Thursday, January 8, 2015

Day 9 Pantang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ke 9 dah pantang hari ni.
Semuanya ok setakat ni.
Cuma biasa la x cukup tido bg ibu2 berpantang.
Maklum la, anak dah 3 ni dgn baby kecik lagi.
Memang pantang x seperti baby 1st la.

So far, adik baby pon senang nak jaga.
Xde meragam sgt.
Suara menangis pon dgr time nak susu (tu pon kdg2 je kuar suara).
Selain tu, time mandi jela boleh dgr suara dia nangis.
Lain2 tu tidur jela dia.
Biasala baby dlm pantang memang kuat tido.
Sekarang je kerap dah bangun menyusu.

Baby boy memang kuat menyusu kan?
Hihi bagus adik baby, tolong ibu slim blk k.
Ayah sedara & mak sedara kamu kata ibu dah gemuk, pipi dah bulat.
Ngee statement kejam sgt kan?
Terima je hakikat sebab memang ms preggy mkn x hengat.
Last timbang before deliver 60kg.

Hari ni ibu beranikan diri cukur sendiri kepala adik baby.
Maafkan ibu ye adik baby sebab x smpt nk grab pahala sunat cukur di hari ke 7.
Sunat namakan baby pon ibu terlepas.
Sampai sekarang xde nama baby lg.
Ngee.

Gambar before cukur.
Rambut lebat & hitam x spt kakak Ayna & abg Ayman.


Dah botak sikit tp blm licin sepenuhnya lagi.
Sambubg esok kita bg licin in shaa Allah.

Esok nurse dtg check kat rumah.
Timbang berat sekali rasanya.
X sabar nak tau berat naik ke x.
Susu kuat, pipi pon nampak tembun sikit.
Harap2 naik la walau sikit pon.

Wednesday, January 7, 2015

Penyusuan susu ibu secara eksklusif - Part 1

Assalamualaikum..

Seperti mana yg kita tahu semua ibu di galakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sejak lahir sehingga berumur 6 bulan & meneruskan sehingga usia 2 tahun.

Antara kepentingan penyusuan susu ibu :
~perkembangan psikomotor, emosi & sosial yg lebih baik
~perkembangan IQ yg lebih baik
~kurang risiko diabetes untuk kanak2
~pneumonia
~tggi antibodi
~komposisi zat makanan yg mencukupi
~penghadaman yg mudah


Kebaikan untuk ibu :
-pemulihan fizikal yg cepat slps bersalin
-mengecutkan rahim
-kurangkan risiko pendarahan
-kurangkan risiko kanser payudara & ovari
-penyusuan ekslusid membantu menjarakkan kelahiran
-jalinan emosi yg kuat "bonding" antara ibu & anak
-menjimatkan masa & wang

Kebanyakan orang kata susu tiada atau kurang susu.

Antara punca susu kurang :
- tak beri mengikut kehendak bayi
-atau masa kerja jarang2 nak pam
-kurang minum air masak
-suka minum kafien


Cara yang betul utk menyusukan bayi boleh dilihat pd gambar di bwh ini:



Sunday, January 4, 2015

Day 6 Pantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masuk hari ke 6 berpantang.
Baby sihat alhamdulillah.

Hari ni baru g check up klinik.
So far, baby xde kuning.
Rahim pon dah kecut.


Ni lepas balik dr klinik.
Adui dah bedong pon boleh keluar tgn si boboi ni.
Hisap jari lama jugak dia.
Nak kuarkan tak bagi.
Bijak2.

Abang Ayman & kakak Ayna pon nak sibuk jugak bila nmpk ibu snap2 gambar baby.
Ni gambar abg & kakak time ok.
Kalau x ok, gaduh aje 2 org ni.


Siang tadi, ayah depa duk kupas kelapa muda.
Ni 2nd round dah.
2 hari lepas dah kupas 5,6 biji.
Sedap lamtu agaknya.
Dugaan utk ibu yg tgh pantang ni.
Huiyai.

Ni la pokoknya.
Rendang je tapi buahnya ya ampun banyak betul.
Syok kan duk kampung?

