cincang halus
2 sudu besar Cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Isi kerang
Udang
Isi ayam
Taugeh
Daun kucai
1 biji telur
Minyak untuk menumis
1sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan goreng udang sekejap (bila nampak dah merah, boleh angkat)
2) Guna minyak bekas goreng udang untuk tumis bwg merah, bwg putih & cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
3) Masukkan isi ayam dan isi kerang.
4) Masukkan pula sos cili, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, gula dan garam
5) Masukkan kuey teow hingga sebati
6) Masukkan telur yang dah dipukul terlebih dahulu.
7) Masukkan teugeh & daun kucai bila hampir2 nak angkat.
8) Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Saturday, October 25, 2014

RESEPI CUCUR MANIS - MINUM PETANG

Assalamualaikum....

Petang ni cuba buat cucur manis untuk minum petang.
Bahan2 pon semua ada kat rumah.
Senang sgt2.

Anak2  pon suka.
Sebab manis2 kan.

Ni resepinya.
Pls note ini gambar sy grab dr grup RRTS.
TQ tuan punya resepi share resepi yg sgt ringkas ni.

Jom cuba.
Abaikan sy punya version yg rupanya x berapa semourna.
Janji sedap.


MY 29TH WEEK PREGNANCY

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai pagi ni pergi check up baby.
Dah 29 minggu dah.
Amik darah,timbang berat dan scan.

Berat hari ni 54kg.
Previous berat 42.5kg.
Kalau check up kat KK, maunya kene bebel dengan nurse.
Huhuhu.

Result scan pon ok.
Semua normal.
Nampak bentuk muka baby.
Macam muka ayman jugak ni.
Ngee.


Takpe la..asalkan semuanya ok dan sihat kan?
Air ketuban pon cukup.
Estimated berat baby 1.2kg.
Masa scan pon aktif je baby ibu ni.
Ayman paling excited tengok baby.

Doktor dah suruh decide mana nak bersalin.
Adui blm decide lagi ni.
Hmm....

Friday, October 24, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 15 - BLOG I LOVE]

Assalamualaikum...

Saya suka berblog walking.
Saje2 tengok cara orang lain berblog.
Cedok2 idea sikit.
Buat reference untuk resepi, cara deco2 rumah & macam2 lagi la.

Hari ni nak share blog2 yang saya suka terjah dan baca.

1) BLOG NAMEE ROSLAN



Salah seorang blogger yang femes jugak sekarang ni.
Suka baca blog dia sebab sempoi je.
Pastu banyak tips2 kecantikan, parenting, resepi, shopping.
Memang best la.

2) BLOG ATY FARED (AKU BUKAN BIDADARI)


Blog Aty Fared ni pon best.
Yang paling saya suka bab2 deco rumah la.
Memang pandai sangat dia deco rumah dia.
So, jadi inspirasi jugak la kan untuk saya.


Kalau blogger masakan, dah tentu la Kak Ita antara yang femes jugak di alam maya.
Gambar makanan yang dia post pon dah nampak menyelerakan.
Sangat tempting.
Kreatif pulak tu.
Salute Kak Ita.


Blog ni pon antara yang saya suka.
Sebab banyak tips kemas rumah dan susun atur.
Jadi reference jugak la.




Thursday, October 23, 2014

SESI SURVEY TASKA/TADIKA UNTUK AYMAN

Assalamualaikum...

Patutnya sesi survey taska/tadika untuk Ayman dah buat awal2 dah.
Tapi tersangat la busy dengan kerja2 di ofis & urusan pindah rumah.
So sekarang ni baru pulun.
Harap2 sempat la ye.

First yang jadi pilihan di hati ni Little Caliph.
Kebetulan ada 1 branch baru bukak kat Bukit Naga.
Dan kebetulan juga masa kami call, dia bgtau ada Open Day utk registration.


Ni lah mesej yang cikgu Little Caliph hantar.
So boleh la pegi since dia buat on weekend kan.
Boleh tanya dulu yuran semua tu, details.


Yang bestnya Little Caliph ni Islamic & ada English sekali.
Tu yg buat hati tertawan tu.
Ni hasil dari google ye.
Realitinya belum tengok lagi.
Nanti bila pegi Open Day tu, nak tangkap gambar sikit.
Cantik kan?
Ni yang saya google jumpa la yuran registration LC ni.
Hmm tapi tak sure la pulak tahun bile punya kan.
Sekali denga daycare lagi.
Mau kopak ibu punya poket Ayman oi.

