Dalam dilema sekarang ni.
Nak pilih tadika untuk Ayman kemasukan tahun depan.
Sekarang ni ada pilihan yang nyata la.
1) Tadika An-Nizah
2) Little Caliph
Jom tengok apa beza 2 tadika ni pada hemat saya lepas pergi jumpa cikgu2nya.
1) Tadika An Nizah.
Tempat pilihan : Bukit Naga
Yuran pendaftaran : RM800 setahun (boleh bayar 3x ansuran)
Yuran bulanan (with daycare) : RM300 sebulan (exclude extra hours after 6.30pm)
Items included in registration fees: Uniform 1 pair, baju sukan, buku2.
Konsep: Islamik
2)Little Caliph
Tempat pilihan : Bukit Naga @ Taman Medan
Yuran pendaftaran : RM1070 setahun (bayar bulan 12)
Yuran bulanan (with daycare) : RM380 sebulan (exclude extra hours after 6.30pm, RM5 utk setiap extra hour)
Items included in registration fees: Uniform 1 pair, baju sukan, bag pack, buku2, lawatan tahunan, aktiviti sukan, aktiviti little scientist
Ni hasil carian google, lebih kurang ni la utk yurannya. |
Hati lebih berat pada Little Caliph (LC).
Sebabnya masa cikgu dia bagi penerangan tu, memang details & tertarik hati sangat.
Anak2 akan diajar cara Singapore & australia style.
Pastu akan diajar mengikut sunnah dan beratkan bab islamik.
Solat Dhuha pon akan diajar 2x seminggu.
Pastu yang bestnya, setiap Jumaat ada sesi Little Scientist.
Ada lawatan tahunan.
Environment pon lebih menarik.
So, ibu kena start menabung la ni nak byr yuran tadika Ayman.
Ngeh2 semoga dengan kelahiran baby, ada rezeki lebih utk kami sekeluarga.
Amin.