Ayah budak2 ni dah blk KL ptg td.
Kesian jugak tinggal sorg2.
Selalu riuh je rumah dengan kerenah anak2.
Bertabah la ayah ye, sebulan je duk kampung.
Lepas tu sambung pantang kat rumah pulak.
Sebabnya Ayman nak sekolah dah.

Saturday, January 3, 2015

Bersalin @ Salam - Part 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 5 berpantang.
Setakat ni blm pergi klinik lagi untuk check baby sebab cuti new year kan.
Esok klinik kat sini bukak, so boleh la g tumpang check baby.

Alhamdulillah ptg td tali pusat baby dah tertanggal.
So lega la sikit, xla renyah sgt baby.

Ok, kali ni just nak update lepas blk dr Salam je.
Lepas settlekan bil, nurse bg ubat & bag for mommy.
Masa bersalinkan Ayna pon dpt jugak mcm ni tapi lain ka kandungannya.

Antara kandungan dlm beg tu pampers Mamy Poko & Sudocream.
Sudocream ni dpt 2.
1st time guna.
Kebetulan Ayna ade ruam kat lampin.
Sapu sekali je terus hilang merah2.
Bagus la cream ni.
Recommended.
 Dapat sample pampers Pet Pet, Pigeon breast pad & buku panduan dari Fisher Price.
 Selain tu, dapat jugak 1 tin Susu Snow for infant & Susu Enfamama utk lactation.



Thursday, January 1, 2015

Kelahiran bayi ke 3 family kecik kami

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Tarikh : 30 Dec 2014
Masa : 8.08 am
Berat : 3.3kg
Proses Kelahiran : Normal SVD

Alhamdulillah kelahiran anak ke 3 Allah mudahkan.
Takde sebarang tanda pada mulanya.
Tersedar dari tidur pukul 5 lbh pagi.
Rasa sakit perut seperti nak buang air besar.
Memang pegi toilet membuang air besar.

Lepas tu sakit perut lagi.
Saya rasa sakit lain macam.
Cek masa selang 6 minit.
Terus bgtau en suami.

En suami kata jom siap2 apa yang patut.
Saya masih relax sebab mcm blur2 btl ke sakit nak bersalin.
Lepas tu cek selang masa dah 5 minit pulak.
Tambah yakin bila cek ada lendir darah sikit.

En suami siap2 mandi & solat.
Saya pon siap2 mandi, kemas beg semua.
Ayna pon bangun dah time ni.
Bila cakap sakit perut, baby dah nak kuar.
Ayna terus cium pipi saya byk kali
Dan ayna cakap sayang ibu.
So sweet ayna.

Sampai hospital Salam pukul 6 lbh.
Terus g register kat Emergency.
Siap2 tu, terus naik labour room.
Sakit pon rasa mcm mild2 je, x mcm 2 kelahiran sblm ni.
Masuk labour room, dia just check ECG baby & contraction.

Dalam pukul 7 lbh, baru nurse cek bukaan.
Nurse pon blur2, aik awak ni mcm dah btl2 nak bersalin ni.
Jap sy cek lagi sekali.
Dah 8 cm.
Terus dia jerit kat nurse lain suruh prepare labour room.
Tuka baju semua, terus masuk LR.

Time ni rasa sakit tu makin kuat.
Tapi xtau la rasa mcm x sakit sgt mcm dulu2.
Still boleh tahan & sy memang x mengadu langsung la rasa sakit.

Dekat2 pukul 8, doktor pon smpi.
Terus doc pon cek & pecahkan air ketuban.
Pastu doc kata kalau nak teran sekarang pon boleh.
Ok sy pulak yg blur cane nak teran ni.
Haha.

Akhirnya, selepas teran sekuat hati lahirlah bayi lelaki.
Alhamdulillah lega sangat.
Allah permudahkan.
Yang paling best, xde koyakan langsung.
So x perlu la jahit.
Syukur2.

 Yang paling x disangka berat baby boleh cecah 3.3kg.
Ayman dulu 2.45kg je.
Ayna 2.7kg.
Ini kira record terbaik la ni.
Hihi alhamdulillah la.
Masa last check up doc estimate 2.8kg je.
Ingatkan keluar lagi ringan.
Syukur2.