2nd choice yang ada dekat2 rumah jugak, Tadika An-Nizah.
Yang ni pon islamic jugak.
Based on akak sepupu yang hantar 2 anak dia kat tadika ni, bayaran RM90 sebulan (10 tahun lepas).
Tadika ni pon dah penah masuk dalam majalah Pa&Ma.
So rasanya not bad la kan?
Ni gambaran dari luar tadika.
Yang tadika ni pon ada daycare sekali.
Cuma masalahnya takut kami yg keje kat PJ ni lambat nak pegi pick up Ayman.
Tak ke naya tu?
Takpe, nanti kita bincang dengan cikgu dia tengok macam mana.

Ni pon hasil carian google jugak.

Dan 3rd choice ialah taska kat blok yang duduk sebelum ni.
Anak2 pon still hantar ke pengasuh kat blok ni jugak.
So senang sikit kan ape2 jadi dekat dengan tempat kerja.
Dan balik je boleh la terus g pick up Ayman.
Tak la lewat sangat dia nak tunggu.

So far, bila cakap pasal sekolah, Ayman nampak macam excited la jugak.
Tapi bab nak bangun pagi siapkan dia tu, rasanya mencabar sangat.
Sebab sekarang pon, kalau nak suruh mandi amik masa la jugak.
Bangun pon lambat.
Harap2 sekolah ni dapat la terujakan dia.
Huhuhu.

Tapi yang saya perasan.
Ayman ni dia suka berkawan.
Tak kira pergi mana, if ada budak2 sebaya atau besar sikit, dia akan cuba pergi & make friends.
Itu yang bagusnya tu.

Sampaikan baby dalam perut ni pon dia request nak sama jantina mcm dia.
Setakat scan dah 3x ni, memang betul la boboi boy.
Tapi walluhalam la kan.








[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 14 - FAVOURITE COLOUR]

Assalamualaikum....

Dalam kehidupan kita, memang tak lari dari warna-warna kan.
Kalau takde warna, tak ceria la hidup.
Ecewah :)

Warna favourite saya mostly yang jenis pastel colour, yang lembut2 gitu.
Kalau pakai baju colour pastel tu nampak la sweet2, ayu2 gitu kan.
Kekeke.
Inilah antara warna pastel.
Sweet kan warna macam ni?

 Saya pon ada stokin macam ni.
Tapi kaler coklat je la.
Warna2 comel macam ni x penah jumpa lagi.


 Macaron yg sweet.
Rasa sweet, kaler sweet.
Very tempting.


 
 Kalau hias rumah dengan warna pastel camni pon cantik.
Tenang & damai je suasana.
Dengan syarat anak2 tak buat sepah.
Susah nak mantain bila ada anak kecik kan?

Selain kaler pastel, saya juga gemar kaler black & white.
Pakai baju apa pon nampak elegant.
Eceh..elegan la sangat.


Orang kata hitam itu menawan.
Putih itu suci.
 


Wednesday, October 22, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 13 - PETUA ORANG LAMA]

Assalamualaikum....

Nak cerita pasal petua orang lama pon tak berapa pandai sangat.
Tapi baru2 ni berlaku pada saya sendiri la.

Sejak masuk 6 bulan kehamilan ni, kalau bangun dari tidur memang rasa susah sangat.
Susah sebab apa?
Sebab sakit dekat bahagian bawah perut sampai ke betis.
Sakitnya Allah je yang tau.

Bila tanya mak,
Mak kata mungkin baby dah ke bawah sangat tu.
Pastu siap pesan jangan angkat barang berat2.

Lagi satu dia pesan (yang saya kira petua orang lama), bila tidur letakkan bantal tinggi sikit dekat bawah kaki.
So kedudukan kaki tu jadi tinggi sikit la.

Lebih kurang macam ni la gaya tidur saya.
Kedudukan telentang, tapi kepala tu tak la tinggi sangat.
Kat bwh kaki letak 2 biji bantal bagi kaki tinggi sikit.


Dan alhamdulillah memang menjadi petua tu.
Sekarang bila bangun pagi je dah tak rasa sakit dah.
Tapi still berhati2 bangun slow2 je sebab takut sakit macam lepas2.
Bila sakit sangat la seksa woo.
Rasa nak nangis pon ada last weekend tu.
En suami tolong urut2 sikit, lama jugak la baru dpt bangun.
Walau sakit, bangun jugak sebab nak tunaikan kewajipan pada Allah.

Dapat bantal camni baru test tido ye tak.
Saya memang x bokeh tido mengiring.
Dah cuba, rasa sakit bahagian bawah perut.
Memang baby ibu dah ke bawah dah ni.

DIY MASKER DENGAN PRODUK SHAKLEE

Assalamualaikum..

Kalau semalam saya kongsikan DIY masker guna bahan2 yang ada di rumah.
Hari ni pulak saya nak share beberapa cara DIY masker dengan menggunakan produk Shaklee.
Dan setiap satunya ada fungsi & manfaat masing2.
Jom explore.