Monday, December 22, 2014

Ayman naik motor

Assalamualaikum...

Ni aktiviti last week jugak ni.
Pergi Aeon Big (dulunya Carrefour), so en suami singgah sini nak bg Ayman naik motor.

1st time ni naik motor ni.
Ingatkan Ayman takut2.
Sebab Ayman ni penakut sikit sebenarnya.

Mula2 speed slow je.
Pastu org yang jaga tu tgk dia dah pandai control, naik sikit speed.
Ok la, siap boleh lambai2 tangan kat ibu, ayah & Ayna yg tunggu kat tepi ni.



Ha, ni la gambar terbaru daku.
Nampak x baby bump yg makin besar tu?
Masa ni 36 weeks ++.


Baru sabtu lepas pegi check up kat Salam.
Berat= 58kg
Weeks = 37 weeks + 3 days
BP = ok
Estimated baby weight = 2.6kg
Gender = Boy (Inshaa Allah)
Air ketuban = OK.
 
Baby pon dah engaged & masuk laluan dia dah.
Doc pon kata baby dah duk bawah sangat dah.
So maybe bila2 masa je boleh keluar.

Patut la ibu selalu lenguh dah kat pinggang.
Kaki pon xleh nak berdiri lama sgt.
Even berjln pon x larat sgt dah.
Tapi tetap jgk berjalan.
Org kata byk berjln nk bg mudah bersalin.
 


Thursday, December 18, 2014

How big is your baby?

Assalamualaikum...

How big is your baby?
Atau dalam bahasa melayu,
Berapa berat baby anda?

Hehe mine is as big as winter melon.
Wah mcm best je fakta ni.
Sy sekarang dah 37 minggu nak masuk 38 minggu dah.
Lebih kurang winter melon la baby kat dlm ni ye.

Baby dalam perut ibu, pengalaman mengandungkan kamu sgt la berbeza dgn abg Ayman & kakak Ayna kamu.

1st trimester tu, memanv xleh lari la dr mabuk teruk sampai warded kan. Dari abg ayman sampai la kamu, sama je keadaanya.

Masuk 2nd trimester, selera makan ibu menjadi2.
Nak cover balik berat yg byk sgt turun.

Dan sekarang 3rd trimester ni, macam2 ibu alami demi kamu.
Masa abang dan kakak kamu, ibu x alami semua ni.
Ibu dah tua kot, hahaha.

Kaki ibu selalu cramp malam2.
Tidur ibu tak lena sangat malam2.
Nak tidur pon x selesa, tido mengiring pon x boleh, nak bangun annti seksa sangat sakitnya.
Kaki ibu bengkak, sakit mcm sakit sendi dari belakang pinggang sampai ke tumit kaki.
Berlaku bleeding selama 2 minggu (ibu ingat petanda kamu nak keluar dah)

Sekarang ibu hanya nikmati pengalaman2 berharga di atas sebelum kamu keluar melihat dunia.
Nanti kamu dah keluar, mesti ibu rindu saat2 ni.
Saat2 kamu menendang manja dari dalam perut ibu.

Wednesday, December 17, 2014

KELAS PERMATA - SAKIT JANTUNG

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu group Permata under Master Izzati berlangsung.
Alhamdulillah banyak input yang dapat.

1st week, saya jadi presenter.
Ni baru siap slidenya.
Jom tengok.

Tajuk : Sakit Jantung.







So, jika anda ada simptom2 @ risiko utk dapat sakit jantung, hati2 ye.
Sebab worst case boleh lead to stroke.
Bila dah strok tu, faham2 la.
Chances utk pulih amatlah susah walau x mustahil.

Any consultation about Shaklee Product;
Ziela 
Whatsapp/call/message : 016-663 5191
Registered ID : 889197

Tuesday, December 16, 2014

HQ SHAKLEE BERWAJAH BARU

Assalamualaikum...