1) Untuk remove sel kulit mati di wajah 
Masker Alfalfa - boleh jugak di apply sebagai scrub.

Cara : 
1) Hancurkan alfalfa jadi sampai serbuk
2) Campurkan dengan air sekali & sapu kat muka.
3) Biar kering baru bilas. 
4) If nak apply sbg scrub, boleh gosok perlahan2 masa nak bilas tu.
 



2) Untuk melembapkan kulit
Masker ESP


Cara :
1. Campurkan ESP dengan yogurt asli @ air biasa
2. Su ke seluruh muka.
3. Biar kering & bilas.

3) Untuk tegangkan kulit muka
Masker Collagen Powder


Cara: 
1. Campurkan Colagen powder dengan air.
2. Sapu pada muka, biar kering.
3. Bilas dengan air.




4) Untuk hilangkan jerawat
Masker Vitamin C & Alfalfa


Cara:
1. Hancurkan alfalfa & vitamin C jadi serbuk.
2. Campurkan dengan air.
3. Sapu ke seluruh muka dan biar kering.
4. Bilas dengan air.

5) Untuk hilangkan parut
Masker Vitamin E



Cara:t
1. Picit softgel vitamin e.
2. Keluarkan minyak dan sapu pada muka.
3. Biar kering dan bilas.

Boleh jugak campur dengan ESP untuk masker ni.

So, ini antara masker2 yang boleh cuba dengan produk Shaklee.
Di samping dapat manfaat ambil sebagai supplement, vitamin Shaklee juga boleh di gunakan sebagai masker & scrub mengikut kesesuain masing2.













Monday, October 20, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 12 - TIPS KECANTIKAN]

Assalamualaikum..

Sampai dah cabaran no 12.
Tips kecantikan yang saya amalkan.
Takde la cantik sangat, tapi takde la masalah serius ke.
Ok2 dan sedang2 aje.

Tips kecantikan kali ni lebih kepada masker & scrub kulit muka.
Kita fokus pada masker & scrub home made saje.
Guna apa yang ada di rumah.

Ni yang paling saya suka amalkan kalo rajin.
Haha..kalo malas memang tak bermasker la berminggu2.

DIY Masker putih telur 

Face cotton
Putih telur

Celupkan face cotton ke dlm putih telur.
Tepek ke seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut.
Biar kering baru peel dari muka.
Dan bilas dengan air suam.

Manfaat masker putih telur:
1) Tanggalkan white head & black head.
2) Tanggalkan lebihan minyak pada muka.
3) Tegangkan kulit muka.
4) Segarkan kulit wajah.

Lagi satu jenis masker yang senang nak dibuat adalah masker daripada ESP Shaklee.
 
 DIY Masker ESP:
1 scoop ESP
Natural yogurt (kalau takde, boleh ganti dgn air biasa)

Bancuh 2 bahan ni, pastu sapu kat muka.
Biar kering, baru bilas dengan air.

Manfaat masker ESP:
1) Melembapkan & melembutkan kulit muka.
2) Mencerahkan kulit muka.
3) Menyegarkan kulit muka.

1 lagi tips adalah DIY scrub muka.
Hanya guna tomato dan gula pasir je.
 
DIY Scrub tomato:
Sebelah tomato
1sudu gula pasir

Sebelah tomato dicelup ke dlm gula, tonyoh perlahan2 ke muka.
Gula akan bertindak sebagai scrub.

Manfaat scrub tomato:
1) Hilangkan kesan sunburn
2) Tegangkan kulit muka
3) Tanggalkan sel-sel kulit mati pada muka
4) Hilangkan parut
5) Sesuai utk wajah berminyak.

Boleh amalkan 2x seminggu.


Tunggu la pokok tomato ku berbuah.
Akan ku tenyeh muka ku habsi-habisan dengan tomato.
Ngeh3.

 


RESEPI BARLI SUSU

Assalamualaikum..

Sekarang ni waktu lunch je, ada 2 minuman favourite sy yang akan sy order.
Sampai kaunter tu pon tau dah.
Hihi.
Limau ais & air barli susu ais.
Mungkin ramai tak biasa dengan air barli susu kan?
Saya pon start belajar minum baru tahun lepas.
Best.

Jom saya share resepi barli susu cara saya.


 RESEPI 1:

Bahan-bahan:
Barli yang dah direbus (ikut rasa)
Air kosong 1 gelas
Susu pekat 1 sudu besar
Mealshakes @ ESP 1 scoop

Cara:
Campurkan semua.

 RESEPI 2:

Bahan-bahan:
Barli yang dah direbus (ikut rasa)
Susu segar 1 gelas
Mealshakes @ ESP 1 scoop

Cara:
Campurkan semua.
Shake2 siap untuk dinikmati.
Letak ais sikit baru nyaman.