Weekend hari tu sempat le g HQ jap since doc xde nak  g check up.
Haish patutnya 2 minggu sekali..ni nak masuk minggu ke 4 dah x checkup2 lg.
Dah la last week tu ade bleeding.
Baru sabtu lepas, stop bleeding.
Huhuhu risau.

Ok, dulu bila pegi HQ je agak mencabar sikit la.
Ruang kecik, kaunter sikit, orang ramai.
Tapi sekarang ni, kaunter banyak, ruang dah besar.
Toilet pon best.
Siap ada playground utk anak2 tunggu maknya shopping brg Shaklee.
Tengok la, sampai ayah dieorg pon join jugak.

Muka budak2 on the way nak g Shaklee.
Suka la tew dpt pegi main kan.
Sampai nak ajak balik pon, jenuh paksa.
Ayman siap cakap lagi nanti kita datang main kat sini lagi ek.
Erk..harusla kalo ade brg yg nak ibu borong.
Doa2kan ibu dpt byk order yer.
Ayna sporting on that day.
Pakai hair clip.
Baru nampak girly sikit kakak Ayna.

Gambar2 lain kat Shaklee x amik pon.
Lepas pegi Shaklee, kitorg p jalan2 Subang Parade lak.
Sebabnya mak buyung ngidam Kenny Rogers.
Anak2 pon seronok makan.
Sambil jln2 window shopping.


Monday, December 15, 2014

MAYBANK TREATS POINTS

Assalamualaikum...

Lama pulak tak singgah blog sendiri ye.
Duk baca blog orang je.
Haha jeles i tengok blog orang lain asyik updated je.
Busy la sikit lately siapkan kerja2 ofis sebelum cuti panjang utk berpantang.
Sekarang ni dah nak masuk 37 weeks dah.
Bak kata orang, tengah tunggu hari je la.

Ni nak cite.
Lama dah dpt, baru nak hapdet kat sini.
Ngeh3.



Ni la yang nak cite ngan uolls.
Hihi if ade card credit maybank, boleh check korang punya reward points ada bape.
Pastu bole la redeem.
Macam baru2 ni merasa gak la redeem Voucher Tesco RM100.
Sapa nak bagi kan?

Pastu, daku redeem benda alah kat bawah ni.

Blender set Brand Morphy Richards.
Blender ni bukan blender biase2 tau.
Ni macam ala2 food processor la.
Dah lama ku idamkan.
Harga sebenar boleh tahan di luar kemampuan daku.
Kih3.
So bila boleh redeen for free, apa lagi..pulun la.
Siap ada function blend ice lagi, so boleh la buat smoothies ke, ice blended ke..kan2?
Tapi lama dah bende ni sampai, pakainya idok jugak.
Kah3..excited hangat2 taik ayam ja.

Friday, November 21, 2014

Better goat Munif Hijaz + ESP yang walla

Assalamualaikum...

Nak share kegemaran baru saya.
ESP + Better Goat by Munif Hijjaz.
Masya Allah sedapnya la susu kambing ni.

5 bintang saya bg ok.
Takde langsung rasa hamis kambing.
Pendek kata sangat sedap la.

Saya suka minum campur dengan ESP.
Memang langsung tak rasa soya dah pas campur 2 ni.


Tuesday, November 18, 2014

Susun atur : Rak kasut

Assalamualaikum...

Pagi ni nak share view rak kasut.
Alamak terlupa pulak nak ambik view dalamnya.
Tapi insya Allah dalamnya dah teratur dah.

Rak kasut ni dari rumah lama lagi.
Cuma lap2 bagi buang habuk2 je.
Atas rak tu, saya letak kotak biru.
DIY sikit tambah reben2 tepi kotak tu.
Kotak tu asalnya kotak hadiah gelas.
Memang dah kaler biru, so no need to make over sangat.
Dalamnya sy letak stokin sy & en suami.
Senang nak pergi kerja terus capai 1 pair.

Tempat letak kunci tu beli kat Daiso.
RM5 termasuk la alasnya kat bawah tu.
Kotak putih tu beli kat Kaison.
Kat sini en suami campak segala bil utility & ape2 ntah barang dia lagi.

Kat dinding tu mcm kosong kan?
Kalau letak wall sticker gambar pemandangan ke, ok jugak kan?
Nanti kita ushar2.

Monday, November 17, 2014

Weekend yang pendek

Assalamualaikum...

Dah xtau nak tulis ape.
Tapi banyak je sebenarnya nak tulis.
Start hari jumaat (bila sampai rumah), memang non stop buat kerja.
Kat ofis xde la bz bebeno, buat2 bz je yg ado.
Dah keje dah settle, relax la sikit.

Jumaat ptg tu jumpa la cikgu Smart Khalifah.
Booking tempat utk Ayman + tanya detailing.
Hmm bayar RM100 dah utk booking.
Siap bgtau awal2, nak start bulan Feb sebab daku bersalin kan bulan 1.
Dan automatiknya berpantang kat kampung, rumah mak.
So, angkut la anak2 sekali.
Nak tinggal kat ayahnya?
Kesian pulak kan?
Pastu sekarang daku rasa macam LC & Annizah lak lagi best.
Hahahaa.
Xpela, next year kalau ade rezeki lebih boleh anta ke LC.

Weekend xde buat apa sangat selain mengemas rumah.
Tak habis2 lagi kemas rumah.
Nak settlekan drawer utk baby.
Reuse & recycle je.
Baru siap basuh semalam.
Dari xde guna, baik buat drawer utk baby letak baju2 & keperluan dia dlm tu.
Drawer utk Ayman & Ayna dah asingkan & almost full.
Tu pon dah filter, baju2 yg dah xleh pakai dah keluarkan.

Malam sabtu lepas mkn dinner, sempat jugak buat kek.
Lama x baking, so rajin2kan diri baking.
Mula2 just ckp nak buat kek.
Pastu en suami request kek butter marble.

Kek marble yang tinggal pagi ni.
Sebelah tu dlm tupperware, siap isi dah utk bagi pada pengasuh.

Masa duk prepare kek & kek tgh duk bakar, Ayman la paling excited.
Tengah duk bancuh, dia la mai tanya macam2.
Nqk tolong bancuh la, macam2 nak tolong.
So, bagi jugak la dia bancuh sikit2.

Bila dah masuk oven, duk tanya pulak bila nk siap.
Hai la anak.

Ni pagi semalam punya cerita.
Pelikat pants & baju tu baru je beli kat pasar pagi.
X sempat basuh, nak pakai jam tu jugak lepas mandi.
Adik Ayna pon sama.
Beli baju frozen kat dia.
Semua baju RM5 je, peliaat oabts tu RM17.
Lepas ni nak survey mini sewing machine la.
Boleh try jahit sendiri since dah ada contoh ni.





Friday, November 14, 2014

Smart Khalifah untuk Ayman

Assalamualaikum..

Setelah survey beberapa tadika/pre-school utk Ayman dan pertimbangkan kedudukan kewangan kami, so kami putuskan untuk daftarkan Ayman ke Smart Khalifah. 

 Ha ni la tadikanya.
Tempat : Taman Dato Harun
Yuran Pendaftaarn (setahun) = RM650
Yuran bulanan (with daycare) = RM300
 So, ini lah yang paling murah (walaupun macam tak yakin jugak mampu ke tak).

Ni comparison yuran:
1) Little Caliph Taman Medan (Yuran tahunan :RM1,328; Yuran Bulanan : RM420)
2) Little Caliph Bukit Naga (Yuran tahunan :RM1,070; Yuran Bulanan : RM380)
3) Tadika An-Nizah Bukit Naga (Yuran tahunan :RM800; Yuran Bulanan : RM300)
4) Tadika Smart Bestari Taman Medan (Yuran tahunan :RM760; Yuran Bulanan : RM420)
5) Smart Khalifah Taman Dato Harun (Yuran tahunan :RM650; Yuran Bulanan : RM300)

Alternatifnya boleh la nak survey Tabika Kemas & Taska.
Tapi daycare pulak takde.
Dan saya tak berapa yakin keselamatan Ayman if dia ambil van transit untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Smart Khalifah ni pon macam ok.
Ok la utk budak umur 5 tahun.
Tahun depan kalo ade rezeki lebih, baru hantar ke LC. 