Psst promo oktober masih berlangsung tau.

ESP buy 6 --> Free 1 ESP + Free membership + Cash Bonus
Mealshakes buy 3 --> Free 1 Mealshakes

Nak beli sebotol pon boleh.
Hubungi saya; Zila 016.663.5191 untuk konsultasi percuma & harga terbaik.
 

Mini garden saya

Assalamualaikum..

Nak update pasal mini garden saya.
Jom tengok gambar dulu.

 Ni la dia mini garden saya depan rumah.
Ok la kot for beginner macam saya.



Ok, jom saya perkenalkan dengan pokok2 kesayangan saya.

Dari kiri (bawah) : Tomato, cili padi, serai (baru tanam)

Dari kiri (tengah) : Pokok bunga daisy (blm tumbuh2), tomato (baru bertunas), pokok bunga matahari teddy bear (baru tanam)

Dari kiri (atas) : 1 & 2 dari kiri tu beli yg siap dah, cuma transfer ke pasu lain je. 3 dari kiri pokok bunga matahari (jenis giant)

Wish list pokok yang nak ditanam lagi:
1) Daun kesum (dah cucuk petang tu, harap menjadi)
2) Daun kunyit
3) Daun bawang
4) Parsley
5) Daun pandan

Pastu pokok hiasan pon nak pergi carik kat nursery nanti.
Nak carik yg besar & merimbun sikit.
Bagi hijau sikit depan rumah.
 

 

Again; Shopping @ Kaison

Assalamualaikum..

Last Friday (baru nak update hari ni) sempat g shopping jap kat Kaison @ Paradigm Mall.
Dekat je dengan ofis.
Sambil2 cuci mata, terapi mata orang kata.

Jom tengok apa saya dapat kat sini.
Mostly barang2 rumah jela.

 Okat ni list barang berserta harga utk rujukan korang:

1) Pagar plastik (black) utk projek mini garden : RM5.90 x 4pcs
2) Spice jar : RM9.90 x 1 piece
3) Gardening pot (green) : RM4.50 x 2 pcs
4) Sketch Book : RM9.90 x 1 piece
5) Perfume utk bathroom (Ocean & Vanilla) : RM2.90 x 2pcs
6) Ladybird craft : RM3.50 x 1 piece
7) Cartoon towel : RM7.90  x 1 piece
8) Paper wrap : RM0.50 x 1 piece

Apa perlunya saya beli barang2 di atas?

1) Pagar plastik (black) utk projek mini garden : Nak buat mini garden depan rumah, utk letakkan segala jenis tanaman saya.
2) Spice jar : Isi segala rempah ratus; serbuk kari/bunga lawang/kayu manis dll.
3) Gardening pot (green) : Projek mini garden saya juga.
4) Sketch Book : Tulis nota2 pasal shaklee, cantik sikit..boleh sketch2
5) Perfume utk bathroom (Ocean & Vanilla) :Yg ocean letak bathroom bawah, vanilla master bedroom
6) Ladybird craft : Nak buat ala2 gantung kat dinding, pastu gantung outstanding order/to do list guna ni. Mesti comel kan?
7) Cartoon towel : Menambah koleksi towel kat dapur. Comel sebab hijau.
8) Paper wrap : Nak wrap hadiah. Hihihi. Utk sapa tu?

 

 

Friday, October 17, 2014

[CABARAN 30 HARI BERBLOGGING : NO 11 - LAGU CINTA KEGEMARAN]]

Assalamualaikum..

5 lagu cinta kegemaran saya.
Oh jiwang ok.

1) From this moment - Shania Twain & Bryan White.
Boleh view & dengar kat link bawah ni.
 http://www.youtube.com/watch?v=M7A9oRML14A

Lagu ni saya suka sebab apa ye?
Sebab best la kot.
Ade version Shania Twain nyanyi sorg2 tapi saya prefer yang duet ni.

2) Beautiful - James Blunt 
http://www.youtube.com/watch?v=ehToBz7zhqE 


Suka lagu ni sebab melodi dia best.
Penah guna utk buat projek multimedia masa zaman U dulu.

3) Rapuh - Opick
http://www.youtube.com/watch?v=Eb2P0R8cbI0
 
Lagu ketuhanan yang best.
Selalu jadi lagu tema drama2 kat Malaysia ni.

4) Bila Tiba - Ungu
 http://www.youtube.com/watch?v=3_wBhHLieuc
Ni pon lagu ketuhanan jugak.
OST filem Sang Kiai.


5) Mewangi - Akim Ahmad .
http://www.youtube.com/watch?v=GtGTtbfqiP0
Lagu latest yang jadi pilihan saya.

Layankan aje.