So, pasni kena pergi jumpa cikgunya la uruskan pendaftaran semua.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.


 

 
 

Thursday, November 13, 2014

VITAMIN C & E - HILANGKAN PARUT?

Assalamualaikum..

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan kan?
Kalau ada cela sikit, rasa nak tutup je muka.
Dan bila ada cela macam parut2 jerawat ke, macam mempengaruhi self confidence level bila perlu berdepan dengan orang.

Ni antara bahan2 yang boleh hilangkan parut2.
Tak kira la parut jerawat ke, parut lepas bersalin ke dan sebagainya.
Macam mana lak cara guna dia?
Makan ke sapu ke?
 
 Boleh tengok sini cara guna bahan2 kat atas.
Tak semua ye ada.
Ni sebagai sumber rujukan jugak.

Ok, yang saya nak tekankan Vitamin C dan Vitamin E.
Untuk merawat dari dalam perlulah ambil sebagai supplement @ makanan tambahan.

Dos untuk setiap Vitamin boleh rujuk di bawah:
1) Vitamin C - 1 hingga 2 biji (selepas breakfast @ lunch). Jika umur dah semakin meningkat, boleh ambil 2 biji untuk kesan yang optimum.
2) Vitamin E - 1 biji (after meal @ sebelum tidur)

Mana nak dapat Vitamin E secara semulajadi?
 
 Ni antara makanan yang ada kandungan Vitamin E.
So, boleh la ambik ni setiap hari kalo mampu.
Alternatively, mai la amik Vitamin E Shaklee.
Sebotol ada 120 biji, tahan 4 bulan.
Berbaloi2 jimatnya.


 Apa benefit Vitamin E sampai korang rasa mesti amik setiap hari?
1) Sejenis anti-oksidan --> berupaya rawat kerosakan kulit (parut, garis2 halus)
2) Merangsang pembentukan kolagen
3) Memperbaiki tekstur kulit - kulit lebih moist & glowing

Selain ambil sebagai supplement, boleh juga apply sebagai masker di wajah.

Cara:
1) Picit softgel Vitamin E dan keluarkan minyak.
2) Sapu ke seluruh wajah. 

Selalu digandingkan dengan Vitamin E, Vitamin C juga bagus untuk merawat kecantikan dari dalam.

Saya suka sebut Vitamin C sebagai Vitamin Cantik.

Apa yang best sangat Vitamin C untuk kecantikan sampai korang rasa menyesal kalo x ambik even sehari pon.

Benefit Vitamin C untuk kecantikan kulit:
1) Kunci untuk anti-penuaan - galakkan pembentukan kolagen
2) Menegangkan kulit muka dan buat kulit berseri-seri.
3) Betulkan tona kulit yang tak sekata.
4) Boleh kurangkan sun-burn
5) Bagus untuk rambut jugak - kurangkan uban, keguguran rambut, kurangkan kelemumur dan lebatkan rambut.

Wow semua kat atas tu pon idaman setiap wanita kan?
So, korang rasa nak skip ke amik Vitamin C?

Vitamin C ni mudah sangat terhapus oleh faktor persekitaran.
Even dah amik buah pon, still ada risiko untuk tak diserap sepenuhnya ke dalam badan.

So, jom la beralih ke Vitamin C Shaklee.
Sebabnya, Vitamin C Shaklee melepaskan nutrien ke dalam badan secara perlahan-lahan selama 5 jam lamanya.
 

So, kadar serapan ke dalam badan lebih tinggi.
Dan anda dapat Vitamin C yang secukupnya untuk keperluan seharian anda.

Sebotol ada 180 biji tau.
If amik 1 biji --> tahan 6 bulan
If amik 2 biji --> tahan 3 bulan

Jimat giler.
Harga tak sampai RM100 pon sebotol.

NaK order?
Call/whatsapp : Zila 016-663 5191
Registered Shaklee ID : 889197
email : ziela2r@gmail.com
Fb : Rozilawati Rani
Fb Page : Yuliez Supplement Shoppe